Yang Menarik-narik itu Dunia


Hari ini suapan media sosialku dipenuhi ucapan takziah atas pemergian seorang ‘alim yang terkemuka; ada juga yang menyebut semula kata-kata yang pernah dilontarkan oleh Almarhum ‘alim tersebut. Antaranya yang menyebabkan aku tersentak, tersentuh kerana rapat terkait dengan persoalan jiwa yang aku hadapi adalah sebuitr nasihat berkisar dunia, dan peringatan Almarhum agar tidak terlalu mengejar dunia. Katanya, dunia akan datang sendiri jika kita fokus kepada memelihara akhirat.

Betapa terkenanya nasihat itu pada aku yang sebenarnya berada di persimpangan.

Sebenar-benarnya aku lemah, mudah pula untuk lupa akan hakikat tipudaya dan rekayasa dunia. Saat jiwaku kukuh memegang bahawa pilihan-pilihan yang aku hadapi seharusnya disaring dengan hakikat bahawa yang lebih penting untuk kucari adalah pandangan Allah, Bukan sanjungan manusia atas kepintaran atau kecekapan yang seterusnya membuahkan habuan dunia, aku hampir terlupa bahawa  semua tipudaya itu kadang-kadang menjelma dalam harapan-harapan yang seolah murni – menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat misalnya. Bukan tarikan wang bertimbun.

Entah naratif mana yang menyusup masuk ke dalam minda sampaikan aku terlupa segala yang sudah lama aku tanamkan dengan kukuh dalam jiwa – bahawa keutamaan aku sudah berbeza pada saat ini, dan sekiranya sudah berubah keadaan dan keutamaan itu, maka Allah sahajalah yang membawakan peluang untuk kupergi jauh untuk menabur bakti dalam ruang lingkup yang lebih luas.

Kecukupan itu nikmat.

Sedangkan keperitan memilih, mengekang rasa belas akibat hak-hak yang tidak tertunai, perasaan terkejar-kejar itu bala.

Bagaimana aku boleh mahu meletakkan diri dalam kesukaran yang tidak perlu?

Barangkali ia bertolak dari kesangsian: adakah kesenangan ini,rasa selesa ini, sebenarnya satu ujian? Adakah aku sebenarnya harus lari dari rasa selesa untuk cabaran lain? Adakah kesangsian ini sesuatu yang sihat?

Yang paling perlu aku kaji adalah asalnya perasaan yang membuak-buak itu. Apakah didorong oleh suatu ketidakcukupan? Ketidakcukupan penghargaan? Ketidakcukupan cabaran yang menyeronokkan?

Kemudian harus aku timbangi : yang mana lebih dekat dengan syurga?

Mudah-mudahan Allah menunjukkan jalan.

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s