“Nak main dengan mommy!”


Ignore the mess in the background, the children were having fun!

Ignore the mess in the background, the children were having fun!

Soalan pertama aku kepada Isa setiap kali dia terjaga dari tidur adalah “Abang Long nak buat apa hari ni?” dan jawapannya selalu konsisten : “ Abang Long nak main dengan mommy.”

‘Main dengan mommy’ bermaksud aku berada di sampingnya, berinteraksi dengannya (Isa rajin bercerita, lebih-lebih lagi sejak imaginative play sudah berkembang) walaupun kadang-kadang Isa tak kisah jika aku cuma duduk di sofa dan minum kopi sambil melayannya bermain dan bercerita.

But I have to tell you a secret: after a year and half being at home, I concede that I couldn’t stay focused at playing with him for more than 15 minutes. 15 minit. It’s a shame. Sometimes I feel terribly sleepy, sometimes I have to fight the urge to pick up my phone, or I just need to get up and do some chores. Their dad i.e. my husband has always been the fun one, not me.

Aku selalu terfikir: kalaulah ini yang didefinisikan sebagai meluangkan masa berkualiti, then I am really suck at it.

Aku rasa bersalah. Aku rasa bersalah sehinggalah akumendapat jawapan kenapa sukar sungguh untuk akududuk diam dan menemankan anak bermain tanpa multi-tasking, apabila membaca buku ‘You are Your Child’s First Teacher: Encouraging  Your Child’s Natural Development from Birth to Age Six’ tulisan Rahima Baldwin Dancy.

Kata Baldwin-Dancy dalam bab kedua bukunya di bawah subtopik  ‘Why Is It So Difficult to Be Home with Children Today?’ beliau menyedari ramai ibu bapa tidak menyangka bahawa kehidupan stay-at-home bersama anak-anak di rumah rupanya sangat mencabar.

Beliau percaya salah-satu faktor yang menyebabkan hal ini berlaku adalah struktur masyarakat dan gaya hidup yang berubah, di mana keluarga nuklear (dan subnuklear) hidup dalam berjauhan daripada keluarga besar masing-masing. Berdasarkan pengalaman Baldwin-Dancy, ibu (dan bapa) berpendidikan tinggi (university-educated) memang tidak mungkin boleh hidup terpencil dengan anak kecil tanpa interaksi dan bantuan daripada ahli keluarga besar. Ini ditambah lagi dengan kurangnya pengiktirafan dan penghargaan daripada masyarakat sekeliling secara umumnya tentang peranan ibu atau bapa stay-at-home.

It takes a village to raise a child – sebab itulah cadang Baldwin-Dancy kepada ibu bapa: carilah keluarga lain dan juga generasi yang lebih tua sebagai pengganti keluarga kembangan (extended family) jika tiada, yang sebenarnya turut berkongsi peranan membesarkan anak-anak.

Baldwin-Dancy turut menceritakan bagaimana sahabatnya, ketika berada di sebuah kampung di Mexico. Sahabatnya ini pengamal kaedah attachment parenting yang menggalakkan bayi dikendong i.e. babywearing. Selama Sembilan bulan sahabatnya itu mengamalkan babywearing, yang akhirnya menyaksikan dia hampir terbang semangat dek kepenatan hilir mudik dengan bayinya. Memang bayi di kampung itu semuanya dikendong sepanjang masa tetapi bukan semestinya oleh ibunya! Kadang-kadang bayi itu ada bersama neneknya, kadang-kala dikendong oleh kakaknya, dan ada ketikanya dengan makciknya. Pokoknya, seorang bayi di kampung itu tidak diasuh secara bersendirian oleh ibu bapanya sahaja.

Faktor kedua, kata Baldwin-Dancy, yang menyebabkan tinggal di rumah bersama anak-anak begitu sukar adalah kefahaman ibu bapa bahawa mereka harus fokus 100% kepada anak-anak i.e. anak-anak adalah prioriti utama. Kata penulis lagi, kefahaman ini tidak tepat  kerana membiarkan anak-anak memerhatikan ibu bapa melakukan kerja-kerja harian di rumah i.e. merupakan satu keperluan. Senang cerita, ada nilainya apabila mereka melihat pergerakan kita melipat baju, mambancuh teh, mengemop lantai dan sebagainya. Oleh sebab keperluan ini tidak dipenuhilah, kata Baldwin-Dancy, anak-anak mula menunjukkan tantrum, yang sering disalah tafsirkan oleh ibu bapa sebagai kesan kekurangan perhatian.

Malangnya, kehidupan moden yang sudah diringkaskan dan dipermudah oleh sekian banyak gajet dan makanan segera menyebabkan kerja-kerja seharian seperti memasak, menyapu lantai, dan lain-lain kerja fizikal berkurangan. Sudahnya, tiada apa lagi yang menarik untuk diperhatikan oleh anak-anak sedangkan itulah yang membantu mereka belajar dan membesar. Kata Jean Liedloff (pengasas konsep attachment parenting), kanak-kanak perlu menjadi pemerhati kerja-kerja seharian kita, bukan menjadi fokus utama ibu bapa sepanjang masa. Kita yang dewasa ini pun, kalau diperhatikan 24 jam sehari boleh jadi ‘sakit jiwa’.

Aku turunkan petikan daripada buku tersebut yang kufikir menarik:

“In her book she recommends keeping babies in physical contact all day night until they crawl, as is done in the Yequana culture, where the parent or caregiver may occasionally play with the child, but most of the time pays attentiton to something else, not the baby. Sge says in her article, “Being played with, talked to, or admired all day deprives the babe of this in-arms spectator phase that would feel right to him. Unable to say what he needs, he will act out his discontentment. This is the attention-getting behaviour parents interpret as needing more attention when in reality, the child just wants parent to take charge of adult life, because the child needs to see a life in order to imitate it!”

***

Aku boleh menerima penjelasan penulis buku ini bukan kerana ia membebaskan aku daripada rasa bersalah. Bukan juga kerana sekarang aku ada alasan lebih kukuh untuk membiarkan anak bermain sendiri (bermain sendiri pun ada cabarannya sekarang, lebih-lebih lagi dengan wujudnya gajet yang bagi-terus-diam sebagai alternatif). Tetapi penjelasan ini membolehkan aku untuk lebih fokus dan memahami prioriti dalam memenuhi keperluan anak-anak, bukan escapisme.

Isa dan Khadijah masih perlukan aku untuk bermain di samping mereka pada masa-masa tertentu. Kajian menunjukkan permainan anak-anak menjadi lebih sofistikated dan kompleks bila ada sedikit ‘bantuan’ daripada orang dewasa, dan itu bagus untuk mereka. Tetapi lebih penting daripada itu aku mengajar diri aku untuk slow down. Perlu vakum lantai? Tak perlu cepat-cepat. Ambil masa, dan jika mereka mahu menolong, berikan peluang. They need movement, and here’s a chance. Tak payah tergesa-gesa mahu siapkan semua kerja dalam to-do list. Perlu jemur baju? Biarkan mereka ikut serta, bukan halang mereka dengan alasan ‘Mommy nak cepat ni, ada banyak kerja lain!’. Memang susah nak amalkan, tapi kalau aku boleh  tinggalkan banyak perkara lain untuk berada di rumah 24/7 dengan mereka, maka ini perkara wajib aku lakukan dan dahulukan.

Contact times, pada aku, perlu bukan sahaja untuk hal-hal sedemikian. Lebih lama contact time, lebih banyak teachable moments  yang merupakan peluang untuk kita mendemonstrasikan nilai-nilai penting dalam kehidupan. Kalau tak duduk lama dengan anak, macam mana mereka nak Nampak cara-cara melayan tetamu? Cara selesaikan masalah e.g. bila air tumpah? Cara mengawal emosi bila marah? Anak-anak mengambil contoh tauladan daripada orang yang paling rapat dengan mereka i.e. ibu bapa. We are their universe and they look up to us, so take some responsibilities and start behaving yourselves.

Lebih daripada itu, aku kena belajar untuk menerima dan meminta bantuan. Belajar untuk percaya bahawa anak-anak akan belajar banyak perkara daripada ahli keluarga selain aku dan ayahnya. It helps me to keep myself sane too, and learn to trust others. Anak-anak memerlukan aku, but I’m not going to be at their disposal all the time – and that’s okay. It’s still healthy and maybe even crucial for their development.

Bi iznillah.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s