Rumahku Syurgaku: Kenali Isi Rumah Anda


 Otak saya sudah mula rindu untuk bekerja secara sistematik untuk memikirkan masalah setelah lima bulan bergelar surirumah sepenuh masa dan sedang bercuti dari kuliah. Itupun salah satu faktor pendesak yang menyebabkan saya mahu memulakan projek ini sekarang, bukan esok, bukan lusa, bukan bulan depan atau tahun depan.

Pertama sekali yang saya lakukan adalah sesi ‘brainstorming’ atau sesi perah otak. Semua idea yang ada, semua yang saya tahu, semua yang saya teringin untuk lakukan dihamburkan atas sekeping kertas. Memang berterabur hasilnya, tapi itulah cara ‘brainstorming’ yang efektif. Kemudiannya barulah idea-idea ini diklasifikasikan dan diprioritikan sewajarnya berpandukan rangka kerja/pemikiran yang sesuai. Dalam erti kata lain, idea-idea saya yang mencapah itu akan disusun semula.

Cara ini tentulah tidak efektif sekiranya saya tidak begitu terdedah kepada perbincangan berkenaan isu alam sekitar- dan saya mungkin memilih rangka pemikiran yang diketengahkan oleh penulis buku ‘popular’ the Green Deen: What Islam Teaches about Protecting the Planet , Ibrahim Abdul Matin. Beliau membahagikan bukunya kepada beberapa bab: Sisa buangan (Waste), Air (Water) dan Tenaga (Energy) seandainya saya berada di situasi itu. Boleh gunakan klasifikasi ini jika sesuai.

Ataupun analisis mengikut ruang atau bahagian-bahagian rumah anda sebagaimana contoh di bawah:

Ihsan The Star

Saya memilih untuk menggunakan rangka ‘consumption – output‘ untuk analisa ini. Sengaja menambah komplikasi 😛

Bayangkan rumah anda, dan ahli-ahli keluarga anda sebagai sebuah kotak tertutup. Apa sahaja unsur yang masuk ke dalamnya (i.e. apa-apa konsumsi atau penggunaan) senaraikanlah. Tak perlu spesifik. Yang keluar daripada kotak tertutup itu adalah output, dan senaraikanlah yang langsung dan utama sahaja (untuk meringkaskan proses). Sesuailah dengan prinsip ‘materiality‘: utamakan yang paling penting sahaja dahulu. Yang kurang impak kita kemudiankan. Berkenaan impak, saya mengambil kira impak kepada alam sekitar dan juga impak kepada perbelanjaan keluarga.

Di bawah adalah hasilnya secara kasar. Akan diperhalusi dari semasa ke semasa.

Hasil awal

Hasil awal

Hasil setelah diperhalusi

Langkah seterusnya adalah mengenalpasti secara lebih jelas impak serta kesan kehidupan seharian saya kepada kelestarian dan kualiti dan kos hidup. Secara umum saya sudah boleh mengesan, masalah  sisa buangan yang paling utama bagi kami, terutama sekali  lampin pakai buang yang sudah digunakan!

Berkenaan elektrik dan air, secara kasarnya tidak banyak yang boleh kami lakukan untuk mengurangkan penggunaan kedua-dua sumber ini – bil elektrik bulanan sekitar RM70 sebulan dan bil air sepanjang ingatan saya cuma sekali perlu dibayar (RM2), selebihnya ditanggung oleh kerajaan Negeri Selangor alhamdulillah. Tiada pengubahsuaian yang melibatkan modal tinggi, cuma tinggal tabiat berjimat perlu lebih disebatikan.

Namun saya berpendapat elok juga saya perhatikan untuk beberapa hari adakah telahan saya ini betul. Akan menulis lagi tentang hal ini, Insya-Allah.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s