Month: October 2010

If I Could Invent Anything

Daily Traffic

A car that does not use fossil fuel that is cheap enough for an average person to own.

1. No fossil fuel = less pollution. I'd want to say 'does not use any fuel at all', but let's not defy the law of Nature, so to make this more grounded I'd say no fossil fuel. Less GHG emissions, though this definitely create another problem of space, since everyone can buy it. At least I can skip on pushing for behavioral changes which is slow and more challenging to make and see.

2. Cheap enough = The middle class or lower-class people can own it – because apparently hybrid cars are only for the rich. And the lower classes are forced to use public transport, which for the case of Malaysia, is not satisfactory at all. Everyone wants a car, the fresh grads are wooed to buy a car with these no down payment scheme coming in.

Seriously, this won't solve the problem at the root cause, I know.

But given that…

1. Everyone is crazy about owning a car and cars) as it is still very much associated with status rather than just a mere tool;

2. There is no incentives to induce changes in term of automobiles;

3. Clean-tech cars are of high price;

4. Governments make good money out of toll fares and road tax

This is quite a good 'quick-fix', don't you think?

And it will gives you more of this:

1. More traffic jams

2. Harder to find empty parking lots

3. The price of that 'other' fuel used will be sky-rocketing

Chances are that people are going back to the crappy public transport.

Haha.

OK, I'm just trying to get my brain working after a super heavy lunch.

Powered by Plinky

Advertisements

A New Friend Found

I was a girl scout, as long as I can remember. From primary school, though not in any sense active, and secondary school I think I was quite girlish to be a part of this body – you know, with the dark blue skirt with green shirt tuck in, and some badges added…Oh, it just made me recall the horror of having to wear those every Wednesday back then.

And we girl guides love songs . You know, campfire songs.

Like this one, normally sang along with some gestures – a light dance of some sort:

As we walk to the left,

As we walk to the right

As we walk, as we walk,

As we walk all night

With a heel and a toe,

And a half turn around

With a heel and a toe

And a new friend found.

And a new friend found.

Alhamdulillah =)

UMCCed

Semalam saya menerima mesej ringkas daripada UMCCed (University Malaya Centre for Continuing Education), mengingatkan saya akan tarikh untuk pendaftaran sesi baru, sekiranya saya masih berminat. Pesanan itu sebenarnya menyebabkan saya teringat kembali janji lama untuk menulis reviu, atau mungkin sedikit refleksi sebagai bekas pelajar di UMCCed, walaupun cuma empat bulan.

Sebetulnya kalau difikir-fikir kembali saya sudah menyedari kewujudan program ini, walaupun sekadar secara umum semenjak di Kolej Mara Banting lagi – sebelum saya melanjutkan pengajian di universiti. Dan niat untuk belajar di situ sudah lama saya simpan, dan kembali dari UK setelah tamat pengajian di universiti saya diberi peluang, Alhamdulillah, untuk melaksanakan hajat tersebut.

Ada beberapa perkara yang menyebabkan saya tidak teragak-agak:

1. Sejak universiti saya sudah biasa memenuhkan hujung minggu dengan aktiviti-aktiviti sebegini. Rasa-rasa saya, dalam sebulan mungkin cuma satu hujung minggu sahaja yang sengaja dikosongkan untuk aktiviti peribadi/rehat, selebihnya dihabiskan untuk program-program lain.

2. Saya mahu mengelak dari rasa kosong. Kosong yang tidak diisi ilmu, dan tiada pula pertambahan ilmu secara berkala. Iya, saya masih menghadiri sesi usrah, namun sekadar maksima dua kali sebulan, itu tidak cukup. Momentum saya masih tinggi, alhamdulillah, dan saya masih belum mahu memperlahankannya.

3. Saya malas mahu memikirkan alasan yang baik untuk menolak ajakan-ajakan untuk hang-out bersama rakan-rakan, biasanya rakan-rakan sekerja. Bukan saya anti-sosial, tetapi ada hadnya perkara-perkara begitu. Alasan ‘I have to attend my class’ adalah alasan yang konkrit yang paling mudah untuk diberikan.

4. UM cuma sekangkang kera daripada rumah mengikut perkiraan orang yang biasa tersekat lama dalam kesesakan. Sama ada melalui SPRINT atau Jalan Syed Putra/Persekutuan, kedua-duanya masih tidak membebankan.

5. Saya mahu mengekalkan kebiasaan menghadiri kuliah formal ala universiti, kerana saya masih punya niat untuk menyambung pengajian. Yang biasa didengar, sekiranya sudah lama meninggalkan sistem begitu, akan rasa janggal kelak untuk kembali belajar secara berstruktur.

6. Kosnya tidak tinggi.

Maka mendaftarlah saya untuk Modul 3 Sijil Pengajian Usuluddin sekitar Mei lalu. Sepatutnya saya memulakan pengajian dengan Modul 1, 2 dan seterusnya 3, tetapi kerana lambat mendaftar, Modul 1 dan 2 sudah penuh.

Beberapa ringkasan mengenai program ini, kalau anda segan-segan untuk membaca sendiri di lama UMCCed:

1. Untuk melayakkan diri menerima Sijil, haruslah menamatkan ketiga-tiga modul dan menduduki peperiksaan pada penghujung modul.

2. Satu modul mengandungi empat subjek.

3. Setiap subjek diajar selama 4 minggu, i.e. 2 jam x 4 minggu = 8 jam.

4. Yuran untuk satu modul adalah MYR250, boleh dibayar sekaligus mahupun ansuran.

 

Beberapa fakta mengenai kes saya:

1. 3/5 daripada yuran tersebut disumbangkan oleh ayah saya. Haha. Kebetulan ayah baru mendapat bonus. (OK, ini amalan yang kurang bertanggungjawab sebagai seorang anak yang sudah bekerja)

2. Saya ditaklimatkan pada hari pendaftaran bahawa kelayakan untuk menduduki peperiksaan hanya akan diberi kepada mereka yang tidak ponteng lebih dari satu kelas untuk satu subjek, i.e. kehadiran 3/4. Saya bagaimanapun hanya menghadiri 3/4 untuk subjek Tasawuf, 2/4 untuk subjek perbandingan agama, 2/4 untuk subjek ketiga (tak ingat tajuk apa, rasa-rasanya Aliran Pemikiran dalam Islam) dan 3/4 untuk subjek Falsafah Islam. Konklusi: saya bukan pelajar yang baik.

3. Antara keempat-empat subjek ini, yang paling saya suka adalah Tasawuf (Ustaz Pauzi b. Awang) dan yang terakhir, Falsafah Islam (Prof Dr Mohd Fakhruddin Abd Mukti). Kalau boleh saya mahu ulang semula. Dengan pensyarah yang sama.

4. Saya tidak menduduki peperiksaan untuk mana-mana modul yang diadakan dua minggu selepas Aidil Fitri i.e. Sabtu 25 September kerana tiga sebab: saya tidak sempat singgah mengambil slip peperiksaan di APIUM (dan berdasarkan rekod kehadiran yang tidak berapa bagus saya tidak pasti sama ada layak untuk mendapatkan slip atau tidak), saya tidak sempat mengulangkaji, dan saya sibuk berhari raya.

5. Saya tidak bercadang untuk menyambung program dengan Modul 1 atau 2.

 

Reviu saya mengenai program Sijil Pengajian Usuluddin:

1. Sekiranya anda adalah bekas pelajar Kolej Mara Banting yang mengikuti kelas Pengajian Islam, maka kebanyakan daripada isi modul bukanlah perkara baru. Rasanya saya pernah mendengar bahawa silibus di KMB itu dibuat berdasarkan silibus program sijil di APIUM. Mungkin. Sebagai contoh, kelas Perbandingan Agama. Sangat mirip dengan apa yang saya pelajari dulu.

2. Taburan demografi pelajar berdasarkan pemerhatian saya adalah seperti berikut:

  • Berumur awal 20-an dan kelihatan seperti belum berkahwin;
  • Golongan 40-50an dan hampir pencen.

Hipotesis: Dua golongan ini adalah golongan yang belum dibebankan atau sudah hilang sedikit komitmen untuk anak-anak i.e. keluarga. Sama ada tiada anak atau anak sudah besar.

3. Jikalau anda mengharapkan perbincangan secara ilmiah/intelektual, mungkin tidak banyak. Pendekatan yang diambil adalah ringkas, sesuai dengan tahap audiens. Saya belajar banyak di sini. Belajar memahami pemikiran masyarakat umum (maklumlah, baru keluar dari kepompong kelompok creme de la creme kononnya) berdasarkan pertanyaan-pertanyaan yang diberi kepada pensyarah.

4. Waktu kelas i.e. 3 – 5 petang adalah sesuai dengan gaya hidup saya. Haha. Waktu tersebut adalah masa paling tidak produktif, dan sekiranya berada di rumah akan dihabiskan dengan tidur petang.

5. Nota yang bagus, sesuai untuk bacaan. Maksud saya, nota-nota diberi dalam bentuk teks.ayat penuh i.e. seperti buku bukan ‘point form’ . Saya fikir ini adalah untuk memudahkan golongan yang sudah lama meninggalkan ataupun tidak pernah melakukan aktiviti-aktiviti menulis nota ringkas, walaupun saya kurang gemar.

6. Untuk dua subjek pertama, cara pengajaran adalah : ustaz menerangkan setiap perenggan. Subjek ketiga: sedikit rujukan kepada teks, tetapi ada berlaku perbincangan di luar tajuk. Subjek keempat: Rujukan yang amat minimal kepada teks, kebanyakan perbincangan mengarah kepada isu semasa (dan saya rasa itu adalah yang paling tepat, kerana kebanyakan masalah semasa adalah berpunca daripada kepincangan dari sudut falsafah) dan sungguh banyak pendapat yang diajukan oleh pensyarah tersebut menyebabkan saya berfikir panjang. Dan mengubah persepsi saya mengenai beberapa perkara. Sangat mengenyangkan. Tetapi maaf, pensyarah tersebut tidak lagi bertugas di UM. Kini merupakan Duta Besar Malaysia ke Republik Arab Mesir.

7. Saya, err, lebih suka belajar dalam bahasa Inggeris. Opss! Dan jika anda juga begitu, saya cadangkan anda menghadiri program-program di UIA.

Cukuplah.

Jika anda bertanya sama ada saya akan mencadangkan program ini kepada orang lain, jawapan saya adalah begini: Bergantung kepada siapa dia, dan apa yang dia mahukan.

Dan untuk kes saya, empat bulan berkunjung ke APIUM cukup untuk memenuhi semua objektif yang saya senaraikan sebelum ini.

Alhamdulillah.

Never Let Me Go

The Book

I finished Ishiguro‘s famous Never Let Me Go last night, while battling with my mysterious stomach pain. Luckily the pain subsided every half and hour or so, and my concentration on my reading was, though not at its optimal best, good enough to let me devour in its beauty.

But the book is rather a disappointment, that’s how I feel. I read Ishiguro’s Nocturnes and thought that it was one of a kind – heart rendering and moving. And I was expecting more, since, well, this is his novel, and was in the Man Booker finalists list after all. A masterpiece it should be.

Maybe, though I am not sure how much truth there is in this proposition, the book received that much of attention due to its capturing storyline, streamlining perfectly the sci-fi bit and the drama. He touches perfectly the emotional parts, the what-ifs of a scientific breakthrough that once shocked the world.

But again, it is still a frustrating reading – measuring from how long it took for me to actually finish the book (three nights), and my impatience that I have to flip through the endings because it was too slow-moving, an act I rarely do in the case of a good book.

I like the suspense, yes.  The intriguing plot, too. And how he broke the news to me of what I wanted to know. But I don’t feel the way I feel when I read Nocturnes though he is the usual genius in putting some thoughts that are common to us into words.

Maybe I expected too much, because I was so deeply inspired and moved by the first of his that I read.

But I’m moving on to unwrap his next book I bought, which means I’m still in  love him nevertheless.