Jiwa Bangsa..itu Bahasa.


Mungkin saya perlu menulis sekali-sekala dalam bahasa ibunda. Benar, tulisan saya di blog ini majoritinya dalam Bahasa Inggeris, tetapi itu tidak bermaksud saya memandang rendah bahasa ini. Sebahagian daripada diri saya yang masih mampu menikmati hasil seni masih berat untuk mengatakan bahawa karya sastera dalam bahasa Melayu adalah yang paling indah dan paling lembut.

Tetapi setelah melatih diri untuk lebih mahir mengekspresikan pendapat dalam bahasa Inggeris saya semakin menyedari kesukaran untuk menyampaikan maksud dalam bahasa Melayu. Apa lagi bertutur dalam bahasa Melayu penuh tanpa diselangi bahasa Inggeris. Mujur juga bahasa Arab yang saya tekuni belum berjaya menyerap masuk ke lidah – jika tidak lebih rojaklah bahasa yang saya gunakan.

Oh, dan percayalah, untuk menulis dua perenggan di atas saya terpaksa berfikir secara gigih untuk mentafsirkan beberapa lafaz yang terlintas di kepala – ‘Living in the UK and training myself to express my thought in English has taken its toll on me‘. Bagaimana mahu menterjemahkan ayat ini kepada ayat bahasa melayu yang sama maksud dan ekspresi, sama juga impak? Aduh!

Saya amat merasai hal ini ketika cuba-cuba untuk menulis secara kreatif, tetapi untuk menyampaikan sesetengah maksud – terutama yang seputar isu kegemaran saya iaitu alam sekitar dan pembangunan lestari, saya menghadapi kesukaran.Kebanyakan konsep yang saya kenali sejak awal dalam bahasa asing dan untuk ditukar ke dalam bahasa lain kelihatan (dan sememangnya) sunguh mencabar.

Saat berbicara dalam situasi separa formal, di kedai-kedai misalnya, saya lebih senang melafazkan dalam bahasa Melayu.

Apakah ini bermaksud jati diri saya sebagai Melayu separuhnya sudah lenyap?Kerana bukankah bahas itu jiwa bangsa?

Saya masih bisa menghargai kecantikan, malah menikmati tulisan dalam bahasa ibunda – tetapi jiwa saya lebih rapat dengan nada Indonesia. Barangkali kerana buku-buku Indonesia yang saya baca, yang selalunya sangat terkesan di hati namun saat ini, saya begitu marah kepada diri sendiri kerana tidak mampu lagi untuk bertutur sepenuhnya, secara formal, dalam bahasa Melayu, dan dalam masa dua minggu lagi saya akan menyampaikan kuliah/perbincangan untuk sekumpulan peserta program yang penganjurnya awal-awal lagi menegaskan – harus dalam bahasa Melayu. Oh Tuhan, bantulah!

Pelan tindakan?

Saya akan berusaha secara sedar untuk menuturkan ayat dalam bahasa Melayu sepenuhnya tanpa sepatah pun perkataan Inggeris mulai hari ini.

Saya pun Melayu, bak kata Zaid Ibrahim.

Nota tambahan: Saya hanya mula berkomunikasi dalam bahasa Inggeris dalam perbualan hari sejak pertengahan 2003, terpaksa dan dipaksa. Oh, saya memang lupa daratan bukan?

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s