Belajar jadi gelandangan!


Nota: Entri ini mula ditulis Januari lalu, baru sahaja berjaya ditamatkan.

Pagi ini, ketika saya menulis entri ini, mata saya masih lagi berusaha menahan kantuk, Cuma sakit belakang sahaja yang sudah berkurangan. Malam tadi kami belajar menjadi makhluk gelandangan.

Seharusnya pelan perjalanan kami tidaklah sesukar mana. Tiket bas seawal (atau mungkin lebih tepat, selewat) pukul 3.32 pagi dari Stesen Koc Victoria di London, singgah di Lapangan Terbang Stansted sebelum terus ke destinasi kami sekitar pukul 5.20 pagi, bererti kami hanya perlu berlama-lama di Stesen Koc, atau jika mahu lebih selesa berehat sekitar Stesen Tren Victoria berdekatan sehingga koc bertolak.

Tetapi Tuhan mengaturkan untuk kami satu perjalanan yang sarat dengan pengajaran. Sekadar tidur di stesen tren/koc atau di lapangan terbang, saya sudah melaluinya (kali pertama di Gatwick, kali kedua di Madrid), tetapi kali ini, kami bukan sekadar menjadi gelandangan sementara – tetapi diajar merasa perasaan dihalau ke sana ke mari.

Pengajaran utama? Pergantungan pada Tuhan.

Kami tiba di Stesen Tren Victoria sekitar pukul 2. Selesai membereskan makanan tengahari yang dibekal krew FuiYo (ILuvIslam), kami bersegera ke Costa Coffee – suhu mula menurun tanpa kesan pemanas dek bangunan stesen yang terbuka. Secawan cappucino saiz paling besar, buku The Messenger: The Life of Muhammad oleh Tariq Ramadhan – saya menjadi manusia yang paling selesa walaupun kerap juga ditenung warga Inggeris yang berkunjung.

Sebetulnya, wanita berhijab memang menghadapi perkara sebegitu. Saya senang diperhati wanita Inggeris ketika membetulkan tudung di ‘washroom’, saya juga tidak ada masalah ditenung sebegitu. Tidak semua warga UK biasa berhadapan dengan wanita Muslim – dan jika dengan bertemu saya mereka dapat melihat yang wanita Muslim juga adalah normal seperti mereka, itu adalah sangat dialu-alukan.

Tetapi tepat jam enam kami terpaksa beredar – Costa ditutup lebih awal, dan kami segan-segan untuk berjalan jauh. Mujur ada tempat tersorok, dengan kesejukan yang melampau kami sudah tidak mampu menahan diri untuk berselubung dalam beg tidur.

Dan tentulah, dengan beg tidur berona merah hati terang berjalur kuning, kami memang menjadi perhatian orang yang lalu-lalang. Seorang lelaki tersegih besar melihat kami yang (kononnya) malu-malu – ‘Don’t be shy!’. Rasanya kami lebih sanggup begitu daripada menahan sejuk yang melampau. Suhu ketika itu sekitar 0 darjah selsius atau kurang – dan jika tidak kerana lapisan tambahan kami tidak mampu untuk berfikir pun!

Saya sudah hampir tidur nyenyak ketika kami dikejutkan pegawai stesen – stesen akan ditutup sekarang! Sungguh, kami terlupa benar yang stesen ini akan ditutup menjelang tengah malam.

Malam di UK secara umumnya, hanya hidup sekitar pub , jadi memang tidak boleh berharap akan ada tempat yang sesuai untuk berlindung memang tidak ada, melainkan stesen koc yang tidak jauh dari situ.

Stesen koc menerima kami hanya sekadar satu jam, tepat pukul 1 pagi kami dikejutkan, stesen akan ditutup dalam masa beberapa minit. Dua jam tiga puluh minit sebelum kami boleh bertolak ke destinasi – dan sepanjang 2.5 jam itu kami harus berteduh di mana?

Mati akal.

Pertamanya tentu sekali saya rasa marah. Kalau stesen ditutup pada jam satu, kenapa mesti ada servis pada jam tiga pagi?

Keduanya, saya berasa kasihan. Sekurang-kurangnya kami hanya ada diri-sendiri untuk dijaga, tetapi satu pasangan yang turut dikerah untuk keluar dari stesen itu mempunyai seorang bayi kecil yang tentunya tidak betah dibiar bersejuk-sejuk di luar.

Bas yang menuju ke destinasi yang sama, tetapi lebih awal memang sudah ada – dan sahabat saya cuba-cuba bertanya, kalau-kalau si pemandu bermurah hati untuk membenarkan kami menumpang kocnya – after all, it is the same service but two hours earlier, dan alhamdulillah – kocnya kosong dan kami memang tidak putus mengucap syukur dan terima kasih kepada pemandu yang baik hati.

Suhu ketika masih di bawah 0 darjah selsius dan kalau tanpa belas pemandu tersebut, sesungguhnya kami memang tidak punya pelan B!

Oh ya, untuk ke tempat tujuan kami berhenti sebentar di Lapangan Terbang Stansted selama tiga jam – dan ini bermakna bertambah satu lagi lantai lapangan terbang yang pernah menjadi tempat tidur saya!

Advertisements

2 comments

  1. Salam

    telah terbukti, pembaca buku bunga kebahagian akan berkahwin dalam masa tak sampai 6 bulan selepas membaca paling kurang separuh dari isi kandungan buku tersebut..

    AKu baru baca suku..

  2. Aku habis baca buku tu awal bulan 1 arituh, so aku akan kahwin dalam bulan 6 kalau ikut teori ni.

    Bulan 6 exam blom abes…

    Teori ko tak cukup robust!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s