Another Eid Away


Eid Mubarak.
Kullu ‘aam wa antum bi khair.
Saya terasa mahu muntah-muntah membaca Pancaindera Edisi Aidil Adha membaca pengertian yang diberikan oleh artis-artis tentang erti pengorbanan.
Tidak sanggup rasanya untuk membandingkan, atau menghubungkan pengorbanan Saidina Ibrahim a.s. – baik ketika diwahyukan untuk menyembelih anakandanya sendiri,pengorbanan emosi meninggalkan isteri dan anak kecilnya di tengah padang pasir tandus, mahupun pengorbanan jiwa dan emosi menentang ayahandanya, juga pengorbanan jiwa untuk rela dibakar hidup-hidup dalam menegakkan islam dengan ‘pengorbanan’ edisi moden ini –Demi kecintaan terhadap seni selain menyedari betapa sayangnya mereka kepada negara, Yusni dan Siti Nurhaliza tidak teragak-agak melibatkan diri dalam arena seni pada usia yang sangat muda.
 
Semoga Allah s.w.t membantu kita untuk melihat kebenaran sebagai kebenaran, dan kebatilan sebagai kebatilan.
 
Eid kali ini, seperti biasa, kami terlambat ke untuk solat sunat (seingat saya cuma sekali sahaja kami berjaya datang awal untuk solat sunat Eid – terlalu awal sehingga pintu masjid pun belum dibuka!). Saya yang terlupa bahawa isnin adalah Eid, awal-awal lagi berjanji dengan Heinz untuk sesi praktis program GaBi4 yang bakal digunakan untuk projek tahun akhir. Langsung bergegas pulang ke rumah menyiapkan design project, sebelum menerima jemputan dari keluarga pasca-siswazah dari Cheetham Hill. Jam 4 petang kami bergerak ke Cheetham, terus ke Jamuan Eid SeManchester kemudiannya.
 
Program MCOT pertama tanpa tanggungjawab di bahu, saya dan Hanee menjadi orang terawal menadah pinggan!
 
 
Advertisements

One comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s