What Done is Done


Esok saya kembali menulis untuk blog ini, inshaAllah.

Literature Review juga Research Proposal bakal dihantar esok, sekurang-kurangnya melegakan sedikit fikiran.

Seminggu ini asyik sakit-sakit, penangan tidur yang tidak cukup, juga badan yang penat dek kelas intensif. Pengajaran: Jaga hak tubuh badan!

Hujung minggu ini saya akan menghadiri kursus anjuran alKauthar Institute: Mark of A Jurist. Mudah-mudahan £60 yang dibelanjakan akan berbaloi – bukan kerana sangsikan pengisian, tetapi khuatirkan diri sendiri yang mungkin tak mampu bertahan selama 10 jam 30 minit untuk dua hari berturut-turut!


Mesyuarat Agung Tahunan MCOT sudah berlangsung minggu lalu, dan saya secara rasminya bukan lagi EXCO MCOT – walaupun imej MCOT yang saya bawa sejak tiga tahun dulu bukan senang untuk ditanggalkan. Lega, tapi kenapa rasanya beban itu belum hilang?

Minta ampun maaf atas semua salah silap saya sepanjang menjadi komiti, tersilap membawa arah dalam meneraju (ada komen yang MCOT agak sekular sepanjang sesi lepas), mahupun atas ketidaksengajaan menjadi sangat sarkastik ketika sesi soal jawab ketika mesyuarat. Sungguh, saya tidak sedar jawapan saya bunyinya sungguh sinikal!

Apapun, what done is done.

Astaghfirullahu li walakum.

Advertisements

2 comments

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s