Home (I)


Baiklah, kali ini update separa penuh.

Sekitar perjalanan pulang ke tanah air:

1. Oleh sebab penerbangan saya adalah pada pukul 2.05 petang, jadi pagi itu saya harus bangun awal, malah Hanee pun terpaksa berkorban (terima kasih daun keladi) pada hari-hari cuti seperti ini. Cik Hakimah pun rajin mahu menemankan, terima kasih juga – terutama untuk kek (atau roti) pisang yang susah-susah kamu bakar untuk saya itu. Bila lagi dapat kita berjaulah sekali? Dublin, Sepanyol dan Mesir… Cik Hakimah sahabat saya bakal pulang ke Malaysia Julai ini, mungkin sekali berkhidmat offshore kalau ada rezeki. Jangan lupa pakai sunscreen ya?

2. Saya sudah bersiap-siaga untuk menjadi makhluk peramah sepanjang perjalanan bersendirian ini, di samping buku The Travels (Rihlah) tulisan Ibn Batuttah sebagai peneman. Malang juga, tempat duduk di sisi saya kosong tanpa penumpang untuk dibawa berbual. Jadi saya menjadi makhluk sunyi-sepi, dua lelaki yang duduk selang satu seat tidur nyenyak. Sudahnya saya cuma melayan perasaan sendiri – untuk menonton filem saya tidak selera dek muaknya menonton media yang tidak boleh menstimulasikan otak itu – terima kasih kepada tontonan Desperate Housewives dua musim pada minggu sebelumnya!

3. Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai sekitar tengah malam untuk stop-over sembilan jam. Muka Melayu (dan rumpunnya) bersepah-sepah. Setakat pengalaman saya di beberapa lapangan terbang antarabangsa, inilah lapangan terbang yang paling unik, paling bervariasi pengunjung dan pekerjanya. Hebat. Saya menarik beg ke hulu ke hilir, duduk sebentar sebelum disapa dua jurutera Filipina yang dalam perjalanan kembali dari Amerika. Bercerita tentang keluarganya – juga anak perempuannya yang sebaya saya di Manila.

4. Gara-gara tidak membawa wang tunai dalam pound Sterling, saya terpaksa mengeluarkan wang melalui ATM, dalam keadaan paling ragu-ragu kerana tidak pasti nilai tukaran. Lelah betul! Saya kelaparan benar sekitar pukul tiga pagi, harga makanan di Cafe berharga dalam lingkungan 15-25 dirham. Niat asalnya mahu mengeluarkan maksimum 50 dirham sahaja, namun ATM itu sungguh menyakitkan hati, not paling kecil yang boleh dikeluarkan adalah 100 dirham. Aduh, hilang 15 pound sterling.

5. Saya makan McDonald bersendirian, mengeluarkan buku tulisan Ibn Batuttah sebagai rakan peneman. Meja di hadapan saya kosong, tidak lebih lima belas minit setelah saya duduk, seorang lelaki arab siap berjubah duduk menghadap saya. Saya jeling dia, dia jeling saya. Janggalnya! Saya tunduk baca buku, dia terus bersibuk-sibuk dengan telefon bimbitnya – nah, sekarang lebih selesa!

6. Kepala sudah pening-pening. Usaha saya untuk memenatkan tubuh badan sebelum penerbangan supaya sepanjang berada dalam kapal terbang saya lebih muda tertidur tidak berjaya. Sudahnya, di Dubai saya terpaksa menahan kantuk, meski sempat juga sejam-dua berada dalam posisi selesa untuk tidur setelah penat memerhati sekian banyak manusia pelbagai bangsa lalu lintas di hadapan mata. Teringat ayat Quran – Allah menciptakan manusia dalam variasi sebegini hebat adalah supaya kita saling mengenal dan menghargai keunikan masing-masing – lantas menjadikan dunia ini isinya tidak terlalu monotonous. Bukan untuk menjadi rasis.

7. Tujuh pagi, boarding gate sudah dibuka. Sepatutnya untuk sektor penerbangan yang seterusnya ini, rakan seManchester, Hasbullah akan ikut serta, tetapi sehingga hampir pukul 8.15 pagi (gate ditutup tepat 8.40 pagi) kelibatnya masih belum nampak. Penerbangannya tertunda sedikit, kata sahabat saya ini ketika bersua kemudiannya – langsung bertanya keadaan saya yang bersendirian sepanjang perjalanan. Saya katakan semuanya OK, I’m enjoying it. Isk, emak saya pun tak serisau ini.

8. Penerbangan sektor kedua lebih menarik. Saya duduk di tepi tingkap pesawat, di sisi saya rakan sebaya – Raihana namanya, gadis dari Melaka yang baru pulang berumrah bersama keluarga dan seangkatan 44 orang yang lain. Seronok juga berbual, maklumlah, rakan sebaya. Meninggalkan Dubai, membolehkan saya menikmati pemandangan yang menakjubkan – kapal-kapal yang tak terkira banyaknya, yang kelihatan seakan statik di perairan berhampiran. Subhanallah!

9. Rupa-rupanya saya tersilap kira! Perjalanan saya memakan masa 26 jam, bukannya 23 jam seperti yang dikira sebelumnya. Lebih sehari suntuk maksudnya – confirm dilanda jetlag! Pesawat singgah di Singapura untuk menurunkan penumpang (sekali lalu bunyinya macam sedang menaiki bas ekspres) – sejam di situ pesawat dibersihkan pekerja, saya dan Raihana ralit melayan seleksi lagu-lagu terbaik Mariah Carey. Jiwang sekejap!

10. Saya meninggalkan Singapura lewat malam , sekitar pukul 10.45 dan sekali lagi saya dihidangkan pemandangan yang luar biasa indah – Singapura dari udara, pada waktu malam memang superb! Subhanallah. Kapal-kapal laut pada waktu malam, bertebaran di perairan selat memang sepuluh kali ganda lebih cantik pemandangannya, sampai sakit-sakit pinggang saya menjengah tingkap sepanjang 40 minit penerbangan ke KLIA. Teringat juga game Simcity yang sudah dua tahun saya tinggalkan…My favourite PC game ever!

11. Tiba di KLIA. Malaysia, setelah dua tahun. Saya langsung tidak rasa janggal, malah tak terasa kehilangan suasana Malaysia dalam diri. Mungkin saya sudah melihat kebanyakan perkara melalui sudut berbeza kini, namun Malaysia tidak terasa jauh, senantiasa dekat. Saya tidak boleh disamakan dengan mana-mana kisah tipikal orang baru pulang dari luar negara yang lain, ok?

12. OK. Ini bahagian lebih dramatik. Saya berjaya keluar ke balai ketibaan tanpa disedari oleh mana-mana ahli keluarga – langsung mencari kelibat ibu saya (yang ketika itu sedang membelakangi saya), langsung mencium tangan dan pipi. Ibu saya, yang hanya terkeluar dari mulutnya cuma ‘anak emak..’. Turutannya begini – emak, ayah, Fahmi, dan Along, kemudian cubit pipi Adam Haiqal anak saudara saya yang baru pertama kali saya temui. Adik saya Afiqah ada exam di UIA, tak berkesempatan ke KLIA malam itu.

13. Adam Haiqal memang sangat manja! Dengan muka berkerut-kerut seperti dalam foto-foto yang saya terima sebelum ini, selamba dia mendepangkan tangan minta didukung. Dia memang jarang senyum, tetapi tetap playful. Pagi itu saya tidur pukul tiga pagi (di rumah Along di Shah Alam) menemankan dia bermain – dia tidur kemudiannya, itupun setelah dipaksa!

14. Esoknya, dalam pening-pening tidak cukup tidur kami keluar ke sekitar PJ – survey laptop. Melampau kan. Baru sehari sampai Malaysia sudah serbu kedai laptop. Abang Rezal mencadangkan Digital Mall instead of Lowyat, mengambil kira kemudahan untuk dapat parking dan jarak dari rumah. Saya dilayan oelh seorang pemuda Cina yang pastinya terasa tempias sarcasm saya : saya melihat-lihat Sony Vaio – dan dia mencadangkan saya membeli yang berwarna merah jambu – more suitable for you, because pink is girlish and lady-like. Saya buat muka, dan membalas:’ Hello, I am not ladylike, okay?’ Dia membalas dengan muka toya – ‘OK, it was supposed to be a joke‘. Haha. By the way, he’s cute. Dia menunjukkan saya laptop jenama BenQ – spesifikasi yang lebih baik dari Vaio tetapi kurang RM1000. RM 3599. Vaio dengan spesifikasi yang saya kehendaki berharga RM4488. Saya ambil pamflet, dan katakan saya mahu meninjau-ninjau dahulu.

15. Rupanya pemuda cina tu sebaya saya! Haha. Selamba oren dia panggil saya dengan panggilan ‘akak’ semalamnya. Esoknya saya nekad membeli laptop BenQ, mengisi borang warranty – sambil dilihat pemuda cina itu, yang menegur – eh, kita sebaya – setelah melihat no KP saya. Do I look old? *Sigh* But he still is cute.

16. Hari ketiga di Malaysia saya diserang demam selsema! Ayat gediknya : Well, I tak biasa dengan cuaca Malaysia. Haha.

(sambung lagi nanti)

Advertisements

4 comments

  1. salam alaik afni.wuwu.

    kesian pemuda cina di kedai komputer itu. ku boleh bygkan ko buat muka canne. adeih kesian beliau.huu.

    haa, jom berjaulah di serata tanah air pula. dtg terengganu yeh, boleh aku bw ko gi mandi laut.ngehngehngeh.

    take care everyone! (tiru ayat ko. muahahaha)

  2. Cik Lambert,

    Tu hobi aku.

    Pegi terengganu..nakk! Nanti aku turun kelantan, aku ajak Hanee skali la. Nak mandi lauttt! Last mandi laut adelah almost sethn lepas, kat Dahab i.e. Teluk Aqabah mengadap Arab saudi. hmm..

    Nak balik Dahabbb..isk isk

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s