Lagi Catatan Rawak


Sin Chan R.I.P

Saya baru jatuh kerusi (sekarang kamu mungkin terfikir, ‘Jatuh kerusi pun mahu tulis dalam blog’), tangan saya lenguh-lenguh tetapi masih gatal mahu menaip. Beginilah, saya teruja sangat malam ini, tak mampu tidur jadinya (kalau tidak teruja pun memang tidak mampu tidur, kerana sudah bergolek lama petang tadi). Semua gara-gara perancangan mahu terbang ke Maghribi cuti Krismas akan datang. Tujuh bulan lagi, inshaAllah, tapi saya sudah tidak tahan. Tak tahan lagi, bak kata Melly Goeslow.

Sebelum saya boleh terbang ke Maghribi, bersama Haz, saya perlu pulang ke Malaysia terlebih dahulu, dan sebelum itu saya mesti pula menduduki peperiksaan. Ini bahagian yang paling tidak menarik sekali. Aduh. Ada tiga kertas yang harus saya duduki – Safety (mari buat role play seolah mahu bergelar jurutera Risk/Safety) , Fine Chemicals Production (mari role play seolah mahu bekerja di AstraZeneca) dan Environmental Law & Regulation (yang ini tidak perlu role-play, saya memang mahu jadi environmental consultant).

Dan ya, kalau saya mahu memenuhi target peribadi saya tahun ini, saya mesti melengkapkan 15 jam kerja sukarela lagi. Sudah mati akal. Kalau bukan kerana Design Project yang mencengkam itu mungkin sekarang saya tidak kalut begini. Sebulan terpaksa saya bercuti daripada kerja sukarela (Ya, MCOT pun kerja sukarela tapi tak dikira). Isk, nak dilepaskan Manchester Leadership Award, cuma tinggal 15 jam lagi, sayang pula rasanya. Markah untuk laporan individu dan E-Poster sudah cukup baik (71%), tinggal kerja sukarela yang 15 jam itu sahaja.

Last resort, Student Action mungkin.

Isnin ini saya menonton teater inshaAllah. Kali ini dengan date yang baru, cik Adibah Abdullah. The Glass Menagerie oleh Tennessee Williams. Alah, Tennessee Williams yang menulis Trem Bernama Desire (A Streetcar Named Desire), yang kita tekuni untuk Malay A1 di Banting dulu, masih ingat?

Saya sudah menyenaraikan projek-projek untuk cuti musim panas ini. Bukan apa, saya terkesan dengan pesanan seorang senior, cuti tiga bulan akan jadi sia-sia kalau tak dirancang. Sangatlah betul berdasarkan pengalaman pulang cuti musim panas dua tahun lepas. Sudahnya saya semakin berat punggung, hilang semua aktivisme di universiti, diganti dengan rasa malas yang melampau-lampau. Jadi kali ini saya sudah bersiap-sedia, ada sahaja idea aktiviti yang terlintas, saya catit cepat-cepat, masukkan tarikh dalam planner. Juga target peribadi. Satu buku seminggu (novel fiksyen tak dikira, kerana satu novel boleh dihabiskan dalam satu malam cuma, that will be cheating if it is included!), kalau pulang untuk 15 minggu, bermakna saya sudah boleh menghabiskan sekurang-kurangnya 15 buku. Not bad. Termasuk refleksi bertulis dalam blog sebagai hadaman, itu wajiblah. Ada sesiapa yang nak ikut serta? Ada teman berbincang tentu jadi lebih menarik.

Oh ya. Saya sudah memesan terjemahan ‘Rihlah’ oleh Ibn Battutah , The Travel, di Ebay. Tak sabar menanti buku yang saya tunggu lama untuk saya selak dan baca. Geram betul saya. Mulanya mahu meminjam sahaja di Central Library, tetapi terjemahan asal tiada dalam koleksi yang boleh dipinjam. Cuma untuk rujukan semata. Jadi terpaksa membeli. Sepatutnya saya boleh saja bersabar dan membeli terjemahan bahasa Melayu karya hebat ini, tetapi saya fikir saya mahu menghabiskannya dalam perjalanan 24 jam ke Malaysia kelak, jadi perlu beli sekarang. Terjemahan ke dalam Bahasa Melayu seingat saya, pernah dibacakan dalam satu slot di IKIM.fm.

Haih. Tak sabar, tak sabar. Ibn Battutah berasal dari Maghribi, tahu?

Saya ada masalah baru sekarang. Bukan masalah sangat baru, tapi ini adalah masalah yang biasa jika saya sudah menerima tiket untuk perjalanan panjang, contoh tiket ke Malaysia dan Mesir. Bermula dengan mimpi tertinggal penerbangan, sambung dengan mimpi tertinggal tiket, juga mimpi indah ke Iran dan Afrika (tengok, dalam mimpi pun saya melancong ke tempat eksotik, bukan ke Eropah), saya rasa saya tidak boleh tidur nyenyak tanpa bermimpikan apa-apa yang berkaitan dengan kapal terbang sehinggalah saya kembali semula ke Manchester 15 September nanti inshaAllah.

Masalah, masalah.

Berita baik, di rumah saya sudah ada kucing! Yeay! Eh, maksud saya rumah di Beseri, Perlis. Bukan rumah di Chorlton-on-Medlock, Manchester ini. Jadi tak perlulah saya merengek-rengek kepada emak minta untuk ‘mengepau’ seekor-dua anak kucing berekor kembang di rumah saudara untuk dibela seperti cuti musim panas 2006 dulu. Bukan apa, saya tak sanggup menjadi satu-satunya makhluk bernyawa di rumah tu apabila mak dan ayah bekerja. Saya makhluk sosial yang boleh mati kebosanan kalau bersendirian, ok? By the way, have you heard a research that says cats or dogs give a better calming effect to its owner, than the owner’s spouse? Cuba baca ini:

Dr. Allen says, only half kidding, that there is even some evidence a pet can be more helpful than a spouse for controlling blood pressure. During one of the first studies she and her colleagues did of women and dogs, a participant asked the researchers to compare the effect of her husband with that of her dog.

“At first we were greatly amused,” Dr. Allen says. “But later we decided this was a terrific idea. Basically we found that pets [dogs or cats] were much better at reducing blood pressure responses to stress than were spouses.” The presence of a spouse, she explains, dramatically increased blood pressure. The presence of a pet did not. When both the spouse and the pet were present, the blood pressure stayed down.
sumber

Saya rasa kajian itu 95% tepat. But you cannot marry a cat, that’s the problem.

Oh, oh, saya perlu sambung ulangkaji.

Advertisements

8 comments

  1. Wow, this entry has made it official, inshaallah =)

    Erm, apsal nada entri ko nih gedik semacam sket? Ngehehe

  2. Gedikness not intended.

    (I blame the hormone again)

    Kak, aku dah tak sabar!

  3. Salam Afnizar, kawan Becky ya? Saya ingat kawan Mudin001. Tekaan x kena nampaknya. Kagum dgn kelajuan membaca Afnizar :).

  4. w’salam sis najibah

    terima kasih datang menjenguk.

    Laju ke? Kalau novel memang laju, sebab baca novel mcm menonton filem, kalau terputus-putus, berhenti sekejap-sekejap boleh hilang ‘feel’. sebab tu mesti habiskan sekaligus.

  5. hahaha.

    saya kurang setuju. mungkin sebab saya suka drama bersiri.

    sepatutnya saya beri salam dahulu. assalamualaikum.

  6. saya jawab salam dulu:

    ‘alaikumussalam wrt

    drama bersiri memang takde impact kalau tgk terputus-putus. saya rasa satu, sebab setiap siri ada cerita utama. dua, cerita bersiri selalu meleret-leret, plotnya tak laju mcm filem, so kalau tersekat pun tak apa. Saya rasa la.

    Ni pandangan orang yang tak suka tgk drama bersiri, lagi-lagi drama korea. hehe.

    sepatutnya saya ckp terima kasih dahulu sebab sudi datang berkunjung.

    terima kasih.

  7. Afni,

    tapi kita layan Pride and Prejudice (BBC) kan? =P Tu pun kena marathon. Haha.

    Tapi betullah, lain feel tgk drama bersiri tanpa jeda dengan yang bersambung setiap hari/minggu.

    Oh ye. Ni dah lama tapi lupa nak bagitau. Jennifer Ehle yang jadi Elizabeth Bennet tu American. So her convincing British accent is a total fake! That’s what a good actress is I guess. Ehle pernah menang Tony awards for Best Actress In A Play. Play tu, bukan drama ke movie ke yang boleh amik 100 take. Haha.

  8. aku layan sorang-sorang kot cerita tu. ko tidur je.

    Ahh, she’s american! (aku dah jadi mcm britons yg anti-amerika). Wonder if peminat Pride and Prejudice versi BBC tahu fakta ni.

    Btw, i still think she’s the perfect Elizabeth Bennet. Keira Knightley is definitely not good at all.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s