Ketipang Payung


(**Tribute kepada Hanee, dengan ucapan ‘Nanti aku praktis nanyi lagu ni untuk kau, dengan suara yang sesuai’)

Ala Payunglah payung, ketipang payung
Payung sutera ‘nak raja muda
Ala tolonglah tolong, cik abang tolong
Janganlah marah pada adinda

Daun mengkudu bercabanglah cabang
Tempat temasya semut serangga
Hatiku rindu… kepadalah abang
Menunggu masa berumah tangga

Batanglah padi si batang pinang
Pohonlah lada buahnya jarang
Kalaulah sudi.. lekaslah dipinang
Sebelum dinda diambil orang

Daunlah nipah ditebang-tebang
Batanglah padi aku luruskan
Kalaulah sudah… kepunyaan abang
Ke laut api aku turutkan



Ok. Serius.

Secara peribadi saya merasa lagu ini sangat cantik. Buang ketepi ‘tidak syariat’nya menyanyi juga menari di hadapan lelaki ajnabi, dan mengambil kira lagu ini semata, baik irama mahupun liriknya, saya (walaupun mula-mula mendengarnya ketawa besar) terasa sopan-santunnya budaya yang ada pada masyarakat Melayu. Walaupun sekarang sudah mampu menulis dan bertutur dalam bahasa Inggeris dan bisa juga menikmati sedikit Bahasa Arab, bahasa Melayu masih terlihat keistimewaannya. Lihat saja lirik lagu ini, bukan lirik biasa ‘I want you, I can’t live without you‘ dalam lagu-lagu moden. Maksudnya disampaikan dengan cara lembut. Bahasa yang tersusun indah, semangat kesopanan (dan juga pemalu anak gadis yang tipikal) masih terlihat, tidakkah berseni?

Saya pencinta bahasa Melayu yang adabnya terjaga meski dalam pertuturan, dan saya bakal menangis kerana pantun lama yang saya cintai, yang saya tekuni di sekolah dahulu untuk KOMSAS tidak lagi akan ditatap oleh anak-anak saya kelak.

p.s. Teringat kali pertama menulis syair untuk dipentaskan semasa Tahun 4, adaptasi daripada cerita rakyat negeri Perlis, ‘Puteri Syele’ tajuk sebenar, tetapi Cikgu Khairi (yang suka membuli saya!) menukar kepada ‘Puteri Suraya’. Dah hilang sedikit estetiknya!



Advertisements

9 comments

  1. hahaha..ko afni.abis aku melayan 5klip lagu melayu nih.keskes..aku pon dah tangkap lentok ngn lagu nih.ampunkan laa ek if tak lama lagi lagu nih pon naik ke blog aku.
    btw, teruskan menulis 🙂

  2. saadah, adekah itu bermaksud aku dah berjaya mempromosi lagu2 klasik ni? isk. jgn sampai lagha sudah.

    nak link blog ko.

  3. Assalamualaikum warahmatullah,

    Tiada kata secantik bahasa..

    Bahasa apa sekiranya bukan bahasa ibunda kita sendiri..

    Maka siapakah yang akan membelanya jika kita bukan kita?

    Mari masuk dalam gelanggang dan ‘berdiri’ bersama-sama mereka yang memperjuangkan Bahasa Melayu Tinggi (BMT) dengan menerbitkan karya-karya bermutu tinggi…

    Setidakpun…pabila sekembalinya Afni ke Malaysia nanti, ya?

    Wasalam…

    Makcik Umi

  4. hehe..lagu ketipang payung tuh nak buat hadiah utk ‘bakal’ aku…wahaha..
    Blog personal aku kat frenster..tapi tuh yang macam tak berilmiah sgt. 😛 lebeh kpd nak hilang stress.
    Blog rumah http://dnurcollections.blogspot.com
    or ko boleh gak melawat http://www.maxol.info.
    Tapi aku masih belum berjaya menulis seperti ko.Insyaallah akan kucuri masa yang tak pernah cukup nih. 🙂

  5. Good entry. Sekarang cuba compare lirik lagu Ketipang Payung ni dengan lirik Bawaku Pergi (Zizan ft Kaka) yang kena ban tu. You’ll see HUGE difference between mindset orang dulu dengan orang sekarang.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s