Month: April 2008

Percubaan 1 : Satu Kisah di Dolgellau

Satu tabiat buruk saya adalah menulis, tetapi tidak pernah mahu menghabiskan. Saya semak-semak kembali ‘folder’ dalam komputer saya (yang bakal dilupuskan tidak lama lagi), ada lebih sedozen fail yang senasib dengan fail ini. Saya ‘copy’ sedikit di sini. Saya sangat mahu menamatkan kisah ini, tetapi berbaloikah?

*************************

Pengajian tauhidku lama dahulu memberitakan bahawa Tuhan itu ada di mana-mana.

Ia ada pada setiap apa yang disentuh oleh mata, itu kata guruku.

Tetapi kenapa hari ini aku belum bisa melihat Tuhan yang Satu, malah aku terasa jauh dariNya?

Adakah Tuhan yang berada di mana-mana itu hanya bisa dilihat dengan mata, yang bukan mata kasar tetapi mata hati?

Kalau itu benar, adakah aku sudah buta mata hati sehingga tidak terlihat Tuhan yang senantiasa di sisiku?

Aku cuba-cuba menghayati puisi Rumi yang penuh kecintaan pada Rabbnya, dan kemudian aku menangis.

Aku pernah juga menekuni bait-bait puisi wanita sufi Rabiah al-Adawiyah, dan kemudian aku menangis.

Mengapa mereka bisa melihat dan menemui Tuhan sedang aku masih terkapai-kapai begini?

************************************

Dolgellau.

Awan gelap menyelubungi bandar kecil di kaki gunung Cader Idris petang itu memberikan alamat yang tidak lama lagi hujan akan membasahi bumi. Tetapi kedegilan yang kuwarisi entah daripada siapa menyebabkan aku tetap keluar daripada rumah tumpanganku, langsung mengatur langkah melintasi Eldon Square. Hari pertama di Dolgellau, aku mahu menikmati deru Sungai Wnion, aku bertegas pada diri.

Melewati Tourist Centre aku melempar senyum pada Micheal, lelaki lebih separuh umur yang banyak benar menolongku yang berada di kaunter. Berkali-kali aku menelefonnya sejak di Manchester lagi, bertanya itu dan ini. Saya bakal bersendiri di Dolgellau, adakah itu bahaya, aku bertanya. Dan Michael dalam senyumnya (aku yakin dia tersenyum ketika menjawab soalanku ), menjawab senang – tidak perlu risau. Dolgellau tidak sebahaya Manchester.

Dan aku percaya kata-katanya, lantas tiada berlengah menyiapkan itu dan ini untuk ke Dolgellau.

Bandar kecil yang di utara Wales itu sebenarnya sudah mengikat hatiku sejak kali pertama aku menjejakkan kaki ke situ setahun yang lalu. Aku jatuh cinta pada damainya suasana, jatuh hati pada haruman yang dibawa angin daripada celahan Cader Idris. Dan musim bunga ini aku terpaksa kembali. Satu, kerana cintaku, kedua kerana kekalutan yang membelit segenap hidupku menyebabkan tidak betah lagi untuk berada di Manchester.

Benar-benar terapeutik bunyi air yang menderu di celahan batu. Aku langsung hanyut dalam kedamaian tatkala melintasi Jambatan besar Y Bont Fawr. 1638, tertulis di sisi kiri jambatan itu, tarikh pembinaannya. Aku berteleku sendiri di pinggir jambatan. Dalam hati, aku menyebut puisi Jalaluddin Rumi yang cuba kufahami.

Make yourself free from self at one stroke!

Like a sword be without trace of soft iron;

Like a steel mirror, scour off all rust with contrition.

Barangkali aku menyebut kuat bait akhir puisi itu, dan dia – lelaki yang tidak kusedari turut berteleku sendiri di sisi kananku – menegur.

Puisi Rumi – Mowlana Jalaluddin Rumi, bukan?

Dan dia mengulang kembali ketiga-tiga bait, menyebabkan aku tersenyum.

Jadi petang itu, suatu petang pada musim bunga tahun ini, akan kukenang sampai bila-bila, kerana pada petang itu aku mengenali seorang lelaki bernama Georg Werner. Lelaki Jerman bermata redup persis mata lelaki idamanku, dengan rambut genjur separas bahu menegurku dengan senyum senang, menghulurkan payung saat hujan mula membasahi, terus menghantarku pulang ke rumah tumpangan.

Georg Werner.

Jadi kamu tinggal di sini sepanjang seminggu percutian?

Aku mengangguk pada soalan itu, lantas mencecahkan punggung ke kerusi empuk berhampiran pintu masuk Ivy House. Georg menarik kerusi di hadapanku.

Kenapa jauh benar kamu melarikan diri?

Manchester. Aku berbisik sendiri, menyimpan masalah yang besar. Di mana-mana aku berlari aku tidak mampu membuang berat yang terbeban di bahu. Pengajianku yang cukup mencabar, tambah lagi dengan hati yang gusar, aku terasa keperluan untuk pergi jauh sebentar, berhenti sekejap daripada rutin yang menyebabkan aku lupa pada hakikat kejadian diri.

Georg mengukir senyum.

Soul-searching?

Aku mengangguk, langsung bertanya, mahu minum sekali denganku?

Georg menolak baik, dia ada kerja yang perlu dibereskan petang itu.

Aku harus pulang , pulang ke rumahku di sana, katanya sambil mengunjuk sopan ke hujung jalan yang melintasi depan Ivy House, kerana aku perlu bersedia untuk kerjaku esok pagi.

Aku akan kembali petang esok.

Georg beransur pergi dalam hujan, dan kelibat tubuh lampainya aku perhati hingga lenyap di hujung jalan, bersama payung hitam berjalur kelabu.

********************************

Advertisements

Home in One Month!

I’ve bought my flight ticket home, Alhamdulillah. But the problem with having a flight ticket to Malaysia with you is that you cannot stop thinking about it. I’m gonna be home on 3rd of June, almost midnight. My parents were so happy (I bet they have now started a count down), well, don’t blame them, I’ve been away for two years.

I received my e-ticket today. To my surprise, my outbound journey comprises of 2 transits- one in Dubai, another one in Singapore. It was not mentioned clearly, or maybe I overlooked on its website, but really, I don’t mind though I’m gonna be all alone!

But then what I’m going to do during 9 hours transit in Dubai? Maybe I should pack a few magazines and books, or maybe prepare myself to be friendly and chat with a stranger or two as usual.

The interesting bit about going home is going shopping for presents. I’ve began my shopping on Saturday, have a few more to do online. I’ve got 5 out of 7 Harry Potter Series currently, for my younger sister. Gotta pray that I will win one in Ebay, and find the final one somewhere.

Oh, shopping is definitely a therapy!

Anyone wants to hire me as a personal shopper?

Ketipang Payung

(**Tribute kepada Hanee, dengan ucapan ‘Nanti aku praktis nanyi lagu ni untuk kau, dengan suara yang sesuai’)

Ala Payunglah payung, ketipang payung
Payung sutera ‘nak raja muda
Ala tolonglah tolong, cik abang tolong
Janganlah marah pada adinda

Daun mengkudu bercabanglah cabang
Tempat temasya semut serangga
Hatiku rindu… kepadalah abang
Menunggu masa berumah tangga

Batanglah padi si batang pinang
Pohonlah lada buahnya jarang
Kalaulah sudi.. lekaslah dipinang
Sebelum dinda diambil orang

Daunlah nipah ditebang-tebang
Batanglah padi aku luruskan
Kalaulah sudah… kepunyaan abang
Ke laut api aku turutkan



Ok. Serius.

Secara peribadi saya merasa lagu ini sangat cantik. Buang ketepi ‘tidak syariat’nya menyanyi juga menari di hadapan lelaki ajnabi, dan mengambil kira lagu ini semata, baik irama mahupun liriknya, saya (walaupun mula-mula mendengarnya ketawa besar) terasa sopan-santunnya budaya yang ada pada masyarakat Melayu. Walaupun sekarang sudah mampu menulis dan bertutur dalam bahasa Inggeris dan bisa juga menikmati sedikit Bahasa Arab, bahasa Melayu masih terlihat keistimewaannya. Lihat saja lirik lagu ini, bukan lirik biasa ‘I want you, I can’t live without you‘ dalam lagu-lagu moden. Maksudnya disampaikan dengan cara lembut. Bahasa yang tersusun indah, semangat kesopanan (dan juga pemalu anak gadis yang tipikal) masih terlihat, tidakkah berseni?

Saya pencinta bahasa Melayu yang adabnya terjaga meski dalam pertuturan, dan saya bakal menangis kerana pantun lama yang saya cintai, yang saya tekuni di sekolah dahulu untuk KOMSAS tidak lagi akan ditatap oleh anak-anak saya kelak.

p.s. Teringat kali pertama menulis syair untuk dipentaskan semasa Tahun 4, adaptasi daripada cerita rakyat negeri Perlis, ‘Puteri Syele’ tajuk sebenar, tetapi Cikgu Khairi (yang suka membuli saya!) menukar kepada ‘Puteri Suraya’. Dah hilang sedikit estetiknya!



Energy Wasting Day

I don’t know such celebration exists, well, I think that’s great. It is on April 1st anyway, relate it to April Fool if you want to.

Watch this video, pardon the disgusting sight by the way.

It seems like he is having a great day on April 1st.

Oh, I forget to mention this fact earlier. A person in Europe uses the average of 60 energy slave per person, while Bangladeshi has one energy slave per person.

Wondering what is energy slave? Read it here.

Are you Stupid or What?

Sorry for the title. But this is plain stupid. Stupid to the power of 10 000.
The above photo is from Utusan Malaysia today, and the caption reads:

Abdullah Ahmad Badawi bersalaman dengan Tun Salleh Abas pada Majlis Makan
Malam Badan-Badan Peguam di Kuala Lumpur malam tadi sambil disaksikan oleh Ketua Hakim Negara, Datuk Abdul Hamid Mohamad.

Hey, Utusan Malaysia reporter, Do you think I am stupid or is it you? Are you too stupid to think that you can fake the photo and fool us?

My friend knows Photoshop better than you.

 

 

Oh. Thanks to Loya, let’s compared the above pic, with the one from Berita Harian:

Mysterious indeed.