Journey to the Past: Sinai Part 6


From Sinai,Fayyoum...

Betul-betul di pintu masuk kawasan Wadi Arbaien. Seingat-ingat saya, bangunan itu adalah rumah tumpangan.



Bukit besar. Di celah-celah bukit inilah kami berjalan. Nampak sahaja panas, tetapi nyaman.



Pemandangan di kiri saya. 

 


 


Batu berlekuk dua belas yang mengelirukan saya. 

 


 


Poko kecil yang tumbuh mendiami lembah itu. Entah dari spesies apa. 

 


Bilik kecil tempat kami menginap.

Ujian apa?


‘Ujianlah, nak tahu betul ke budak-budak UK ni larat nak panjat Gunung Sinai.

Kalau tak larat memang malu. Kak Bibah yang mengandung enam bulan pun boleh sampai ke puncak.’


Wah, wah , wah! Ini sudah melampau! Saya membebel dalam hati. Saya pantang dicabar, ustaz!


Tapi memang betul, kalaulah saya termengah-mengah untuk memanjat Mt. Sinai malam nanti, itu adalah sesuatu yang memalukan dan pastinya Ustaz Luthfi akan mengejek sepanjang jalan. Kak Bibah yang ustaz maksudkan itu adalah isteri kepada sahabat ustaz Luthfi yang kami singgahi rumahnya ketika di Iskandariah untuk makan tengahari minggu lalu. Memang memalukan kalau kami yang muda remaja ini cepat mengalah, Kak Bibah ketika sarat mengandung pun masih mampu menawan gunung tersebut.

Nak menguji di mana?’

‘Tunggulah,’ kata ustaz Luthfi, ‘yang pastinya sekarang ini kita sudah sampai di Wadi Muqaddas.’

Wadi Muqaddas.

Saya terdiam sebentar. Terkesima.

Lembah Suci.

Does not that ring a bell?

Apakah telah sampai kepadamu kisah Musa?

Ketika dia melihat api, lalu berkatalah dia kepada keluarganya:’Tinggallah kamu (di sini), sesungguhnya aku melihat api, mudah-mudahan aku dapat membawa sedikit daripadanya kepadamu atau aku akan mendapat petunjuk di tempat api itu.’

Maka ketika ia datang ke tempat api itu dia dipanggil: ‘Hai Musa.

Sesungguhnya Aku inilah Tuhanmu, maka tanggalkanlah kedua terompahmu; sesungguhnya kamu berada di lembah yang suci, Thuwa.

(Thaha:9-12)

Frasa yang disebut jelas dalam al Quran ‘ Innaka bil waadil muqaddasi tuwa’

Lembah suci yang disebut Allah dalam kitabNya, lembah yang pernah menyaksikan peristiwa agung pertemuan Saidina Musa a.s. dengan Allah Rabbul ‘Izzati. Tidakkah harus saya bersyukur dengan peluang yang Allah berikan, peluang untuk menjejakkan kaki di tanah yang pastinya bergegar kuat saat-saat Allah mengurniakan mukjizat kepada rasulNya?

Kereta Hyundai Matrix yang kami naiki berhenti betul-betul di hadapan sebuah bukit besar. Dan saya cepat-cepat keluar, menghilangkan lenguh setelah lama terperap di dalam kereta.

Ini Wadi Arbaien, kata ustaz. Arbaien dalam bahasa Melayu bermaksud empat puluh. Ada pelbagai kisah mengenai tempat ini; ada yang meriwayatkan bahawa di sinilah tempatnya Saidina Musa a.s. bertemu dengan empat puluh nabi yang hidup sezaman dengannya, ada pula yang mengatakan di sinilah tempatnya empat puluh pendeta Yahudi berkumpul.

Apa sahaja teorinya, saya yakin tempat ini memang bersejarah. Jika tidak, masakan ada gereja kecil terbina di situ, betul-betul di pinggir batu berlekuk dua belas, yang dikatakan tempat keluarnya air untuk dua belas clan pengikut Nabi Musa a.s. (sekarang saya sudah keliru, di sini atau di ‘Uyun Musa?)? Mana-mana lokasi yang ada sejarah berkaitan Islam, akan ada gereja berhampiran, jelas ustaz.

Kami sampai di batu berlekuk dua belas ini setelah melalui (untuk mengatakan kami mendaki adalah tidak tepat, slightly hiking itu mungkin) jalan berbatu, berselisih dengan sekumpulan arab (saya fikir sekeluarga, kerana ada anak-anak kecil juga) yang tidak dapat saya pastikan tujuan mereka berada di situ. Saya tidak menyedari sehinggalah ustaz menyatakan – Lembah ini nyaman tidak seperti suasana padang pasir yang biasa. Itu memang benar, fikir saya. Di celah-celah batu-batu besar yang membentuk bukit itu saya dapat merasai kenyamanan udara. Sejuk tanpa haba yang memeritkan. Barangkali itu kelebihan yang diberi Allah kepada lembah mulia yang disucikan?

Kami kembali ke kereta – saya sedikit termengah harus diakui – mula terasa menyesal kerana tidak bersenam begitu lama. Malam nanti kata ustaz, kita akan mendaki Gunung Sinai, jadi sampai-sampai sahaja di motel terus tidur. Dua pagi tepat kita perlu bergerak ke kaki gunung. Kami mengangguk sahaja.

Pekan kecil di st Catherine menyambut kami petang itu, dan saya terasa aura kedamaian yang tidak tergambar. Sungguh. Sehingga kini setelah hampir lapan bulan berlalu, keredupan petang itu sentiasa dalam ingatan saya – menyebabkan kerinduan yang berpanjangan. Satu pekan di tengah padang pasir, tentunya hidup kerana pelancong-pelancong yang tidak pernah bosan mengunjungi lokasi bersejarah untuk tiga agama langit : Yahudi, Kristian dan juga Islam.

Melintasi deretan kedai, ustaz menyimpang masuk – membeli apa yang patut, makanan tentunya. Terus ke motel, kami diam di dalam kereta, sedang ustaz berurusan dengan tuan punya motel. Malang sekali saya terlupa untuk merakam gambar motel comel itu. Bilik-bilik kecil dibina dalam bangunan kuboid ala-ala kediaman Arab Badwi. Ustaz Lutfi dan Ustaz Karim yang menghuni bilik bersebelahan, saya fikir kedua-dua mereka memang terus tidur (setelah memaksa kami tidur juga) keletihan.Tetapi kami bertiga yang kelaparan, apa lagi, setelah selesai bersolat mahu tidak mahu memaksa diri menelan nasi dan ayam panggang lebihan makanan tengahari di ‘Hammam Firaun yang tawar. Yang lebih penting, fikir saya, adalah untuk memastikan perut tidak masuk angin kerana lapar!

Di luar bilik di perkarangan motel yang dilingkari tembok kecil, ada bangsal tempat sekumpulan arab yang duduk selesa mengelilingi unggun api sambil minum-minum teh. Ada kumpulan pelancong bukan arab lain juga.

Saya memaksa diri untuk tidur meski sebenarnya saya teringin benar berada di luar menghirup udara nyaman Lembah Suci ini.

Journey to the Past: Sinai Part 5

Journey to the Past: Sinai Part 4

Journey to the Past: Sinai Part 3

Journey to the Past: Sinai Part 2

Journey to the Past: Sinai Part 1

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s