Rosak


Saya menulis dari Kluster PC yang baru di University Place.

Papan kekunci laptop saya rosak dicurah kopi secara tidak sengaja. Meja belajar saya sempit, jadi saya sungguh tidak selesa untuk menaip berpuluh-puluh muka surat laporan ‘Design Project’ saya di rumah dengan papan kekunci external yang baru dibeli. Jadi di sinilah saya melarikan diri. Lebih privasi tanpa godaan katil empuk.

Saya teringin sangat untuk berkongsi beberapa cerita, paling kurang menyambung tulis travelog saya di Sinai, Mesir, tetapi sehingga kini saya masih belum punya masa yang menyelesakan untuk mula menulis kembali. Sungguh rindu untuk kembali menulis, sungguh!

Bukanlah saya terlampau sibuk pun – seharusnya malu untuk menggunakan perkataan sibuk, orang lain juga memiliki 24 jam sehari – tetapi ramai juga yang berjaya menyelesaikan lebih banyak tugasan daripada saya.

MCOT sudah kembali berjalan, dan ada beberapa projek untuk dijalankan. Baru semalam berjualan di Manchester Games, dan saya cukup bangga dengan work rate exco-exco yang mantap. Memang kena belanja makan! Keuntungan yang masuk untuk semalam sahaja sudah cukup melegakan, cukup untuk membiayai projek-projek MCOT yang lain. MCOT kan self-sufficient ?

Sedang beria-ia untuk ke NISE – Nisa’ Nasyid Extravaganza (betul ke?) di Leeds, tapi sampai sekarang belum mula berlatih. Manchester menghantar dua team. Asalnya mahu menghantar tiga. Melampau kan? Kalau-kalau teringin untuk menyaksikan wajah-wajah yang biasanya low-profile mengadakan persembahan, beli tiket cepat-cepat. Bukan senang ya. Sedang berkira-kira untuk mengadakan Ladies Gala 2008 tetapi mungkin sekitar November. Kalau ada idea penambahbaikan, beritahu saya cepat-cepat.

Sudah berjaya memulakan agenda volunteering yang tertunda gara-gara jadual yang padat terlampau pada semester lepas, alhamdulillah. Nanti saya ceritakan – banyak juga yang terkesan daripada kerja volunteer.

OK lah. Mahu sambung menaip laporan. Hydrodesulphurisation…

Advertisements

3 comments

  1. Terima kasih cik hakimah. link sudah dibetulkan.

    tak berjaya tidur di kluster Pc, Hanee memanggilku pulang dengan penuh rindu. hehehe

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s