Month: February 2008

Insatiable

Oh, how I wish I could write a proper entry.

But unfortunately I have thousands of things to do. I am currently in charge of NADI 08 blog (an event organised by MCOT), which you can visit here NADI08. Also the editor for the brand new MCOT bulletin coming out soon. InshaAllah.

Also, I am trying to be fully passionate on my design project – in which I need to design a few things including the three-phase fixed bed which I have never studied in any module before. I have a few book to be digested cover-to-cover . Also a few other absorbtion towers.

And, currently I am directing MCOT Girls’ Southbound Trip 2008 ‘Snowdonia, here we come’. Ladies Gala version 2 , 2008 is also on its way.

My volunteering as well.

Hopefully I can lose the 4 kg I gained after Raya a few months ago. Oh, please. I need to be 48kg again!

Till everything is in peace and tranquility, see you.

Advertisements

Street Support

Gara-gara 60 jam kerja sukarela yang perlu saya perolehi, sengaja saya menyertai projek mingguan Student Action, Street Support. Jadi petang itu saya bergegas ke dapur Student Union. Sudah pukul 7.30 malam, dan saya hampir-hampir sahaja tidak dibenarkan masuk ke bangunan Student Union itu kerana tidak membawa ID Pelajar. Mujur juga saya orang Asia yang kecil (relatif kepada British), maka tidaklah diragui sangat status saya sebagai pelajar. Mencari jalan masuk ke dapur Student Union itu sahaja sudah satu hal, tetapi masuk-masuk saya disambut mesra oleh 3-4 orang sukarelawan lain. Senang hati saya, kerana Rachel, barangkali koordinator kali ini menyambut saya ramah, bertanyakan nama dan saya ringan tangan terus membantu memotong sandwich.

Kerja-kerja untuk Street Support tidaklah sukar – kalau-kalau anda bosan menekuni nota, ada baiknya luangkan dua-tiga jam – sekadar menyediakan sandiwch, kopi dan coklat panas kemudiannya mengedarkan kepada homeless. Dan bonus yang anda terima: rakan-rakan baru (sukaralewan dan homeless juga), serta peluang untuk menghabiskan kuota bilangan perkataan sehari.

‘We have tuna, cheese and ham sandwiches for today. As well as coffee and hot chocolate,’ kata Rachel ketika memberikan taklimat ringkas kepada sukarelawan yang baru pertama kali menyertai projek – saya dan Tom sahaja sebenarnya. Tom pelajar tahun dua jurusan Bahasa (atau Lingusitik? saya sudah ingat-ingat lupa) yang mengambil year-out untuk belajar sendiri.

Ham? Hmm…

Tak ada masalah kan? Balik nanti samak sahaja!

Siap menyediakan makanan yang bakal diedarkan, kami menyeret tong air besar, juga kotak berisi sandwich dan biskut ke bawah. Lama saya tidak mengangkat sendiri barang-barang besar sebegini, baru saya teringat. Dikelilingi sahabat-sahabat muslimin yang baik hati, jarang sekali dibiarkan membuat kerja ‘berat’ ada sahaja tangan-tangan yang membantu. Memanglah budaya ini bagus, tetapi kalau di’manja’kan sangat sehingga terbiasa, boleh hilang self-sufficiency!

Kami berangkat ke destinasi (nama jalannya saya tidak pasti) tetapi jika anda berjalan berhampiran Piccadily Train Station, akan kelihatan dua-tiga bridge – kami berhenti di bawah salah satu bridge itu.

Saya rela hati mahu bertugas mengagihkan sandwich – satunya kerana saya sangat malas untuk membancuhkan kopi atau coklat panas.Duanya, mengedarkan sandwich kelihatan lebih mudah. Tiga ketul Sandwich (bersamaan dengan tiga keping roti) untuk setiap seorang, itu pesan Rachel – dan memang tidak perlu menunggu lama, kami dikerumuni lelaki-lelaki homeless. Sekali imbas, kalaulah tidak kerana mereka berkeliaran pada waktu malam begitu, mereka langsung tidak kelihatan seperti homeless dalam preconception kita yang biasa (yang terbina menurut keadaan di Malaysia). Majoritimya berambut pendek , cuma satu-dua berjambang lebat, berbaju kemas, dan yang paling menyenangkan hati, mereka semua sangat sopan!

Saya: Which one would you like? Tuna, cheese or ham?

Lelaki 1:Tuna

Lelaki 2: Hey, say please. Say please to her!

Dan betul kata Rachel, mereka semua sangat chatty!

Seorang lelaki bersandar di dinding betul-betul di sebelah saya. Dia rendah sahaja, dan ceritanya lebih menarik – dia menyebut tentang Jesus dan perkara-perkara spiritual lain kepada Tom, kemudian berpaling kepada saya: ‘Strange isn’t it, to live in the western world and still believe in such thing?’ To be honest, he looks very intelligent.

Saya senyum sahaja, tidak tahu hujung pangkal perbualan sebenarnya.

‘I’m a Hindu.’

Saya terkejut sedikit.

Really?’

‘Yeah, I don’t eat beef.’

‘Oh, you are religious aren’t you?’

‘I take it that you are a Muslim?’

Saya mengangguk, dan senyum lagi. Malam itu memang murah betul senyuman saya.

Dia menyambung berbual dengan Tom.

Oh ya. Tom pelajar Linguistik itu semasa di dalam van, agaknya terkejut dengan soalan saya yang sangat banyak tentang apa usaha-usaha kerajaan Britain untuk membantu golongan homeless, sedikit offended mungkin, kemudian bertanya: ‘Why did you ask such question about the government?’. Aduh, saya bertanya saja.

Kalau anda berjalan-jalan di kota Manchester, mungkin anda akan terserempak dengan penjual-penjual naskhah ‘Big Issue’. Itu homeless ya, yang sedang dibantu. Mereka boleh membeli naskhah Big issue dengan harga 70p, dan menjualnya dengan harga £1.20. Jadi untung pada setiap naskhah yang terjual adalah 50p. Lebih baik memberi kail kepada sang pemancing daripada memberinya ikan, kan?

Saya baru sedar, wajah saya m barangkali familiar di jalanan (pengajaran: jangan selalu sangat merayau-rayau!) , seorang lelaki ketika saya menyuakan beg kertas berisi sandwichnya, merenung saya dan tersenyum: ‘I have seen you on the street somewhere. You are very nice.’

Kebetulan, malam itu, stress pasca-peperiksaan belum hilang, maka just a few nice words make thing much better.

What course you are doing?’

‘I’m doing chemical engineering.’

‘Really? Hey look, she’s gonna build something someday. That’s great. How is it?’

‘It’s difficult.’ (Mod pasca-peperiksaan, faham-fahamlah)

‘No it is not. Of course you can do it. Have some self-confidence, girl!’

Ain’t that sweet?

Rosak

Saya menulis dari Kluster PC yang baru di University Place.

Papan kekunci laptop saya rosak dicurah kopi secara tidak sengaja. Meja belajar saya sempit, jadi saya sungguh tidak selesa untuk menaip berpuluh-puluh muka surat laporan ‘Design Project’ saya di rumah dengan papan kekunci external yang baru dibeli. Jadi di sinilah saya melarikan diri. Lebih privasi tanpa godaan katil empuk.

Saya teringin sangat untuk berkongsi beberapa cerita, paling kurang menyambung tulis travelog saya di Sinai, Mesir, tetapi sehingga kini saya masih belum punya masa yang menyelesakan untuk mula menulis kembali. Sungguh rindu untuk kembali menulis, sungguh!

Bukanlah saya terlampau sibuk pun – seharusnya malu untuk menggunakan perkataan sibuk, orang lain juga memiliki 24 jam sehari – tetapi ramai juga yang berjaya menyelesaikan lebih banyak tugasan daripada saya.

MCOT sudah kembali berjalan, dan ada beberapa projek untuk dijalankan. Baru semalam berjualan di Manchester Games, dan saya cukup bangga dengan work rate exco-exco yang mantap. Memang kena belanja makan! Keuntungan yang masuk untuk semalam sahaja sudah cukup melegakan, cukup untuk membiayai projek-projek MCOT yang lain. MCOT kan self-sufficient ?

Sedang beria-ia untuk ke NISE – Nisa’ Nasyid Extravaganza (betul ke?) di Leeds, tapi sampai sekarang belum mula berlatih. Manchester menghantar dua team. Asalnya mahu menghantar tiga. Melampau kan? Kalau-kalau teringin untuk menyaksikan wajah-wajah yang biasanya low-profile mengadakan persembahan, beli tiket cepat-cepat. Bukan senang ya. Sedang berkira-kira untuk mengadakan Ladies Gala 2008 tetapi mungkin sekitar November. Kalau ada idea penambahbaikan, beritahu saya cepat-cepat.

Sudah berjaya memulakan agenda volunteering yang tertunda gara-gara jadual yang padat terlampau pada semester lepas, alhamdulillah. Nanti saya ceritakan – banyak juga yang terkesan daripada kerja volunteer.

OK lah. Mahu sambung menaip laporan. Hydrodesulphurisation…

Book-shopping therapy

Again, like Oscar Wilde said, I can resist anything but the temptation.

And the latest temptation was the ‘3 for 2’ offer at Waterstone’s.

You can’t just say no to good books and good offers, can you?

I have finished reading ‘No god but God‘ which somehow gets me into questioning a few things, as I do not agree with everything Reza Aslan wrote in that book. But still, it is a book I would suggest everyone to read, if and only if they will not absorb every single thing they read. The part in which he re-told the early history of Islam (in present tense, mind you) is definitely a must-read. I mean, I read ar-Raheequl Makhtoum by Mubarakpuri, but the way the story of hardship the companions of the Prophet faced in this book by Aslan, for example, is so moving that I shed my tears more than once.

I surrendered to the temptation by buying three books, and plus another one at the counter.

First is the book by Obama (who is more pro-zionist than Clinton, a fact that is made known to me in the conversation with the man in Costa Coffee a few minutes later) -The Audacity of Hope. I haven’t even finish the other two books I bought previously (see Books, and more Books) but I think I am going to read this one first. Well, after I finish Angela’s Ashes of course. Such a page-turner that book is.


Then, I think, due to my emotional instability, I resorted for fiction. In fact, three fictions. Doris Lessing’s The Golden Notebook (she won a Nobel Prize in 2007, so this is well-justified), We Need to Talk About Kevin by Lionel Shriver (a winner for Orange Prize for fiction 2005, also a well-justified choice), and the last one which I bought at the reduced price of £2.99 since I spent more than £10 for the other three books – A Quiet Belief in Angels by R.J. Ellory. Also the winner of British Book Awards.

Now the question is ‘ How do I find time to read these books?’

p.s. Oh, even talking about books makes me happy!