Journey to the Past : Sinai Part 5





Pemandangan di Wadi Feiran, dari dalam kereta. Kawasan subur di tengah padang pasir.


Kalau tadi kami melalui padang pasir yang terasa terik, sekarang kami dilindungi bukit besar. Bayang-bayangnya meredupkan suasana, dan sepanjang jalan merentas lembah itu kami seolah sedang melalui oasis – pohon-pohon merendang, kediaman kecil yang nampak sangat uzur ada satu-dua di sana sini.

Dan kalau benarlah kata-kata orang terdahulu, di tempat inilah sekumpulan wanita pengikut ajaran Nabi Musa a.s. melarikan diri lantas berkampung. Ya, sekumpulan wanita rahib di sebuah penempatan di tengah padang pasir. Kalau pada peta, namanya lebih ummphhWilderness of Sinai.

Lagi foto di Wadi Feiran

Bulu roma saya, entah kenapa, meremang saat ustaz menyebutkan hikayat itu. Melarikan diri, jauh daripada orang ramai, demi menyelamatkan iman. Mereka adalah perempuan, yang kemudiannya tentulah terpaksa start living from scratch pada bumi yang kering-kontang. Teringat Siti Hajar r.a. dan anak kecilnya Ismail a.s.. Kekuatan yang bagaimana lagi perlu dicontohi kalau bukan kekuatan luar biasa sebegini bukan? Kekuatan untuk mempertahankan iman – regarded as the most valuable thing of course, worth of risking their life to save it.

Ustaz singgah sebentar kemudiannya, di sebuah masjid di pinggir jalan menyegarkan diri. Situasinya seolah dejavu – seakan-akan perjalanan Seremban-Kuala Pilah yang saya tempuhi sebulan sekali selama empat tahun (kakak di Seremban, kami sekeluarga di Pahang. Setiap bulan melalui jalan yang sama untuk melawatnya) – nampaknya, saya memang sudah ada simptom-simptom homesick!

Ada satu yang dapat saya simpulkan berdasrkan jaulah-jaulah sebelum ini di sekitar Mesir. Kalau di UK, perkara paling sukar adalah untuk mencari tempat solat, tetapi yang mudahnya adalah untuk berwuduk kerana air mudha didapati. Tapi di sini, di Mesir, masjid ada di mana-mana, cuma untuk berwuduk lebih besar tribulasinya. Teringat sekali ketika di Fayyoum – untuk solat Jumaat dan menggunakan tandas kami harus mengangkut sendiri air dari Tasik Qarun!

Kami menyambung perjalanan, dan sepanjang itu saya sudah tidak boleh tidur. Teringat kata-kata sahabat di Kaherah tentang perjalanan ke Sinai – ‘trip yang bosan, kiri-kanan hanyalah padang pasir’. Tetapi saya berasa sebaliknya – teruja! Ini bukan pemandangan biasa, yang boleh saya saksikan sehari-hari. Kalau di Manchester, yang dapat saya nikmati hanyalah keindahan artificial ciptaan manusia, kota konkrit. Meredah padang pasir menyebabkan saya berfikir banyak (dan inilah sebabnya kenapa saya sukakan perjalanan jauh- 7-hour journey is nothing!) – peluang untuk saya menghayati sirah nabi-nabi terutama sekali (ketika menulis ayat ini saya sedang terbayang ketenangan ketika itu – dan rasa mahu terbang ke Mesir sekarang juga!).

Merentasi Wadi Feiran akan membawa kami ke kaki Mt Sinai, dan melewati lembah ini ada sahaja perkara yang menarik untuk dilihat, ditafsir dan dihayati.

Tidak terfikir akan terlihat, di pinggir-pinggir jalan, lelaki berjubah berkaki ayam berjalan santai, tetapi itulah yang berlaku. Ya, berjalan santai di tengah padang pasir petang-petang begitu. Seloroh ustaz, tapak kaki mereka agaknya memang sudah lali dengan kepanasan yang melampau.

Tidak terfikir akan terlihat, di tengah-tengah pada pasir itu, kelibat wanita berjubah hitam, berjalan bersendirian.

Tidak terfikir juga, di jalan raya yang kosong itu akan ada tiba-tiba lori kecil yang buruk yang melewati – dengan segala macam barang diangkut di belakangnya. Kata ustaz, itu rombongan Arab Badwi sedang berpindah.

Saya tidak berani merakan foto lelaki Badwi yang berjalan-jalan itu, gambar unta sahajalah yang saya mampu. Lihat betul-betul foto ini, ada dua buah kediaman di hujung sana.

Menarik juga sebenarnya, untuk melihat kehidupan arab Badwi. Kalau dalam hadis-hadis Rasulullah s.a.w kita diberi gambaran yang pelbagai mengenai mereka – kisah lelaki yang buang air di dalam masjid, bercakap kasar dan sebagainya. Adakah sudah banyak berubah?

Kata ustaz, mereka masih berpindah-randah. Buktinya, memang ada lori-lori yang mengangkut barang, rumah kosong yang diitinggalkan merata-rata (sekali lihat macam projek pembinaan yang tergendala), dan kalau mahu tahu di mana mereka tinggal, just trace where the electric cable goes (rumah mereka ada bekalan elektrik, mind you!). Dan Travel Guide yang menemani saya menerangkan, cara hidup mereka yang eksotik itu kini ada nilai komersial! Jadi, kalau-kalau anda ke sana dan teringin benar untuk merasai gaya hidup Arab Badwi, cepat-cepat tempah pakej home-stay anda daripada syarikat-syarikat pelancongan yang ada.

‘Sebelum kita daki Gunung Sinai malam ni, jom kita test dulu! ‘, Ustaz Luthfi tiba-tiba mencelah.

Saya ketawa.

Ujian apa?

Untuk bahagian-bahagian sebelum ini klik link di bawah:

Journey to the Past: Sinai Part 4
Journey to the Past: Sinai Part 3
Journey to the Past: Sinai Part 2
Journey to the Past: Sinai Part 1

Advertisements

3 comments

  1. Awesome picts
    Keep on posting . It s a shame I don t understand . Have u got an english version ?
    If not I am still glad to see picts
    🙂

  2. Thanks for visiting!

    I do think of translating this travelogue into english, in one month or two I’ll try to do so, God willing.

  3. Nanti aku baca sampai habis. Nak habiskan assigned reading dulu ;P
    7 hr journey is nothing? Eheh, datangla la US, where 12 hr journey is nothing!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s