Journey to the Past : Sinai Part 4


Peta Semenanjung Sinai. Kami bermula di Ahmed Hamdi Tunnel, melalui Hammam Firaun, Abu Zenima, terus ke Wadi Feiran sebelum sampai ke St. Catherines.

Pemandangan dari dalam kereta. Kiri kanan biasanya serupa, tetapi saya jarang-jarang mahu tidur melainkan kalau perut kelaparan.

Gua tempat Firaun merawat diri. Baunya boleh tahan. Masih ingat eksperimen kimia tingkatan empat – eksperimen yang menghasilkan bau telur busuk?

Pemandangan dari gua, kelihatan manusia berbondong-bondong mandi laut pada tengahari itu. Kereta hitam itu adalah kenderaan yang kami naiki sepanjang 1400km ini.

Dari dalam kereta. Bukit-bukit yang menjadi pemandangan biasa sepajang perjalanan ini. Guess the temperature – it was at least 40 deg C!

Perut memang sudah kelaparan, dan kalau mengikut kebiasaannya, bila-bila masa sahaja akan ‘masuk angin’ dan kemudiannya bakal melarat meskipun perut sudah diisi. Di destinasi selepas inilah kita makan tengahari, kata ustaz, merujuk kepada Hammam Firaun (bilik mandi Firaun) yang beberapa kilometer, mendengar saya mengomel kelaparan. Daripada jalan besar kereta Hyundai Matrix itu menyimpang ke kanan, menuju ke arah laut Merah.

Ada apa dengan Hammam Firaun?

Bilik mandi Firaun, jawab ustaz Luthfi.

Dikisahkan Firaun dan keturunannya menghidap rheumatism (penyakit yang saya seringkali diingatkan, sangat mudah menyerang jika tidak patuh berpantang) – dan di sinilah Firaun melarikan diri untuk berubat.

Saya mahu bertanya lagi, tapi ustaz sudah malas menjawab.

Tunggu dan lihat.

Oh, itu sangat sukar. Perut yang lapar dan curiosity yang ditahan-tahan – itu adalah amat perit!

Ustaz menghentikan kereta betul-betul di hadapan sebuah bukit menghadap laut Merah. Bukan sedikit manusia yang ada di situ. Aneh betul, di tengah panas terik seperti ini masih bernafsu lagi untuk mandi laut.

Ada lubang kecil seakan gua pada bukit yang saya sebutkan tadi, dan manusia mengerumuninya. Di situlah, kata ustaz, bilik mandi berwap raja Mesir purba yang sakit-sakit tulang itu.

‘Eh, kenapa bau busuk ni? Kimah kentut ke?’

Memang ada bau busuk, tapi Hakimah cepat-cepat menafikan. Ustaz ni, memang tak ada kerja lain selain menyakat orang!

Ustaz ketawa besar.

‘Itu bau sulfur, semulajadi wujud di bukit ini. Sebab itulah wapnya boleh menyembuhkan penyakit. Cuba buka tingkap.’

Saya buka tingkap kereta, dan bau telur busuk menerjah masuk.

‘Pergilah turun, ambil gambar.’, saran ustaz.

Kalau ikutkan hati saya memang malas benar untuk turun dan bersesak-sesak dengan orang Arab yang mengerumuni pintu gua itu tapi setelah dipaksa turun oleh ustaz – alang-alang sampai, pergilah turun, katanya – saya turun juga bersama Hakimah. Memanjat beberapa anak tangga sebelum sampai ke pintu gua, yang jika saya memang betul-betul mahu merakamkan gambar keadaan di dalamnya saya harus bertolak-tolak dengan lelaki-lelaki Arab yang tidak berbaju. Lalat berkumpul di pintu gua, dan ada seorang gadis arab yang mesra tersenyum-senyum, bertanya jika saya mahu menggunakan bantuannya untuk merakamkan gambar.

Saya katakan tidak, langsung bergegas masuk ke kereta. Panas terik, itu satu, panas haba daripada gua pun menyebabkan saya pening kepala. Tambah lagi dengan perut lapar. Gadis tersebut dan rakan-rakannya mengikut saya sampai ke kereta, entah kenapa begitu gembira.

Ustaz mengusik lagi: sampai ke sini pun ada peminat. Wajah asing memang sentiasa menarik perhatian. Itu baru perempuan. Kalau saya berlama-lama lagi di Mesir, memang saya akan berpurdah, kerana lelakinya, jika merenung, mesti tajam dan lama. Tak selamat rasanya.

Kami berpatah balik ke arah jalan besar. Asalnya ustaz mahu berpiknik di tepi pantai itu sahaja, tetapi dek ramainya orang (kalau orang sedikit pun saya tidak akan sanggup makan dengan bau sulfur yang kuat), terpaksa mencari tempat lain. Mencari pokok yang rendang di tengah padang pasir seperti ini memang mustahil, yang ada cuma pohon-pohon renek, itupun sudah diduduki orang. Dua-tiga kali berpusing di sekitar kawasan itu, akhirnya kami berhenti betul-betul di pintu masuk, untuk makan di bawah deretan pokok sederhana besar. The last resort.

Menu tengahari itu sepatutnya menyelerakan saya : Nasi ala beriani, ayam panggang, sup dan salad juga roti ‘ish, tetapi saya, meski kelaparan harus memaksa diri untuk menelan – semuanya kurang garam! Ditambah dengan angin kuat yang menerbangkan pasir halus ke dalam makanan, saya akhirnya terpaksa mengakui, rezeki itu di tangan Tuhan. Sudah ditulis bahawa hari ini saya harus berlapar, maka wajiblah saya bersabar. Untuk meratah ayam pun saya tidak sanggup, walaupun perut masih berbunyi.

Kimah, kamu memang comel. Rezeki kami hari itu – roti ‘ish, nasi tawar, sup tawar, salad yang memang tawar, ayam tawar -Alhamdulillah!

Kami singgah di sebuah perhentian, untuk solat Jumaat. Saya tidak ingat ini kali ke berapa saya solat Jumaat di Mesir, tetapi seperti biasa, khutbahnya yang panjang lebar memang mengundang kantuk, walaupun bahasa arab saya yang semakin baik membenarkan saya untuk lebih memahami khutbah. Jemaah muslimat cuma ada lima orang di masjid kecil itu, yang jika saya tidak silap, berdekatan dengan hotel mewah mengadap laut Merah. Ya, kami masih bergerak di pesisir laut Merah, sehinggalah kami menyimpang masuk ke arah Mt Sinai kelak.

Kiri-kanan masih padang pasir, walaupun sudah kelihatan bukit-bukit besar. Sinai ini menyaksikan perjalanan Saidina Musa a.s., ketika pertama kali baginda melarikan diri ke Madyan, juga perjalanan bersama pengikutnya menuju The Promised Land, Palestin. Jika dirujuk pada Bible, perjalanan ini disebut sebagai Exodus.

Wikipedia menulis ringkas kisah perjalanan ini (menurut Bible, atau Perjanjian Lama) seperti berikut:

Journey through the wilderness to Mount Sinai

The Exodus begins after the Pharaoh issues the expulsion order following the tenth plague, and the Israelites go to Succoth. The nobles of Egypt object to Pharaoh’s consent, and so Pharaoh gathers together a large army to chase after the Israelites, who have by this point reached what is usually translated as the ‘Red Sea’ [5]. The Israelites are divinely guarded and are able to make their passage through the Red Sea when God causes the waters to part as Moses leads his people through. The waters collapse on the pursuing Egyptians once the Israelites have passed, defeating Pharaoh,[6] and the Israelites joyfully sing the Song of the sea [7]. In 13:21, the Lord is described as going ahead in a pillar of cloud by day and a pillar of fire by night to lead the Israelites.

The Israelites continue their journey into the desert, and once in the Wilderness of Sin, they complain about the lack of food. Listening to their complaint, God sends them quail and subsequently provides a daily shower of manna from heaven. Once at Rephidim, water is provided miraculously from a rock at Kadesh.

Peta perjalanan Saidina Musa a.s., berdasarkan Bible.

AlQuran, kerana sifatnya sebagai mukjizat teragung, tidaklah menceritakan secara terperinci kisah perjalanan Nabi Musa a.s. ini. Yang lebih penting (saya yakin kita sering diingatkan tentang hal ini) adalah ibrah daripada kisah-kisah yang termuat dalam Al Quran. Kata seorang ustaz yang saya segani, kisah-kisah dalam al Quran adalah kisah yang relevan sepanjang zaman (nama pun al Quran, tentulah isinya tidak akan out-of-date) – ibrahnya boleh digunapakai hatta pada tahun 2790 Masihi sekalipun, kalaulah kiamat belum tiba.

Tak percaya? OK, contohnya begini:

Saya paling terkesan apabila merentas padang pasir Semenanjung Sinai. Dengan panas terik di luar sana (saya sebutkan ‘luar’ kerana saya berada di dalam kereta berpendingin hawa sepanjang perjalanan 1400km itu), air yang sukar didapati (ini betul, walaupun pada tahun 2007).. saya tidak terbayang ketakutan maha hebat yang membawa Saidina Musa a.s. melarikan diri, bersendirian, melalui semua kepayahan ini. Ketakutan kerana kesalahan membunuh seorang Qibti yang sebangsa dengan Firaun, lantas dikejar dan dicari sepelusuk negeri, langsung membawa Rasul Allah Musa a.s. jauh ke Madyan.

Takut kerana melakukan kesalahan. Itu benar. Tetapi ketakutan itu tidak menyebabkan terangkatnya kewajipan berdakwah; tugas islah, tugas mengajak manusia kembali mentauhidkan Allah. Bayangkan ketakutan dan kekhuatiran Nabi Musa a.s. untuk kembali ke Mesir untuk berdakwah kepada Firaun – satu: Nabi Musa a.s. sudah ada rekod jenayah, dua: manusia yang perlu dihadapinya adalah bapa angkatnya, merangkap raja yang mengaku dirinya tuhan, tiga: ketidakpetahannya berbicara.

Maka saya, dan kita semua sudah tidak ada alasan lagi untuk tidak memulakan kerja tajdid, islah, dakwah, atau apa-apa sahaja nama yang anda suka. Takut dengan pemerintah? Sedang Nabi Musa berhadapan dengan raja yang bila-bila sahaja boleh membunuhnya, bukan sekadar menarik biasiswa, jadi kita di mana? (Padahal mengaku beriman dengan Rasulullah s.a.w dan rasul-rasul sebelumnya).

Usai solat kami kembali bergerak, dan memang perjalanan masih jauh. Saya sentiasa dalam kitaran terlelap-terjaga beberapa kali, hingga kami tiba di Wadi Firan. Dan ustaz mengerah Hakimah (yang tidak henti merakam gambar, kerana tidak boleh tidur) mengejutkan saya dan Aswani.

Wadi Firan, pada saya, adalah sesuatu yang mengagumkan…

Advertisements

4 comments

  1. salam. saya tertarik dgn entry mesir ini coz saya juga akan ke mesir melawat abg saya.
    tapi saya agak cuak dgn masalah visa, sbb saya akan menetap disana dari 3 jun hingga 27 jun 2009. melalui pengalaman awak, boleh berikan cara2 mendapatkan visa pelancong untuk sebulan? dan boleh ke ia dibuat upon arrival?syukran!

  2. Salam.

    I’d say that it is so much safer to apply for a visa before you go, in the UK it costs £11 for a single entry visa to stay for more than 2 weeks. You need a visa to enter Egypt nowadays.

    Since you are residing in France, if I get it right, what I can suggest is that you try to find the website for Egyptian Consulate/Embassy – they will provide you with the information. In the UK case, visa application can be done by post or by going to the office itself.

    Hope this helps. Enjoy Egypt – send my regards to the Nile 🙂

  3. arghhh?tapi mcm dah lewat jer ni ha..coz m leaving for egypt on 3rd june…mmg x leh wat visa upon arrival heh?

  4. Sempat lagi kot? Kat UK paling lama pun 10 hari rasanya.

    That was what I tried to do, and Heathrow won’t let me get into the plane. And that cost me £100. Nak try ke?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s