Back to the Basic


Solat, kata seorang ustaz, adalah kedua-dua sebab dan kesan. Sebab untuk menjadi orang yang bertaqwa, juga kesan daripada ketaqwaan. Kalau dalam MS Excel, keadaan semacam ini disebut circular reference, created when a formula refers back to its own cell, either directly or indirectly.

Kenapa tiba-tiba menulis tentang hal ini?

Sekadar peringatan, terutama untuk diri sendiri. Kadang-kadang tenggelam dalam dunia, ibadah paling utama yang disifatkan sebagai kunci syurga (Hadis Riwayat Abu Daud) adakalanya tidak sesempurna mana.

Manifestasi paling baik kecintaan kita kepada Tuhan adalah ibadah yang sempurna – yang paling utama tentulah solat.

‘Setelah seseorang itu mentauhidkan Allah, maka tidak ada sesuatu yang lebih mendekatkan makhluk dengan Penciptanya melainkan solat. Apabila ada ibadah lain yang dapat lebih mendekatkan diri makhluk dengan Penciptanya, nescaya malaikat akan beribadah dengan cara tersebut. Sebahagian para malaikat melaksanakan rukuk, sebahagiannya sujud , dan sebahagian lagi sedang berdiri dan duduk.’

Hadis riwayat Tabrani

Jadi tahun baru ini, kalau ada yang berazam untuk memperelok akhlak dan mengurangkan maksiat, eloklah dimulakan dengan menyempurnakan solat. Kerana sifir yang diberitahu Allah s.w.t : Solat itu mencegah perbuatan keji dan mungkar.

Kalaulah solat itu betul-betul ditekankan di Malaysia, bukan sekadar mendirikan masjid yang indah-indah, tentulah kadar jenayah menurun. Kalaulah…

p.s. Sedang menekuni buku ‘Kemanisan Ibadah’ tulisan Imam al-Ghazali, suntingan daripada kitab kedua paling banyak tersebar di muka bumi selepas alQuran -Ihya’ Ulumuddin. Esok lusa mungkin ada lagi entri seperti ini.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s