Egypt a Prologue : Mushkilah – Sabr – Rahmah (updated)


Jalan raya di kota Kaherah. Sila tambah muzik latar (bunyi hon tanpa henti)

Mendaki tangga menuju Allah. (Caption yang tiada kaitan dengan gambar tangga di madrasah lama pengikut tarikat Shazliyah)

Selesai menguruskan visa pada hari pertama ketibaan di bumi Mesir, alhamdulillah.

Menjejakkan kaki di bumi Anbiya’, hati rasa terharu. Terharu dengan kemurahan rezeki yang Allah kurniakan, juga ilham untuk menjejakkan kaki di bumi bersejarah ini, meski masih ada destinasi lain yang boleh saja saya jelajahi jika saya mahu.

Barangkali bukan gamitan piramid Giza yang menyebabkan saya ingin benar ke sini. Kata Hakimah (bukan Hakimah Muhammad), teman serumah Perlis yang saya temui siang tadi, Mesir mungkin bukan negara miskin tetapi kaya dengan ilmu. Teringat cita-cita yang saya simpan untuk belajar di Mesir, mendapat inspirasi daripada seorang penceramah yang datang ke kolej suatu ketika dahulu (beliau dan isteri graduan kejuruteraan dari Australia, menyambung pengajian di al-Azhar kemudiannya), dan saya berkata pada diri, kalaupun cita-cita itu tidak tercapai sepenuhnya (kerana perancangan yang sudah berubah), sekurang-kurangnya saya sempat juga mengutip ilmu di sini, alhamdulillah. Kredit kepada emak dan ayah yang merelakan ketidakpulangan saya ke Malaysia.

Teringat pesan sahabat yang bersungguh-sungguh menguruskan hal pemergian kami ke sini:

“Enti dan Hakimah, balik dari Mesir mesti jadi ustazah tau.”

Ustazah? Haih!!

Dan pesannya lagi, Mesir adalah bumi Anbiya’ penuh berkat, tetapi harus juga diingat bahawa Mesir juga bumi Firaun. Ada buruk dan baiknya.

Selesai berurusan di pejabat Imigresen, saya, Hakimah dan Aswani dibawa berjalan sekitar Nasr City. Saya dan Hakimah, di tengah terik matahari sub-sahara itu masih mampu tergelak besar : sepanjang jalan utama itu tidak berhenti hon dibunyikan oleh pemandu. Di UK, andai hon dibunyikan bermakna memang ada kesalahan besar yang dilakukan oleh pengguna jalan raya. Dan pejalan kaki umpama raja, saya sendiri yang sering kurang sabar selalu sahaja menyeberang tanpa menanti ‘the green man’ muncul. Tetapi di sini, bunyi hon itu seolah irama yang tidak terhenti. Bingit telinga mendengar. Kata Kak Zai yang menemani, begitulah cara mereka berkomunikasi. Sebelum membelok di persimpangan harus juga dibunyikan hon. Pencemaran bunyi betul! Dan jika saya masih mahu meneruskan habit tidak sabar saya itu, tidak panjang umur rasanya.

Makan tengahari di Genena Mall yang lengang sekitar waktu Zohor (panas terik menyebabkan aktiviti membeli-belah tertunda hingga lewat asar, langsung ke tengah malam), Shees Towouk (hehe..entah betul entah salah ejaan ruminya) menjadi menu atas saranan Kak Liana yang menjadi pemandu. Menerima taklimat keselamatan sepanjang perjalanan (Mesir memang kurang selamat berbanding Manchester), nampaknya saya memang perlu belajar menjadi lasak seperti ustazah-ustazah di sini. Kembali ke Rumah Perlis (bertemu sahabat senegeri menyebabkan saya terasa seolah sudah pulang ke Malaysia, sungguh!), menerima pula taklimat dari ustaz yang mengganti sementar tugas pegawai penjaga rumah Perlis itu. Ikut peraturan, jangan keluar malam, itu pesannya. Angguk sahaja. Mendengar kisah kebarangkalian untuk berhadapan dengan gangguan seksual daripada Kak Zai, saya tidak terfikir langsung untuk buat-buat berani seperti di Sepanyol dulu (tiba di Madrid tengah malam, in the middle of nowhere without a clue on what to do).

Dua bulan di sini inshaAllah. Moga doa teman supaya saya mampu mengutip sebanyak-banyak mutiara di bumi ini termakbul. Dikurniakan kekuatan, dan kesihatan (panas terik mentari Afrika, sekian banyak petua untuk kesihatan yang patut dipatuhi – saya sungguh tidak berdisiplin apabila sampai ke hal-hal menjaga kesihatan!) dan ketenangan hati untuk menerima ilmu.

Mudah-mudahan dipermudah segala urusan.

Tunggu entri akan datang.

Advertisements

5 comments

  1. ya afnie..isk, mane ade ana tergelak besar, ana senyum dan tergelak sopan je, enti yg tergelak besar bile bunyi hon kereta2 tu..adoii..huhu..

  2. hmm..bunyi2 hon ni remind me bout Medan city, exactly wut u wrote..kelakar and nak marah pun ada..not in our country traffic style..

  3. HI..salam Muhibah. Saja lalu2 kat sini..hahahaha kat mesir ni mmg pelik (bagi kita rakyat malaysia) ketika memandu.. Hon ibarat signal untuk memotong, melintas, isyarat, menyeberang…hahaahaha. kalau nak marah jerit kuat2 ” Harammun alaik!!! ” huhuhuhu

    lebih kurang jer dgn SYIRIA dan JORDAN.. cuma leih ekstrim di sini. eeheehehe…

  4. Wah..cerita perjalanan yang menarik. Walau bahasanya hanya bisa saya tangkap 95% saja. Salam dari Jakarta…

  5. Lut,

    menarik frasa tu, kalau jerit camtu kat mesia konfem takde org nak maki balik, sebab x faham.

    Tridjoko,

    Terima kasih datang berkunjung. 95% is not that bad, no?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s