I hate you but I love You


Love & Hate
Originally uploaded by krandolph

Terkesan dengan kehebatan speaker yang saya kisahkan dalam entri sebelum ini (Go Easy), saya memulakan resolusi baru: menghafal hadis daripada booklet kecil ‘Words of The Prophet s.a.w’. Untuk menghafal hadis dalam bahasa arab, matan dan juga sanad memang mengambil masa yang lama, tetapi kalau tidak mampu sepenuhnya, jangan tinggalkan langsung – jadi saya usaha juga menghafal sedikit-sedikit hadis dalam bahasa Inggeris. Juga kembali kepada resolusi yang lama saya tinggalkan: Satu kisah sahabat r.a. setiap hari, untuk memastikan saya sentiasa termotivasi untuk terus berjuang. Bukankah Rasululah s.a.w awal-awal lagi sudah berpesan, sahabat-sahabatnya seumpama bintang penunjuk jalan di langit? Ikutlah mereka, mudah-mudahan kita juga selamat di dunia dan akhirat.

Saya teringat definisi yang saya temui sebelum ini, definisi kepada frasa ‘Islam is the way of life’. Selalu disebut, semacam klise jadinya, tetapi kadang-kadang memang patut kita bertanya balik, betulkah gaya hidup aku ini gaya hidup Islam? Satu artikel dalam buku ‘The Challenge of Islam’ itu menyebut Islam sebagai a whole system of action and thought. Sistem yang mentadbir pemikiran dan perbuatan seseorang. Kalau mengikut definisi ini, saya pun tak pasti adakah semua perbuatan dan pemikiran saya benar-benar Islam, setiap saat dan waktu.

Hadis riwayat Bukhari dan Muslim menyebut:

‘ Whoever loves for Allah or hates for Allah, gives for Allah or withholds for Allah, has indeed completed faith.’

Bunyi macam senang. Cinta, benci, memberi dan menahan pemberian semata-mata kerana Allah. Pernah juga berbincang mengenai hal ini dengan sahabat saya, dan memang terpaksa akur, perkara-perkara yang saya lakukan, kadang-kadang kerana saya suka melakukannya, bukan kerana Allah suka akan perbuatan itu. Saya benci sesuatu kadang-kadang tidak berasas – bukan kerana Allah tidak suka akan sesuatu itu. Paling teruk, ada perkara yang saya tahu Allah tak suka, tapi saya buat juga. Maknanya iman saya belum sempurnalah.

Mungkin kalau saya beri contoh, akan menjadi lebih jelas hal ini. Katakanlah saya berkawan dengan seorang makhluk bernama A. Saya mengaku saya sayangkan dia kerana Allah (alah, macam ayat biasa kita selalu dengar, uhibbuki fillah), tetapi pada suatu hari saya mengalami mood malas dan segala macam mood yang berakar daripada arus bukan alpha dalam otak saya. Dan ketika mood saya tidak sihat itulah, kawan saya meminta tolong.

Ada dua kemungkinan yang mungkin berlaku:

  1. Jika cinta dan kasih saya didasarkan kepada Allah, sudah tentulah saya akan berusaha melawan nafsu malas itu dan melayan segala tuntutan persahabatan dengan baik.
  2. Jika cinta dan kasih saya itu kerana SAYA sendiri suka dan kasih, maka pada saat-saat nafsu menguasai tentulah saya melayannya mahu tak mahu.

Banyak lagi contoh praktikal. Memang susah nak diamalkan – cinta, benci, memberi dan menahan pemberian kerana Allah – tetapi itu bayaran untuk syurgaNya, menjual emosi sendiri demi kecintaan Allah s.w.t.

Bagaimana?


Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s