Manchester Leadership Programme: Why Follow When You Can Lead?


Leadership

Originally uploaded by mjp3000


**Entri bahasa rojak Melayu-Inggeris. Proses terjemahan bahasa Inggeris ke bahasa Melayu agak memakan masa.

Saya belum berkisah tentang Leadership Programme yang saya sertai, bukan?

Sebenarnya baru dua sesi saya menghadiri kuliah program ini. Sebetulnya, jika saya berada di fakulti lain, Sains Sosial misalnya, saya boleh sahaja mengambil kira modul ini dalam jumlah kredit yang perlu saya penuhi untuk sesi pengajian saya. Namun oleh sebab saya berada di Fakulti Kejuruteraan Kimia dan Sains Analitikal (CEAS) yang sudah ditetapkan subjek/modul yang perlu diambil setiap semester, maka 10 kredit yang saya peroleh hanya kredit tambahan. Tetapi diingatkan, walaupun kredit tambahan, saya masih perlu memberi komitmen yang sama. Itupun jika saya benar-benar mahu menamatkan program ini dan memperoleh award yang dijanjikan.

Baru dua sesi, tetapi dua sesi ini menyebabkan saya teruja untuk menghadiri kuliah selanjutnya. Kecuali minggu ini (saya perlu berada dalam grup tutorial), memang dijadualkan banyak sesi lecture yang menarik, from prominent and knowledgable speakers. Mampu menyebabkan saya berfikir tentang perkara-perkara selain mixing vessel, dryers, heat integration dan lain-lain perkara yang disumbat masuk saban hari di sekolah. Sesi pertama dihadiri Presiden merangkap Vice Chancellor universiti, whose lecture was somehow impressive. Tetapi tunggu, sesi kedua minggu lalu lebih mantap, dan itulah yang saya nanti-nantikan masa untuk menulis tentang perkara yang disampaikan.

I have to say that I was a bit sceptical when I saw the title : Theory of Leadership, tetapi pengarah program MLP (Manchester Leadership Programme) awal-awal lagi memberi justifikasi – hands-on experience works better, tetapi atas feedback peserta-peserta tahun sebelum ini, teori juga perlu. Jadi saya katakan pada diri: OK, let us see how different the western theory of leadership compared to the one I know, rooting from my Islamic background just to get my mind working throughout the session instead of just absorbing.

Speaker minggu lalu, hmm, mungkin lebih menarik penyampaiannya berbanding Presiden Universiti – Head of School of Education. Namanya saya lupa. Tak penting pun, kan?

Katanya, teori kepimpinan yang akan dibincangkan ini bermula pengkajiannya (dan ditegaskan, teori-teori itu BUKAN sains, malah hanya sekadar pemerhatian) kerana melihat keperluan dari segi ketenteraan. Tak disebut tarikh mula manusia mengkaji hal ini, tetapi saya fikir perkara ini memang bermula sejak dulu. Kenapa military? Saya teringat buku bertajuk ‘Obedience to Authority’ yang saya pinjam sebelum ini di Central Library. Buku itu mengulas tentang Eksperimen Milgram http://en.wikipedia.org/wiki/Milgram_experiment yang menguji sejauh mana seseorang itu akan mematuhi figura autoriti meskipun bertentangan dengan personal conscience individu itu. Hal ini paling banyak dapat dilihat dalam operasi ketenteraan; sehingga ke tahap membunuh seseorang atas arahan ketua meskipun secara personal individu yang diarahkan itu merasakan perlakuan itu adalah salah. Jadi, adalah munasabah seandainya teori kepimpinan ini dikembangkan atas keperluan dari sudut ketenteraan, kerana menarik untuk dikaji figura autoriti yang bagaimanakah yang mampu menyebabkan orang bawahannya melakukan sesuatu yang luar biasa.

Ada beberapa teori yang dibincangkan – the common ‘born leader or trained’, dan sebagainya, tetapi ada beberapa ciri yang dikemukakan yang saya berasa sangat skeptik ketika pertama kali didengar.

Satu, katanya, pemimpin yang menyerlah berdasarkan sejarah mempunyai alpha male characteristics. Dominant, strong, forceful and likes to be in charge. Ini contoh ciri-ciri yang saya temui dalam artikel di internet. But hey, why the word ‘male’? First of all, speaker sendiri menegaskan, dia bukan mengatakan all leaders must be male, but all great leaders mostly have alpha male traits. OK. Ada bunyi-bunyi sexism. Mestilah saya tidak berpuas hati, adakah empat karakter contoh yang saya sebutkan itu mesti dimiliki oleh lelaki? Semacam gender conditioning; boys must not wear pink (except metrosexuals nowadays), girls must love pink; boys must not cry, girls must be as graceful as possible; Girls must be polite all the time, boys, it is optional. Adakah wanita secara semulajadinya tidak akan memiliki sifat dominant, strong and forceful? Atau sebenarnya kita sudah banyak terpengaruh dengan mitos-mitos gender-stereotyping seperti yang termaktub dalam buku self-help sealiran dengan ‘Men are from Mars, Women are from Venus’? Saya cuba imbas cepat-cepat, ketika dalam dewan kuliah itu, wanita-wanita dalam sejarah Islam yang pernah saya kenali. Saidatina Khadijah, sebagai businesswoman berjaya pada zamannya, mengetuai organisasi perniagaannya, mungkin sekali beliau juga dominant, dan tentunya strong. Saidatina Aisyah r.a. pernah saja menyertai ekspedisi perang, malah terlibat sekali sebagai pemimpin tentera dalam perang Jamal (correct me if I am wrong).Kedua-dua wanita agung ini telah diangkat oleh Allah s.w.t sebagai wanita paling mulia di alam ini sepanjang zaman dan perlu dicontohi semua muslimat, jadi adalah mustahil bahawa sifat sebegitu adalah milik lelaki sahaja. Mustahil Allah s.w.t mengkehendaki saya melakukan sesuatu di luar fitrah kejadian saya dengan menjadi dominant and strong.

Oh ya. Baru terbaca kelmarin artikel dalam akhbar. Guardian atau apa, yang memuatkan excerpt menarik dari sebuah buku yang menentang segala mitos yang menghantui masyarakat dalam relationship psychology, misalnya seperti apa yang diketengahkan dalam buku ‘Men are from Mars, Women are from Venus’. Lagi tajuk lain yang mungkin anda pernah dengar :’Why Men Don’t Listen, Why Women Can’t Read Map’. Tajuk pun sudah ada generalisasi, memang tidak boleh diterima. Saya boleh membaca peta dengan baik, ok? Saya pernah membaca buku yang pertama, dan memang saya agak sarkastik dalam menilai. Bukan apa, such books are only read by women. Kedua, banyak teori yang dikemukakan dalam buku itu tak selari dengan apa yang saya lihat berdasarkan pengalaman peribadi. Langsung tidak. Contohnya, the falsely-believed so-called fact bahawa wanita lebih banyak bercakap berbanding lelaki. Sangat-sangat tidak boleh diterima akal, kerana sejak kecil lagi saya tahu bahawa ayah saya lebih banyak bercakap berbanding emak. Malah di sekeliling saya ada ramai lelaki yang saya lihat lebih bijak berkomunikasi berbanding pasangannya. Itu contoh, ada lagi fallacy lain yang saya temui dalam buku itu.

Back to the topic.

Satu lagi ciri yang dikemukakan dalam Trait Theory of Leadership adalah outstanding physical appearance. All great leaders in history had distinct physical appearance, be it very short, or very tall, or maybe red-haired. Contoh paling awal terbayang dalam otak saya ketika itu adalah Napoleon (babyfaced and short). Saya rasa point ini ada betulnya. Seingat saya (hasil pengajian di Mesir mungkin), kesemua nabi dan rasul yang didatangkan kepada manusia memiliki wajah yang tampan (which implies that semua nabi dan rasul adalah lelaki, emphasizing this point means that I’ll never agree with claims that ada nabi berjantina perempuan).

Interesting to note another important, observable trait of good leader, that they have ‘just above average’ intelligence. Intellectuals cannot be good leaders. Saya ketawa besar saat mendengar kenyataan ini, tetapi justifikasi yang diberi memang boleh diterima logik akal: Geniuses have difficulties in explaining things to average people. How could people follow if they do not understand a leader’s vision?

Banyak lagi point menarik yang disampaikan, ada juga yang mencabar kepercayaan yang sudah lama menjadi tradisi. Kita selalu diingatkan untuk menjadi team-player yang baik, ditekankan supaya belajar untuk bekerja dalam satu pasukan, tetapi sebenarnya leadership needs to vary according to context. Ada masa-masa tertentu kita perlu menggunapakai teknik ‘impoverished’, mungkin juga ‘slave-drivers’, mungkin juga stail ‘country club’, tidak semestinya dalam setiap keadaan kita perlu menggunapakai teknik bekerja dalam kumpulan. Ada masa ketua perlu lebih supportive, ada kalanya perlu lebih directive. Got what I mean?

Saya mesti memaksa diri untuk aktif berdiskusi online: soalan-soalan yang saya sudah lama tahu jawapannya,contoh: does leadership comes with moral obligation? (By God, of course it is – sebelah kaki berada di neraka once kita memegang kepimpinan), perlu diterjemahkan dalam jawapan yang lebih universal.

A great challenge for myself, I say.

 


Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s