Random ramblings


Pekan kecil di kaki Mt Sinai, tempat yang sering saya kenang saat-saat jiwa kacau

Kubu Salahuddin al Ayyubi di Taba, Semenanjung Sinai. Kubu terletak di perairan Teluk Aqabah, hampir dengan Jordan, dan yang lebih penting, Israel.

 


Kubu Qaitbay di Alexandria. Bekas kubu Yunani yang kemudiannya diguna pakai Salahuddin al Ayyubi


Saya, berlatarbelakangkan kubu Salahuddin al Ayyubi di Kaherah. Saya berada di dalam kubu.

Minta maaf. Saya dalam mod keterujaan melampau. Baru beberapa minit melihat kembali foto-foto yang diambil ketika berada di Mesir semasa cuti panas lalu, daripada CD yang baru diterima (semua foto berada dalam komputer riba Aswani, baru petang tadi menerima CD yang terkandung foto-foto itu). Rasa rindu memang membuak-buak, terutama saat terkenang kembali saat berjaulah merentasi Semenanjung Sinai. 1400 km pergi-balik, tiga hari dua malam, tak mungkin tertulis semua pengalaman yang terakam.

Saat-saat sibuk begini, juga saat-saat tertekan dengan kuliah yang tidak dapat difahami, saya selalu terbayang ketenangan pada petang ketibaan kami di kawasan Mt Sinai, di pekan kecil yang redup-redup dan nyaman suasananya. Kontradiksi sungguh ketara : kehidupan di Manchester yang menyebabkan saya terkejar-kejar, dan percutian di kaki Jabal Musa yang tidak dibebankan dengan pelbagai perkara. Mode bercuti, lari dari segala macam benda yang menyesakkan. Semacam escapisme tapi percayalah, dua bulan di Mesir bukan escapisme sia-sia (saya gunakan istilah escapism kerana saya sebenarnya sering terkenangkan rakan-rakan yang bertungkus-lumus bekerja di Malaysia).

Masakan dua bulan itu dihabiskan sia-sia, tidak sedikit roh perjuangan meresap ke dalam tubuh saya. Mengunjungi tiga kubu yang pernah digunakan oleh Salahuddin al-Ayyubi dalam siri-siri ekspedisi menawan Baitul Maqdis – satu di Kaherah, satu di Iskandariah, satu lagi dekat-dekat Taba, kalaulah tidak langsung terfikir akan revival perjuangan berobjektif yang sama, memang saya bukan manusia berakal. Kalaulah sampai di sempadan Mesir-Israel saya masih mahu berlambat-lambat dan bertangguh-tangguh dalam berjuang, eloklah saya duduk diam-diam mengkoreksi diri. Teringat sekali perbualan saya dengan gadis keturunan Arab/Bangladesh, warganegara Amerika yang saya temui di Markaz Sibawayh. Dia barangkali beruntung kerana mempunyai pasport Amerika, kerana dengan pasportnya itu dia sempat bersolat di Masjidil aqsa. Hati mana yang tidak cemburu? Lagi dia bercerita, dia akan memohon untuk bekerja di Timur Tengah, kalau tidak di Mesir, mungkin sekali di Palestin. Aduhai, tambah cemburu hati saya. Rasa mahu menangis. Saya bila lagi? Sempat atau tidak sebelum saya memejamkan mata, melihat masjid mulia tempat persinggahan Rasulullah s.a.w sebelum naik ke Sidratul Muntaha berada di tangan umat Islam. Teringat kata semangat yang pernah diujar seorang teman: Usah berlengah lagi sekarang, masjidil Aqsa sedang menunngu kita solat di dalamnya. Jangan berlengah lagi sekarang, kerana barangkali dengan lewa dan lengahnya kita makin terlambat kemenangan itu akan tercapai. Betul. Harus sekali kata-kata ini menjadi azimat yang diulang-ulang untuk saya yang malas dan selalu terlupa.

Ada beberapa isu yang ingin saya tulis, tetapi saya simpan dahulu. Rabu nanti, kalau umur panjang saya menulis kembali inshaAllah.

Advertisements

One comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s