Moralities: Relax no More!


Saya sebutkan sebelum ini, kitab favourite saya dalam madrasah Imam Syafie yang saya hadiri di Mesir dahulu adalah kitab Ta’lim al-Muta’allim fi Tariiqi at-Ta’lum, (Pengajaran tentang kaedah belajar kepada pelajar, terjemahan kasar dalam bahasa Melayu) kitab yang mengajar cara-cara untuk belajar. Meski sudah termaktub bahawa bukan rezeki saya untuk menamatkan pengajian kitab tersebut, tetapi sedikit yang dipelajari menyebabkan saya terpaksa berfikir banyak tentang betapa sedar tidak sedar, ada nilai dalam kehidupan saya yang telah berubah. Nilai yang tinggi-rendahnya harus mengikut kod-kod yang ditetapkan oleh agama yang saya akui sebagai cara hidup telah banyak berubah oleh persekitaran. Bagaimanakah hal begitu boleh berlaku sedangkan saya percaya bahawa dalam agama ini betul atau salah itu sudah ditetapkan?

Sudah lama saya tidak diingatkan tentang adab-adab berguru, kali terakhir mungkin ketika di kolej. Namun di sini, di United Kingdom, barangkali saya sudah banyak lupa tentang adab-adab dengan guru, kerana persekitaran yang sememangnya tidak meletakkan nilai yang tinggi kepada seorang yang memiliki ilmu dalam kata lain, seorang guru. Bukan sekali simpati saya melimpah pada pensyarah-pensyarah saya di Universiti, yang kadang-kadang dilayan tanpa beza oleh kawan-kawan sekuliah. Bising-bising dan ketawa ketika pensyarah bersungguh menerangkan, bercakap dengan tidak sopan, itu perkara biasa. Melayan pensyarah seperti mereka itu tiada perasaan, itu bukan sekali saya lihat. Pernah ketika pensyarah Chemical Reaction Engineering, Dr Garforth mengumumkan kerja kursus baru, seorang gadis menjerit tidak percaya: ‘What??‘ dengan kuat. Pensyarah saya terdiam sebentar dan membalas, dalam nada ringan tetapi saya pasti dia tidak senang: ‘Is that how you talk to the elderly?‘ menyebabkan saya terfikir, betapa sukar untuk mengajar manusia yang di dalam sistem nilainya tiada tempat tinggi yang diletakkan untuk individu yang memiliki ilmu yang banyak yang sepatutnya dimuliakan. Sedangkan, jika dalam Islam, seorang guru itu wajib dihormati, tiada ragu dalam hal ini. Malah dalam sesetengah hal, taraf guru itu seakan taraf ibu dan bapa (Malangnya, sistem nilai di Barat juga rosak dalam perihal memuliakan ibu bapa!).

Mungkin itu satu nilai, yang telah ditanam lama dalam diri saya sejak anak-anak lagi yang telah rosak.Entah bagaimana saya kadang-kala boleh melupakan suara Bonda HEM sekolah saya dahulu yang tidak henti mengingatkan bahawa tingkah yang tidak beradab dengan guru bakal menyebabkan ketidakberkatan? Adakah kerana guru saya sekarang bukan Muslim maka adab-adab ini tidak applicable? Atau budaya yang lebih terbuka menyebabkan saya secara unconsciously menganggap bahawa tingkah begitu adalah satu kebanggaan, melambangkan tiada diskriminasi dalam kehidupan dan kebebasan bersuara? Barangkali ayat yang saya temui dalam buku ‘Purifying the Soul‘ tulisan Sa’eed Hawwa’ boleh mengingatkan kembali:

He that seeks to escape from a wild animal does not differentiate between a prominent and an obscure guide, as long as he would help him in his aim.

Berita-berita yang sering didengari: kes-kes pukul guru, vandalisme di sekolah dan sebagainya, menyebabkan kita harus melihat kembali betapa rosaknya sistem nilai yang dimiliki oleh masyarakat kita, yang rata-rata ahlinya mengakui keesaan Allah. Bukan dalam aspek ini sahaja kita sudah dikotori dengan penyakit-penyakit yang entah mana asalnya (fikir saya tidak lain soal-soal freedom of speech, human rights etc yang menyebabkan kita menjadi self-centred — ‘it is all about ourselves‘). Buku yang saya pinjam awal musim panas lalu (yang malangnya masih belum saya tamatkan), ‘Moralities: Sex, Money and Power in the 21st Century’ tulisan Joan Smith menyoal dengan baik perubahan ini, perubahan yang memperlihatkan Amerika dan Eropah Barat semakin toleran dalam sekurang-kurangnya empat aspek.

There has never been a moment in history when people have had so much freedom to decide how to run their private lives.Marriage is no longer the sole model for adults who wish to live together and have children, homosexuality has been legalized, contraception and abortion are widely available, and the stigma of illegitimacy has vanished, to name but four key areas in which attitudes — and crucially, the law — have relaxed.

Dan terima kasih kepada mereka yang bertanggungjawab, sedar atau tidak, dalam masyarakat kita juga sebenarnya sudah semakin toleran dalam hal ini. Ya, dalam keempat-empat hal yang disebutkan di atas, di Malaysia perkara yang sama sudah berlaku, kalaupun tahap toleransi itu tidak sama seperti di sini. Kenapa tidak? Kalau dalam setiap polisi yang dibuat kita tidak mampu mengolah supaya mengikut standard nilai yang ditetapkan oleh Allah s.w.t, kod moral yang diajar oleh Rasulullah s.a.w sebaliknya meniru (kalaupun tidak bulat-bulat tetapi essencenya sama) mereka, maka tidak salahlah andai begitu jugalah keadaan masyarakat kita. Kalaulah jalan yang dilalui adalah sama, masakan akan sampai pada penghujung yang berbeza?

Kita terpaksa mengakui hakikat bahawa bukan tiada pasangan beragama Islam yang hidup sekali seolah suami isteri di Malaysia. Kalau tidak mahu percaya, sekali-sekala buang masa anda membuka ruangan hiburan, dan baca kisah-kisah yang dipaparkan, telahlah sendiri betapa bobroknya kehidupan masyarakat sekarang. Seorang artis bercium mulut dengan kekasihnya, dan meminta maaf hanya kerana hal itu menyentuh sensitiviti masyarakat (alhamdulillah, sekurang-kurangnya masih ada yang mempunyai sensitiviti), bukan kerana hal itu sebenarnya adalah dosa, dan memberi justifikasi bahawa perbuatan itu berlaku kerana suasana romantik, saya tidak dapat menganggarkan berapa ramai lagi yang memegang nilai yang sama tetapi tidak perlu membuat pengakuan terbuka. Berita penangkapan pasangan-pasangan yang berkhalwat memang selalu ada, malah bukan lagi tajuk utama. Satu dosa biasa, yang barangkali bukan lagi dianggap dosa. Sekali-sekali buka majalah Mastika, kalaupun seakan picisan, tetapi mungkin akan menyedarkan kita bahawa selain rakan-rakan kita yang tidak pernah tinggal solat itu, yang pergi berusrah setiap minggu itu, ada dunia lain yang remajanya tidak kenal Tuhan, yang anak dan ibu bersekedudukan, budak-budak sekolah darjah enam yang sudah pandai melacurkan diri (memang sexually-advanced masyarakat kita, kan?), dan seribu macam cerita yang kadang-kadang menjadi seolah muntah yang harus ditelan kembali.

Tidak pasti saya harus berbangga atau tidak kerana berada di Manchester, yang dijual sebagai ‘UK’s Gay Capital’. Saya berharap saya tidak perlu melihat bendera pelangi simbol gay dan lesbian seperti yang terpampang di Canal Street, laluan saya untuk makan tengahari di North Campus, di Malaysia. Saya sangat berharap bahawa suatu hari nanti tidak akan ada secara besar-besaran pesta seperti Manchester Gay Pride Parade (yang saya gatal sangat mahu melihat dan merakam foto, tetapi tak jadi kerana kemudiannya terfikir ‘kalaulah aku mati kat situ, apa aku nak jawab depan Allah nanti!’). Kalaulah ada sesetengah gereja yang terpaksa menghalalkan homoseksualiti kerana tekanan aktivis-aktivis hak asasi manusia (adakah Tuhan bersifat kejam dan menimbulkan naluri cintakan kaum sejenis dan kemudian menghukum makhlukNya itu? It’s all your fault that you follow your desire!), saya berharap tidak akan ada mana-mana agama di Malaysia yang akan menghalalkan perkara ini, dan berharap juga semoga keratan berita ‘Transsexuals in Malaysia get more acceptance in Muslim society‘ ini adalah pandangan yang penuh fallacy and generalisation.

Transsexuals are gaining more acceptance in mostly Muslim Malaysia, a well-known transsexual said Tuesday, a little more than year after she held a high-profile but controversial wedding with an accountant. Jessie Chung, an ethnic Chinese Malaysian who had sex-change surgery in 2003, said her country’s transsexuals are “luckier than those in some other places” because anti-discrimination campaigns by nongovernment groups have helped to change the way in which many people view them. “I know this because when I walk down the street, strangers who recognize me often approach me with encouraging words,” Chung told reporters. “Our society is becoming more open-minded.”

http://www.huliq.com

Entah bagaimana siri Queer Eyes for the Straight Guys boleh dibenarkan untuk tayangan di Malaysia, saya tidak pasti.

Meskipun kontrasepsi dan pengguguran tidak diharamkan sepenuhnya oleh Islam (rujuk IslamOnline ) sebagaimana Kristian yang mengharamkan tanpa alasan, namun gambar-gambar yang ditayangkan oleh Dr Harlina yang memberi ceramah ‘Remaja dan Seks’ ketika di kolej dahulu, serta kes-kes yang ditemuinya sudah cukup untuk meyakinkan saya bahawa rakyat Malaysia semakin toleran dalam hal ini. Berzina dan kemudiannya membunuh. Satu dosa yang membawa kepada dosa yang lain.

Cukup-cukuplah kita berbangga dengan segala so-called kebebasan ini. Andainya melaksanakan hukum Allah menyebabkan kita dilabel kejam dan terkebelakang , atau mengikut kod-kod serta adab seperti yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w serta para sahabat menyebabkan kita semakin mundur, itu salah kita. Salah kita kerana tidak membersihkan agama kita daripada tohmahan-tohmahan itu, salah kita kerana kita semakin tidak maju, kerana mereka yang terdahulu menguasai dunia kerana mengikuti AlQuran dan asSunnah, bukan dengan riuh-rendah melaungkan slogan kebebasan dan hak asasi manusia.

Dan saya, akan mula mengulangkaji semula kod-kod moral yang diajar Nabi Muhammad s.a.w. Barangkali perlu meminjam sekali lagi al-Adab al-Mufrad tulisan Imam Bukhari.

Dan inshaAllah semester ini saya tidak akan ponteng kelas tutorial lagi, mudah-mudahan dengan menyenangkan hati pensyarah saya akan mendapat kelas pertama tahun ini!

Lagi entri berkaitan

Betul atau Salah?

Advertisements

5 comments

  1. u r soooo rite..i mean yg pasal respect tu..mmg dah xdek nilai respect kat lecturer kot kat cni..dah la mmg prof,dr ke panggil name je kan..kdg2 mmg kesian tgk lecturer2 ni taw..mcm nothing je kan depan tu..keluar masuk lecture hall suke hati..nak masuk lambat ke..nak keluar awal ke..kalo kat ikut cite my sis kat mesia mase die wat degree dulu,sape lambat,,siap lecturer tutup pintu x kasik masuk..kalo kat sini buat gitu..mmg da kene saman kot..sebab mencabul hak asasi pelajar..yeah..im prayin hard such things wont happen in education system in Malaysia..aminnnn

  2. “adakah Tuhan bersifat kejam dan menimbulkan naluri cintakan kaum sejenis dan kemudian menghukum makhlukNya itu”

    adakah tuhan bersifat kejam dengan menimpakan nasib buruk (dilahirkan tidak sempurna fizikal dan sbgainya) ke atas hambaNya?

    after all hidup ini adalah ujian kan?

  3. elun,
    let’s pray together.

    hafiz,
    memang
    surah almulk

    (Dia)menciptakan kematian dan kehidupan untuk menguji siapakah di antara kamu yang lebih baik amalannya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s