If I Worship You…


Pintu masuk Makam Rabiah al-Adawiyah
Makam Rabiah al-Adawiyah dan anak muridnya

Baru tamat ziarah 57 makam sekitar kota Kaherah- makam para sahabat, tabi’ juga tabi’in, serta para aulia dan ahli bait radiallahuanhum ajmain. Terasa bertuah berpeluang menziarahi makam-makam insan pilihan Allah: mengingatkan saya tentang maut yang bakal menjelma bila-bila sahaja, juga peluang berdoa di sisi makam mereka, mudah-mudahan rahmat Allah ke atas mereka turut melimpahi saya.

Dan satu daripada makam yang saya kunjungi, adalah makam Rabiatul Adawiyah r.a.

Saya memang senang mendengar lagu-lagu Outlandish, dan dalam lagu Beyond Words ini bait terakhirnya berbunyi begini:

If I worship you in fear of Hell, burn me in it
If I worship you in hope of Paradise, exclude me from it
But If I worship You for your own Being, don’t withhold from me your everlasting beauty…..

Seingat saya, itu adalah antara bait-bait syair munajat Rabiah Al-Adawiyah, wanita sufi kurun ke 7 Masihi.

Rabiah Al-Adawiyah wanita zuhud yang tidak berumahtangga sepanjang hayatnya, anak murid Hassan al-Basri, seorang tabi’in, yang sentiasa basah tempat sujudnya dengan air mata kerana munajat yang berpanjangan.

Membaca kisah-kisah manusia yang zuhud dan hidup dengan amalan sufi mereka, saya sering termangu sendiri – tidak terbayang kecintaan mereka yang tinggi terhadap Ilahi. Sedang kita masih bersusah-payah memotivasikan diri untuk beramal, mudah-mudahan dimasukkan ke dalam Syurga Allah yang penuh kenikmatan, juga berusaha menjauhkan diri daripada sebarang kemaksiatan semoga tidak dibakar api nerakaNya, para zahid dan pencinta Rabb ini beramal kerana cinta dan kasih pada Allah, bukan kerana takut dan harap.

Hubungan mereka dengan Tuhan bukan sekadar hamba yang takutkan pemiliknya.

Bukan juga sekadar seorang saudagar yang mengharapkan keuntungan dalam perniagaannya.

Tetapi seorang kekasih yang terlalu mencintai Kekasihnya.

Saya turunkan satu lagi syair munajat Rabiatul Adawiyah, moga-moga roh kecintaannya pada Tuhan menyerap ke jiwa kita juga:

My Joy
My joy —
My Hunger —
My Shelter —
My Friend —
My Food for the journey —
My journey’s End —
You are my breath,
My hope,
My companion,
My craving,
My abundant wealth.
Without You — my Life, my Love —
I would never have wandered across these endless countries.
You have poured out so much grace for me,
Done me so many favors, given me so many gifts —
I look everywhere for Your love —
Then suddenly I am filled with it.
O Captain of my Heart
Radiant Eye of Yearning in my breast,
I will never be free from You
As long as I live.
Be satisfied with me, Love,
And I am satisfied.

Advertisements

9 comments

  1. salam…

    bestnye dapat pegi makam2 tu..last 2 weeks,i’ve been to egypt but since x cukup masa so,x sempat la melawat sume makam kat cairo…

  2. salam..Still here on cairo?? If someone like me fly to london or manchester, what can he do there?? betulker soalan bahasa jawa ni..huuhu

  3. love that OL byte as well, didnt knew its from Rabiatul Adawiyah.
    yup, Its not bcos of the reward nor the fear, but bcos of Him

  4. Hafiz,

    yep, it is from one of her syair. Nevertheless,hoping for His Paradise is never wrong,because most of the time it is mentioned in the holy Book that whatever we do, it is for ourselves – SELF INTEREST.

    Ust Fairuz,

    Still in Cairo.Hari-hari terakhir..sangat sedih nak tinggalkan Mesir. If you happened to be in Manchester or London, most probably what will make you excited hanyalah stadium2 kat sana.Takde tempat menarik mcm kat Mesir..huhu.. bahasa jawa Ustaz not bad at all.

    Sofie Nur,

    Memang sayang kalau dah sampai Mesir tapi tak sempat visit makam-makam tu. Tapi memang penat, esoknya saya tak larat nak bangun sebab asyk turun-naik kereta, kejap panas, kejap sejuk…

  5. salamun alaikum

    Insyaallah andai ada peluang, saya akan cuba merungakai permasalahan ibadah tyapi tak nak syurga, tak nak jauhkkan dari neraka.

    Cuma saya terfikir, sedangakan sahabat2, generasi terbaik, hasil didikan nabi juga mengidamkan syurga. Tak sabar nak syahid. Ada yang seolah2 dah tercium bau syurga dan sebagainya. Bahkan nabi saw sendiri juga berdoa dijauhkan dari azab kubur, neraka dan sebagainya.. (rujuk hisnul muslimin, mathurat etc), tiba2 datang seorang tokoh yang tak nak syurga…

    Yes, mungkin jawapannya sufi mmg lain. Tapi bukankah islam ni asalnya dari Allah dan disampaikan oleh RasulNya? Sebaik2 ikutan adalah Nabi. Sekadar berpendapat..

    Tidaklah tulisan ini mencela mana2 tokoh yang terdahulu, dan tidak layak untuk saya untuk menjarh ta’dilkan para ulama terdahulu.. cuma setiap perbuatan manusia itu masih tertakluk kepada kesilapan.

    Wallahu’alam

    Shah

  6. yup, true (thx for correctg my statement)
    Fearing the punishment is never wrong as well
    like u said, the best is do it for ourself, He knows what is the best

  7. Baru tamat ziarah 57 makam sekitar kota Kaherah- makam para sahabat, tabi’ juga tabi’in, serta para aulia dan ahli bait radiallahuanhum ajmain. Terasa bertuah berpeluang menziarahi makam-makam insan pilihan Allah: mengingatkan saya tentang maut yang bakal menjelma bila-bila sahaja, juga peluang berdoa di sisi makam mereka, mudah-mudahan rahmat Allah ke atas mereka turut melimpahi saya.
    Dan satu daripada makam yang saya kunjungi, adalah makam Rabiatul Adawiyah r.a.

    saya akan kesana insyallah dlm bulan ogos … dptlah kirenye saudari memberi a direction or actual address to all those makam’s ‘ESPCIALLY’ makam Rabiatul Adawiyah r.a. .. If boleh bilakah exactly hari ‘HOLnye’ ?? …

    JASA BAIK SAUDARI AMATLAH DIHARGAI ..

  8. Firgaus,

    Kebanyakan makan itu letaknya di Jabal Muqattam, tunjuk arah nak ke sana saya tak berapa arif.

    Makan rabiatul adawiyah pun di kawasan Jabl Muqattam juga.

    Cadangan saya, minta khidmat pelajar malaysia yang menuntut di Kaherah, kebanyakan mereka sudah biasa membawa pengunjung ke makam-makan ini.

    Harap membantu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s