Jatuh Cinta Sekali Lagi!




Kalau berjaulah di Sepanyol cuti musim bunga lalu menyaksikan saya jatuh cinta dengan Granada dan penghuninya yang ramah mesra, di bumi Mesir ini saya jatuh cinta dengan Dahab.

Cinta itu memang buta, kali ini saya terpaksa mengakui. Kalau jatuh cinta saya pada Granada masih rasional bunyinya, jatuh cinta pada bandar kecil di pesisir Teluk Aqabah ini sukar diberi justifikasi.

Pagi-pagi 7 Julai itu kami mendaki Jabal Musa, selamat turun sekitar pukul sembilan pagi. Usai menziarahi Makam Nabi Harun a.s., melihat tinggalan patung anak lembu kaum Nabi Musa a.s. yang diukir (hasil cadangan seorang yang bernama Samiri), kemudiannya berehat sebentar di Motel ala kediaman Badwi – melegakan kaki yang sakit-sakit. Masakan tidak, jumlah kesuruhan anak tangga yang didaki adalah 750, dan jumlah anak tangga yang dituruni adalah 3750 (Jumlah semua : 4500 anak tangga) Dan saya sebagai makhluk yang sudah tidak bersenam lebih satu semester, tentulah lebih teruk penanggungannya.

Sekitar pukul dua tengahari kami mula bergerak ke Dahab – merentasi padang pasir – Ras Abu Gallum Protectorate nama keseluruhan kawasan yang kami rentasi itu. Sebelumnya singgah sebentar menziarahi makam Nabi Saleh a.s. Sama seperti perjalanan dari Port Tawfiq ke kaki pergunungan Jabal Musa, kadang-kadang kami disuakan dengan pemandangan yang menakjubkan – kediaman terasing orang Badwi di tengah-tengah padang pasir! Kalau sekampung, itu masih tidak dikira aneh tetapi rumah-rumah yang kami temui sangat jauh antara satu sama lain! How does it feel to wake up in the morning to see the stoney and sandy ground and the big dead mountain before you? And to see only your family members for the whole day? Adakah mereka bukan makhluk sosial? Huhhuh..tak terjangkau dek akalku kenapa mereka memilih cara hidup begitu.

Kembali kepada cerita asal.

Setelah difikir-fikir, mungkin ada beberapa sebab saya jatuh hati dengan Dahab. Begini:

Kami tiba di bandar Dahab, kalaulah boleh dipanggil bandar, setelah hampir dua jam perjalanan. Tengahari kelmarinnya kami berpiknik di tengah padang pasir berhampiran Hammam Firaun – diganggu angin yang menerbangkan pasir halus masuk ke makanan kami yang tawar seolah dimasak tanpa garam, makan malam di Motel dengan roti ‘ish Arab yang tidak mengenyangkan (kalaulah ada kari untuk dicicah, sepuluh pun saya mampu habiskan!), sarapan pagi tadi di puncak Jabal Musa- terpaksa memaksa diri menelan roti dan chocolate spread yang memang bukan selera saya — maka tengahari ini berjaya juga saya menikmati makanan saya dengan tenang, senang, dan selesa – juga menepati citarasa.Jadi, mungkin sekali saya jatuh cinta dengan Dahab kerana di situlah penderitaan perut saya berakhir.

Kedua, di Dahab jugalah penantian saya untuk berendam dalam laut berakhir. Sepanjang berada di UK saya tidak langsung punya kesempatan untuk mandi laut (saya TIDAK bersedia untuk mati kesejukan), dan ketika di Iskandariah pada minggu sebelumnya saya hilang selera untuk mandi dek ramainya manusia. Jadi mahu tidak mahu, mushrif yang berdua itu terpaksa juga mengorbankan tidur petang mereka untuk membawa tiga orang kanak-kanak yang sangat teruja untuk mandi laut. Pantai di Dahab memang superb – kalaulah tidak kerana batu-batuan yang menyakitkan kaki yang memang sedia sakit akibat menuruni Jabal Musa awal paginya. Airnya tidak berombak (Dahab terletak di Teluk Aqabah, bukan lautan luas) dan kami berendam sambil menghadap Arab Saudi di seberang sana, sehinggalah matahari terbenam.

Ketiga.. hmm .. saya sudah tidak dapat memikirkan sebab yang lain. Tetapi hati masih meronta-ronta mahu ke Dahab lagi!

Advertisements

3 comments

  1. alamak afni! ku pon jatuh cinta pd encik dahab..isk knp kita harus jatuh cinta pd makhluk yg same..atas sebab2 yg sama lak tuh..huhu..terimala hakikat bhw kita terpkase bmadu..huahuahua..

    [woit, cik aswani ckp ko dah terkenang kat encik ‘kambing kacang’..haha rindu dah ke..x samapai sehari pon berpisah..keskes..

  2. salam…..
    saye amat tertarik dengan gaya bahas yang di jelmakan… memang menarik untuk dibaca dan banyak maklumat yang diperolehi… teruskan usaha untuk menulis… selagi ada kesempatan untuk menyumbang… teruskan… moga Alah memberi keberkatan dah ganjaran atas usaha anda untuk berkongsi ilmu..

  3. cik qeems, enti mengaku enti kambing kacang ke?

    mejikkl3,

    alhamdulillah.

    thanks for reading, inshaAllah saya akan terus menulis.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s