Month: July 2007

If I Worship You…

Pintu masuk Makam Rabiah al-Adawiyah
Makam Rabiah al-Adawiyah dan anak muridnya

Baru tamat ziarah 57 makam sekitar kota Kaherah- makam para sahabat, tabi’ juga tabi’in, serta para aulia dan ahli bait radiallahuanhum ajmain. Terasa bertuah berpeluang menziarahi makam-makam insan pilihan Allah: mengingatkan saya tentang maut yang bakal menjelma bila-bila sahaja, juga peluang berdoa di sisi makam mereka, mudah-mudahan rahmat Allah ke atas mereka turut melimpahi saya.

Dan satu daripada makam yang saya kunjungi, adalah makam Rabiatul Adawiyah r.a.

Saya memang senang mendengar lagu-lagu Outlandish, dan dalam lagu Beyond Words ini bait terakhirnya berbunyi begini:

If I worship you in fear of Hell, burn me in it
If I worship you in hope of Paradise, exclude me from it
But If I worship You for your own Being, don’t withhold from me your everlasting beauty…..

Seingat saya, itu adalah antara bait-bait syair munajat Rabiah Al-Adawiyah, wanita sufi kurun ke 7 Masihi.

Rabiah Al-Adawiyah wanita zuhud yang tidak berumahtangga sepanjang hayatnya, anak murid Hassan al-Basri, seorang tabi’in, yang sentiasa basah tempat sujudnya dengan air mata kerana munajat yang berpanjangan.

Membaca kisah-kisah manusia yang zuhud dan hidup dengan amalan sufi mereka, saya sering termangu sendiri – tidak terbayang kecintaan mereka yang tinggi terhadap Ilahi. Sedang kita masih bersusah-payah memotivasikan diri untuk beramal, mudah-mudahan dimasukkan ke dalam Syurga Allah yang penuh kenikmatan, juga berusaha menjauhkan diri daripada sebarang kemaksiatan semoga tidak dibakar api nerakaNya, para zahid dan pencinta Rabb ini beramal kerana cinta dan kasih pada Allah, bukan kerana takut dan harap.

Hubungan mereka dengan Tuhan bukan sekadar hamba yang takutkan pemiliknya.

Bukan juga sekadar seorang saudagar yang mengharapkan keuntungan dalam perniagaannya.

Tetapi seorang kekasih yang terlalu mencintai Kekasihnya.

Saya turunkan satu lagi syair munajat Rabiatul Adawiyah, moga-moga roh kecintaannya pada Tuhan menyerap ke jiwa kita juga:

My Joy
My joy —
My Hunger —
My Shelter —
My Friend —
My Food for the journey —
My journey’s End —
You are my breath,
My hope,
My companion,
My craving,
My abundant wealth.
Without You — my Life, my Love —
I would never have wandered across these endless countries.
You have poured out so much grace for me,
Done me so many favors, given me so many gifts —
I look everywhere for Your love —
Then suddenly I am filled with it.
O Captain of my Heart
Radiant Eye of Yearning in my breast,
I will never be free from You
As long as I live.
Be satisfied with me, Love,
And I am satisfied.

Jatuh Cinta Sekali Lagi!



Kalau berjaulah di Sepanyol cuti musim bunga lalu menyaksikan saya jatuh cinta dengan Granada dan penghuninya yang ramah mesra, di bumi Mesir ini saya jatuh cinta dengan Dahab.

Cinta itu memang buta, kali ini saya terpaksa mengakui. Kalau jatuh cinta saya pada Granada masih rasional bunyinya, jatuh cinta pada bandar kecil di pesisir Teluk Aqabah ini sukar diberi justifikasi.

Pagi-pagi 7 Julai itu kami mendaki Jabal Musa, selamat turun sekitar pukul sembilan pagi. Usai menziarahi Makam Nabi Harun a.s., melihat tinggalan patung anak lembu kaum Nabi Musa a.s. yang diukir (hasil cadangan seorang yang bernama Samiri), kemudiannya berehat sebentar di Motel ala kediaman Badwi – melegakan kaki yang sakit-sakit. Masakan tidak, jumlah kesuruhan anak tangga yang didaki adalah 750, dan jumlah anak tangga yang dituruni adalah 3750 (Jumlah semua : 4500 anak tangga) Dan saya sebagai makhluk yang sudah tidak bersenam lebih satu semester, tentulah lebih teruk penanggungannya.

Sekitar pukul dua tengahari kami mula bergerak ke Dahab – merentasi padang pasir – Ras Abu Gallum Protectorate nama keseluruhan kawasan yang kami rentasi itu. Sebelumnya singgah sebentar menziarahi makam Nabi Saleh a.s. Sama seperti perjalanan dari Port Tawfiq ke kaki pergunungan Jabal Musa, kadang-kadang kami disuakan dengan pemandangan yang menakjubkan – kediaman terasing orang Badwi di tengah-tengah padang pasir! Kalau sekampung, itu masih tidak dikira aneh tetapi rumah-rumah yang kami temui sangat jauh antara satu sama lain! How does it feel to wake up in the morning to see the stoney and sandy ground and the big dead mountain before you? And to see only your family members for the whole day? Adakah mereka bukan makhluk sosial? Huhhuh..tak terjangkau dek akalku kenapa mereka memilih cara hidup begitu.

Kembali kepada cerita asal.

Setelah difikir-fikir, mungkin ada beberapa sebab saya jatuh hati dengan Dahab. Begini:

Kami tiba di bandar Dahab, kalaulah boleh dipanggil bandar, setelah hampir dua jam perjalanan. Tengahari kelmarinnya kami berpiknik di tengah padang pasir berhampiran Hammam Firaun – diganggu angin yang menerbangkan pasir halus masuk ke makanan kami yang tawar seolah dimasak tanpa garam, makan malam di Motel dengan roti ‘ish Arab yang tidak mengenyangkan (kalaulah ada kari untuk dicicah, sepuluh pun saya mampu habiskan!), sarapan pagi tadi di puncak Jabal Musa- terpaksa memaksa diri menelan roti dan chocolate spread yang memang bukan selera saya — maka tengahari ini berjaya juga saya menikmati makanan saya dengan tenang, senang, dan selesa – juga menepati citarasa.Jadi, mungkin sekali saya jatuh cinta dengan Dahab kerana di situlah penderitaan perut saya berakhir.

Kedua, di Dahab jugalah penantian saya untuk berendam dalam laut berakhir. Sepanjang berada di UK saya tidak langsung punya kesempatan untuk mandi laut (saya TIDAK bersedia untuk mati kesejukan), dan ketika di Iskandariah pada minggu sebelumnya saya hilang selera untuk mandi dek ramainya manusia. Jadi mahu tidak mahu, mushrif yang berdua itu terpaksa juga mengorbankan tidur petang mereka untuk membawa tiga orang kanak-kanak yang sangat teruja untuk mandi laut. Pantai di Dahab memang superb – kalaulah tidak kerana batu-batuan yang menyakitkan kaki yang memang sedia sakit akibat menuruni Jabal Musa awal paginya. Airnya tidak berombak (Dahab terletak di Teluk Aqabah, bukan lautan luas) dan kami berendam sambil menghadap Arab Saudi di seberang sana, sehinggalah matahari terbenam.

Ketiga.. hmm .. saya sudah tidak dapat memikirkan sebab yang lain. Tetapi hati masih meronta-ronta mahu ke Dahab lagi!

Engkau Menulis Kerana Apa?

Sesungguhnya tanpa hidayah Allah, hati saya tidak tergerak untuk ke Bumi Kinanah ini.

Dan sesungguhnya, jika tanpa taufik, iaitu kekuasaan dan kudrat yang diberikan oleh Allah sehingga saya bisa menjejakkan kaki di Mesir tentulah saya tidak mampu menulis entri yang satu ini (Dan entri berkaitan juga).

Saya berpagi-pagi di Haiyul Ashir (10th District),musolla Rumah Pahang menghadiri Madrasah Imam Syafie anjuran PMRAM. Saya tidak mampu menghafal matan sebagai yang tertulis dalam buku program (Matan = ringkasan kitab turath i.e. kitab lama ), maka saya hanya menghadiri kelas yang bermula pukul 7.00 pagi.

Ada beberapa kitab yang dibincangkan mengikut jadual, dan kerana mengikut tertib yang sewajarnya, setiap syarah tentang satu-satu kitab akan dimulakan dengan pengenalan kepada penulis kitab, juga keberkatan yang ada pada setiap kitab.

Dan sungguh, pada mukadimahnya sahaja sudah cukup untuk membuatkan saya berfikir seribu kali mengkoreksi diri.

Kenapa saya menulis?

Adakah untuk pujian?

Adakah kerana suka-suka?

Adakah hati saya tetap tunduk dan tawadhuk setiap kali selesai menyampaikan isi atau semakin terasa megah?

Adakah tulisan saya betul-betul ikhlas kerana Allah?

Dan, satu lagi soalan yang patut saya soal pada diri sendiri:

Adakah layak untuk dimulakan setiap entri dan tulisan saya dengan basmalah?

Pagi tadi saya terkesima lagi. Terkedu, kagum dengan ketundukan hati para ‘ulama terdahulu (entah mengapa ada manusia yang sanggup mempertikai keilmuan mereka tanpa pengetahuan!) – misalnya penulis Syarah (Syarah = penerangan kepada matan) bagi Matan Waraqat, Imam al-Mahalli. Jika kebanyakan penulis kitab memulakan tulisan masing-masing dengan kalimah basmallah, tetapi Imam Mahalli tidak sama sekali.

Kenapa? Adakah beliau tidak beriman dengan hadis nabi :

‘Setiap perkara yang mempunyai manfaat, yang tidak dimulakannya dengan ‘Bismillahirrahmanirrahim’ maka ia terputus.’

(Riwayat Abu Daud, Ibn Majah dan an-Nasaie)

Tidak.

Imam Mahalli tidak memulakan syarahnya itu dengan lafaz mulia basmallah kerana baginya syarah itu bukanlah sesuatu yang bermanfaat. Syarah itu, baginya hanyalah syarah picisan yang mungkin sekali tidak bermanfaat bagi yang lain, maka tidak layak untuk dituliskan lafaz mulia itu di awalnya.

(Sedangkan kitab syarah tulisannya itu cukup hebat, malah kekal hingga ke hari ini. Mengapa tidak, menulis dari hati, apatah lagi hati yang penuh dengan tawadhuk, tentulah buahnya penuh keberkatan, malah kebaikannya berterusan, bukan begitu?)

Malah seorang ulama yang menulis sebuah kitab (saya lupa tajuk kitab tulisannya itu), selesai penulisannya, membawa kitab itu ke pesisir laut, lalu berkata : Andainya kitab itu ditulis dengan penuh keikhlasan semata-mata kerana Allah, kekalkanlah tulisannya tatkala helaian tulisannya itu direndam di dalam air laut. Jika tidak, hilangkan sahaja tulisan-tulisan itu, usah benarkan segala ilmu yang ditulis tanpa keikhlasan itu tersebar.

(Dan tentulah, dakwatnya itu tidak kembang dek air laut meski direndam, sang penulis menulisnya dengan penuh berhati-hati, baik dalam menjaga isi, mahupun menjaga hati.)
Dan saya, adakah tulisan-tulisan saya mempunyai nilai di sisi Allah?

Between Two Extremes

It is such a wonder for me to be at two totally different places in one day.

Consider this, and imagine:

Earlier in the morning I was in country claimed to be one of the richest and civilized place in the world, while the very next 24 hours I was in a place where its system is unlikely to be reliable.

A few hours earlier in the afternoon I was rushing through a complex of buildings which housed the wealthy expecting first class service from a five star hotel, and in two hours time I was in the poorest part of the country, where I could still see donkeys with loads, and beggars were everywhere trying to win my sympathy.

Two extremes.

Totaly two different environments.

My conclusion?

Inequal distribution of wealth.

I could still remember what my Islamic Studies teacher said in class while discussing the Islamic system of economy in college two years before: the resource given by Allah in this world is enough for everyone, there is no point at which you can say that ‘ I’m sorry, your part is finished’. It is just the inequality in distributing the resources and wealth which allows you to see the poor in one side of the world, while the wealthy on the other side of it. Corruption. Greed. Need some more keywords?

Worse is if you could see the extremes in one same place- in one same state, governed by the same body.

Though I have no reason to deny that the same thing does occur in my very country Malaysia, what I’ve seen here in Egypt is worse.

It was never in my mind that a country with such a privilege to house the great wonder of the world,supposed to be rich as tourists keep coming in, to see donkeys and horses on road with Mercedes cruising beside it. Al-Azhar lecturers receive roughly 500 LE per month (equals GBP50), an engineer for a local company might receive some amount around 300-400 LE (GBP 30-40), a police earns more or less 150 LE (GBP15) per month. Businessman earns so much better, as well as those working for international companies – these are the people who managed to drive Mercedes I think. Well yes, the cost of living here is much lower, the poor can buy ten ‘ish (pratta lookalike) for their breakfast and pay only 1 LE (10p) but who can help but wishing to have a plate of KFC meal once in a while? But that might cost you 15 L.E!

Blame my ‘soft’ side, I cannot bear being begged for a tiny sum of my money- the kids on the street always do that, when I come to realize these facts- the hardship this lower class citizens are facing. Even when we had to pay extra money (or tips, called baakshees here), to any antiquities police or anyone when visiting tourist spots– I was thinking: never mind, maybe they really need the money for their families, so let that be my sadaqah for them. After all, baakshees cost me less than GBP10. Better than spending that amount for a few extra unneeded clothes right?

If even graduating with a bachelor degree would not guarantee you a job (well, since Al-Azhar lecturer received only 500 L.E and an engineer received less than 400 L.E), why bother going into university in the first place? Is there any chance at all to escape from poverty? My mushrif added, not only you will end up receiving a low income after years of struggling, the student loan taken will add up to your burden! But anyway, he said, if they are fortunate they might be working for an international company, or maybe working outside Egypt – and live a better life. Ustaz Muhammad, the head teachers at Sibawayh Centre where I take my language class said once, Egyptians working as professionals outside Egypt – in Europe mostly, never intend to come back. Well, that is understandable. If Malaysia could not guarantee me a good life, I might as well find a job in the UK and stay there. But fortunately, Malaysia is much much better than Egypt, alhamdulillah, and there is no way I would leave my people.

It is such a shame to see all the injustice done to the people who share the same akidah with me, by the people with the same akidah as well. Never blame the non-Muslims for linking us with poverty and all – it is our fault! Those who know turn a blind eye to this, and those with power to change tend to ignore.

How long could you bear this injustice?

Jaulah di bumi Kinanah


Piramid Giza
Makam Imam Ibn Hajar
Makam Imam Syafie r.a

Statue Salahuddin al Ayyubi

Air mata saya terkadang begitu murah harganya.

Dan di bumi Mesir, kali pertama air mata saya tumpah, adalah di Makam Imam As-Syafie rahimahullah.

Begitu jauh jaulah ini membawa saya. Tidak terfikir, malah tidak pernah termimpi pun untuk berada sehampir ini dengan imam agung mazhab yang saya ikuti. Biarpun cuma makam yang tertinggal, hati tetap rasa terharu. Perasaan yang tidak terungkap, menyebabkan saya merenung – betapa jauh jarak yang memisahkan saya dengan ulama’ seagung itu. Ya, jarak masa, jarak ilmu, juga jarak amal dan kedudukan di sisi Allah.

Saya masih berpalit dosa menggunung, sedang rohnya mungkin sekali berada di taman-taman syurga. Saya masih dalam perjuangan, yang entah di mana penghujungnya (mudah-mudahan akhirnya membawa saya ke syurga), sedang dia sudah dalam kerehatan.

Makam Imam as-Syafie berada dalam sebuah masjid, entah apa namanya saya tidak tahu. Di kawasan yang berlumur kemiskinan, itu fakta yang saya pasti. Sebagaimana makam-makam yang saya ziarahi sebelumnya: Makam Abu Dzar al- Ghifari, sahabat Nabi s.a.w yang turut serta dalam ekspedisi menawan Mesir yang diketuai oleh Amru bin Al-Asr, Makam Imam Ibn Hajar al-Ashqalani, juga ke Makam Imam Waki’, guru kepada Imam Syafie’.

Pernah terdengar syair tulisan Imam Syafie, keluhannya tentang ilmu yang pada suatu ketika susah benar melekat di hatinya. Kepada Imam Waki’ lah diadukan hal itu, dan kata Imam Waki’, ilmu adalah nur yang tidak mungkin masuk ke hati pelaku dosa. Dikatakan sebelumnya Imam Syafie terpandang betis/tumit seorang wanita.

Jaulah seterusnya ke Alexandria dua hari lepas, membawa saya ke kota penuh sejarah. Yunani, Rom, langsung ke zaman pemerintahan Islam, semuanya pernah disaksikan bumi bertuah ini. Sempat melawat makam sahabat nabi, Abu Darda’ r.a.

Kelas bahasa arab sudah bermula, intensif lima jam sehari, lima hari seminggu, dan ustazah Marwah tidak segan-segan memaksa kami bertiga bertutur dalam bahasa arab.

Madrasah Imam Syafie kelolaan PMRAM bermula lusa, 6.00 pagi hingga 8.00 pagi. Setiap hari kecuali hari Jumaat, perlu menghafal matan, juga ada imtihan.

Semoga Allah mempermudah.