Kek Lobak Hari Bapa


Bukan Kek Sebenar
Sangap.

Sangap sungguh menelaah subjek Pengenalan kepada Industri Pemprosesan. Board of Directors? Corporate governance? Vertical Integration? Apakah itu!! (Soalan tanpa tanda soal)

Tahap kesangapan itu adalah sungguh melampau sekali, sehingga memaksa saya melakukan aktiviti-aktiviti yang biasanya tidak dibuat orang selagi minggu peperiksaan belum habis. Adakah boleh dimasukkan senarai aktiviti itu di sini?

Tak boleh, tak boleh. Perkara mengaibkan harus ditutup rapat. Hari-hari baca ma’thurat doa supaya Allah jagakan rahsia diri, adakah patut bila buka blog pergi tulis rahsia-rahsia tu?

Tapi ada satu aktiviti yang patut ditulis di sini: projek bersama Kak Abby iaitu membakar kek yang berjudul ‘Kek Lobak‘..hahaha..dalam bahasa melayu bunyinya lagi menarik dan menyelerakan. Selalunya projek-projek di dapur 69 Stamford ini dilakukan oleh Hanee dan teman tidurnya iaitu Kak Dayah, misalnya membuat karipap layan diri (uli tepung, masak inti, nak makan kelim dan goreng sendiri. Duh!) tetapi akibat tahap kesangapan yang terlampau, maka saya telah memulakan gerak khas buat julung-julung kalinya untuk membikin kek, dan berjaya juga membujuk Kak Abby untuk ikut serta. Kak Abby begitu rajin berpagi-pagi ke Asda untuk membeli bahan-bahan memasak, sewaktu saya masih nyenyak tidur…hahaha…saya memang ada masalah dengan waktu tidur sepanjang minggu peperiksaan ini.

Oh, nama resepi yang saya muat turun dari laman web itu adalah ‘Kek Lobak Hari Bapa‘.

Resepi yang sungguh menggendutkan sekalian ummat 69 Stamford. Amaun gula adalah sama banyak dengan amaun tepung gandum.

Duh!

Memang sesuai sekali dengan tema 69 Stamford untuk dua minggu ini: Minggu Gemuk Sedunia yang dilancarkan dengan gilang-gemilang oleh Kak Abby.

p.s. Gambar sebenar kek yang dimaksudkan dalam entri ini tidak akan dimuat naik bagi menghormati perasaan individu yang kempunan. Harap maklum.

Advertisements

3 comments

  1. waah..teringin ku tatap wajah kek karotmu yg sebenar duhai afnizar..huahuahua..:P eh, tetibe ku wonder, perkataan sangap tu bahasa melayu ke x? pesal ku x biasa ngan perkataan tuh (maksud die mengantuk kan?). org perlis guna, org johor guna..org melaka pon guna word tuh..pesal ku org timur x penah2 gune sehinggalah ku berada di bumi UK ini. err..btw, ko baek hati tak..tolong tampar n sepak aku laju2 sbb masih tak sedar diri esok ade paper.. tp masih ade hati tak sungguh2 stadi.. hmm..sungguh aku menyampah-sarap ngan diri sdiri yg kurg semangat dan motivasi nih.. ntah tak tau mane nk cari diorg pulang.

  2. Kek lobak yang sebenar tinggal 1/4 sahaja lagi setelah 18 jam dikeluarkan dari ketuhar. Jadi dah tak sempat nak ambil gambar.

    Aku pertama kali dengar perkataan sangap adalah daripada kawan aku orang utara, pastu aku balik kampung semua pun guna kosa kata itu.

    Aduh, aku tak mampu menasihatimu kerana aku sendiri tidak mampu bersungguh-sungguh. Aku cuma layan wikipedia sahaja untuk mencari maksud sekian jargon yang tidak difahami.

    Semoga ketemu semangat dan motivasi du bumi Mesir nanti..amin!

  3. hakhak, rajin sggh membuat kek, boleh ke special delivery ke Sutton nanti? 😀

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s