Di mana saya (dan anda)?


Saya pernah mendengar pendapat yang berbunyi begini: pelajar yang dihantar belajar di luar negara biasanya sama ada dua, pertama, dia akan menjadi lebih ‘barat’, atau semakin jahat, atau, keduanya, menjadi lebih baik atau semakin dekat dengan agama. Setelah hampir dua tahun di bumi Manchester ini kadang-kadang saya rasa pendapat itu betul walaupun saya amat arif bahawa generalisation might be a fallacy.
Kalau ada yang mengatakan saya berubah menjadi lebih baik setelah berada di United Kingdom ini, alhamdulillah, saya mengaminkan sahaja, mudah-mudahan memang betul saya menjadi lebih solehah. Tetapi berada di mana-mana pun kita masih mampu untuk menjadi lebih baik. Kata Stephen Covey, tabiat itu tidaklah sekuat kita. Asalkan benar-benar ‘mahu’, pasti akan ‘mampu’. Berbalik pada pendapat umum yang saya dengari itu, memang betul, banyak perkara mampu membuatkan saya berfikir banyak kali, dan terpanggil untuk mengkoreksi diri. Yang penting adalah berusaha untuk mengamalkan ‘deep thinking‘ seperti saranan penulis Harun Yahya, seperti yang diseru dalam alQuran (biasa dengar ayat yang berbunyi ‘apakah kamu tidak berfikir?’, ‘apakah kamu tidak berakal?’ ? Itu ayat menyuruh kita berfikir ya!).

Contoh 1

Sebuah bas Stagecoach

Lokasi, di dalam bas Stagecoach bernombor 15, perjalanan pulang dari kuliah ke rumah di Old Trafford.

Seorang lelaki kulit hitam masuk, lengkap berkot dan briefcase, membayar harga tiket, tetapi dia tidak terus mencari tempat duduk walaupun banyak lagi kerusi kosong di tingkat bawah bas itu. Dia sebaliknya berdiri hampir dengan pemandu, memberi ucapan selamat petang kepada semua penumpang di tingkat bawah, dan terus bercerita.

Cerita apa?

Cerita tentang bumi yang akan musnah tidak lama lagi, dan kepercayaannya bahawa akan tiba Messiah yang akan membawa seluruh umat manusia ke planet baru.
Dia adalah penganut Kristian, tidak pasti aliran apa, mungkin sekali Seventh Day Adventist Church, saya tidak begitu endah akan apa yg diperkatakannya. Saya lebih terpesona dengan keberaniannya.

Dan dia, barangkali ternampak saya yang bertudung, dan berada agak hampir dengannya berkata, apa yang diserunya itu adalah bukan untuk penganut Kristian sahaja, tetapi juga untuk semua, baik Muslim (ini disebut dahulu, dengan memandang kepada saya), pengikut Buddha atau siapa-siapa sahaja, bersedialah untuk Dooms Day yang dimaksudkannya itu. Bijaknya dia berusaha untuk menyertakan saya dan semua orang juga.

Dan dia turun di perhentian paling hampir setelah dia menamatkan kata-katanya, dan hal itu menyebabkan saya menelah, bahawa dia sebenarnya sengaja menaiki bas tersebut untuk menyampaikan dakwahnya, dan kemudiannya akan menaiki bas lain untuk menyambung tugasnya itu.

Saya berfikir lama tentang kejadian itu.

Saya sebagai Islam, dan sedar malah tahu bahawa tugas berdakwah serta menyebarkan Islam itu adalah tanggungjawab individu (bukan tugas sekumpulan manusia sahaja), adakah saya mampu untuk beraksi dengan penuh yakin diri seperti lelaki tadi dalam menyampaikan Islam? Kalaupun tidak di bumi UK ini, adakah jika pulang ke Malaysia saya mampu dan berani untuk berceramah di tempat umum seperti itu? Naik bas dari Beseri ke Kangar misalnya, dan bercerita tentang sirah Nabi s.a.w di hadapan kaum saya sendiri?

Di mana saya?

Contoh 2

Market Street

Lokasi, Market Street, berhampiran dengan Arndale.

Saya suka benar duduk-duduk di bangku rehat yang disediakan sepanjang Market Street yang meriah itu, memerhati gerak-geri manusia dan kepelbagaiannya. Market Street memang ramai pengutip derma, gerai-gerai aktivis adakalanya, dan juga artis jalanan. Dalam banyak orang yang berusaha menyebarkan fahaman masing-masing itu saya teringat cabaran yang diutarakan oleh sahabat saya, berani atau tidak kita memakai baju-T bertulis ‘ASK ME ABOUT ISLAM‘ dan berdiri di Market Street itu?

Malu rasanya. 22 tahun hidup dan mengaku Islam, malah mengaku pejuang Islam, saya masih belum cukup berilmu untuk menawarkan diri untuk menjelaskan tentang Islam kepada sekian banyak manusia yang sangat keliru tentang agama saya ini.

Seberapa lama harus kita simpan keyakinan itu untuk diri sendiri sahaja? Saya yakin murtad itu harus dihukum sebagaimana hukuman yang ditetapkan Allah, tetapi bagaimana harus saya meyakinkan golongan yang tidak mampu mengerti kenapa penganut Islam tidak dibenarkan menukar agama, berdasarkan logik mereka?

Dan kalaupun saya tidak mampu bersemuka untuk menjawab persoalan tersebut, apakah saya mampu untuk berhujah dengan baik, menjawab sekian banyak persoalan tentang Islam yang diajukan oleh mereka yang ingin tahu, misalnya di Yahoo Answers dan lain-lain laman web Q&A. Kalau berpeluang untuk mengumpul hujah dan isi dalam masa yang tidak terhad pun tidak mampu, adakah saya seorang Islam yang baik, yang benar-benar tahu tentang agama sendiri, dan kalau sedar tidak tahu, mengambil langkah yang sewajarnya untuk mejadikan diri seorang yang tahu?

Di mana saya?

Jadi sedikit-sebanyak memang diakui, berada di luar negara ini membuka mata tentang banyak perkara. Membenarkan kita melihat segala yang berlaku di Malaysia dari kaca mata luar,dari perspektif yang berbeza. Membenarkan saya untuk lebih kenal agama yang disanjungi ini, dan tidak ‘take it for granted’.

Turning point besar, yang kedua dalam hidup saya adalah di sini, di bumi Manchester.

Anda bagaimana?

Advertisements

5 comments

  1. Ill one day test your hypothesis, semoga Allah sentiasa menunjukkan siratul mustaqim, Amin

    p.s. serius kagumnya dgn pakcik tu, n dia bercakap ttg dooms day, erk even kat sini pun org hate that thing, kena la label x optimis la apa la, semoga Allah memberikan kekuatan sebegitu suatu hari nanti kpd kita semua.

  2. afni,ko msti perasan kalau aku ckp bnda ni..aku skrg dh save blog ko as fav ..=p

  3. haha..aku pun..dulu da lame bookmark blog ko,tp x rajen bukak.. semenjak 2menjak ni suke lak bukak..hehe.. entri pon da hampir tiap2 hari, bleh celen ustaz kat saifulislam ni..ustaz ape ek..ust hasrizal kalo x silap..hehe 😀 bagus2..yg baik perlu diteruskan =]

  4. Hafiz MZ,

    Semoga tak tergoda dengan gadis-gadis London nanti..heheh

    My coursemate & My other coursemate,

    Bookmark? wahh..terharu..tq2. Alhamdulillah..

    Entri hari-hari time exam week je kot, term time banyak keje, berbukit-bukit..huhuh

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s