Month: June 2007

My precious..my boarding pass :P

**This entry was written on-board, somewhere above the earth.

So here I am , on seat 40E in British Airways flight to Cairo. Seems to be a fact of no importance, but two hours ago I have a big possibility of having to go back to Manchester.

I was denied from boarding to the booked flight.

No visa.

‘I am sorry, you definitely need a visa to enter Egypt’

I was like, hey, all my friends go to Egypt without having a visa! So the nightmarish experience began. One thing I kept firm in my head, I must reached Cairo by tomorrow, on the flight that was to take off within two hours, by all means.

Now we had to weigh a few options.

Calling the Egyption Consulate proved to be of no help, with the operator speaking heavily-accented English, unfriendly response from the officer.

The only possible option would cost me money, it goes like this: change the date of my return ticket, within 2 weeks time from my arrival date (so that I don’t need visa), apply for visa as soon as I reach egypt (which I know is not hard, plus very cheap), and change back my return ticket to the date I planned earlier. Cost me a lot, but the thing is, I want to go to Egypt no matter what. Hehe.

And one hour ago, I felt like kissing my newly-received boarding pass.

Alhamdulillah.

Diuji bererti dikasihi, kan?

Loving someone who is loving me

Sometimes we look to far way for someone to look up to. Sometimes we are so inferior of what we are that we try to copy others. Sometimes we are just too stupid to see that someone that we love right now doesn’t love us back (so why waste our time to love but not loved? love someone who you know loves you, and wish for good things to happen to you) Copied from a blog (No, copy and paste is not my usual way of blogging, but this touched my heart so deep I need to share it)

If a man like Muhamed were to assume the dictatorship of the modern world, he would succeed in solving its problems that would bring it the much needed peace and happiness.

George Bernard Shaw

People like Pasteur and Salk are leaders in the first sense. People like Gandhi and Confucius, on one hand, and Alexander, Caesar and Hitler on the other, are leaders in the second and perhaps the third sense. Jesus and Buddha belong in the third category alone. Perhaps the greatest leader of all times was Mohammed, who combined all three functions. To a lesser degree, Moses did the same.

Professor Jules Masserman

Head of the State as well as the Church, he was Caesar and Pope in one; but, he was Pope without the Pope’s pretensions, and Caesar without the legions of Caesar, without a standing army, without a bodyguard, without a police force, without a fixed revenue. If ever a man had the right to say that he ruled by a right divine, it was Muhummed, for he had all the powers without their supports. He cared not for the dressings of power. The simplicity of his private life was in keeping with his public life.

Rev. R. Bosworth-Smith

Muhammad was the soul of kindness, and his influence was felt and never forgotten by those around him.

Diwan Chand Sharma, The Prophets of the East, Calcutta 1935, p. l 22.

Four years after the death of Justinian, A.D. 569, was born at Mecca, in Arabia the man who, of all men exercised the greatest influence upon the human race . . . Mohammed . . .

John William Draper, M.D., L.L.D.,
A History of the Intellectual Development of Europe, London 1875, Vol. 1, pp. 329-330

In little more than a year he was actually the spiritual, nominal and temporal rule of Medina, with his hands on the lever that was to shake the world.

John Austin,
“Muhammad the Prophet of Allah,” in T.P. ‘s and Cassel’s Weekly for 24th September 1927.

Philosopher, Orator, Apostle, Legislator, Warrior, Conqueror of ideas Restorer of rational beliefs, of a cult without images; the founder of twenty terrestrial empires and of one spiritual empire, that is Muhammed. As regards all standards by which human greatness may be measured, we may well ask, is there any man greater than he?

Lamartine,
Historie de la Turquie, Paris 1854, Vol. 11 pp. 276-2727

It is impossible for anyone who studies the life and character of the great prophet of Arabia, who knows how he taught and how he lived, to feel anything but reverence for that mighty Prophet, one of the great messengers of the Supreme. And although in what I put to you I shall say many things which may be familiar to many, yet I myself feel whenever I re-read them, a new way of admiration, a new of reverence for that mighty Arabian teacher.

Annie Besant,
The Life and Teachings of Muhammad, Madras 1932, p. 4

Muhummed is the most successful of all Prophets and religious personalities.

Encyclopedia Britannica

I have studied him – the wonderful man – and in my opinion far from being an anti-Christ he must be called the saviour of humanity.

George Bernard Shaw in “The Genuine Islam

By a fortune absolutely unique in history, Mohammed is a threefold founder of a nation, of an empire, and of a religion.

Rev. R. Bosworth-Smith in “Mohammed and Mohammedanism 1946.

“It is not the propagation but the permanency of his religion that deserves our wonder, the same pure and perfect impression which he engraved at Mecca and Medina is preserved, after the revolutions of twelve centuries by the Indian, the African and the Turkish proselytes of the Koran. . . The Mahometans have uniformly withstood the temptation of reducing the object of their faith an devotion to a level with the senses and imagination of man. ‘I believe in One God and Mahomet the Apostle of God’ is the simple and invariable profession of Islam. The intellectual image of the Deity has never been degraded by any visible idol; the honours of the prophet have never transgressed the measure of human virtue, and his living precepts have restrained the gratitude of his disciples within the bounds of reason and religion.”

Edward Gibbon and Simon Ocklay, HISTORY OF THE SARACEN EMPIRE, London, 1870, p. 54.



“Muhammad, the inspired man who founded Islam, was born about A.D. 570 into an Arabian tribe that worshipped idols. Orphaned at birth, he was always particularly solicitous of the poor and needy, the widow and the orphan, the slave and the downtrodden. At twenty, he was already a successful businessman, and soon became director of camel caravans for a wealthy widow. When he reached twenty-five, his employer, recognizing his merit, proposed marriage. Even though she was fifteen years older, he married her, and as long as she lived, remained a devoted husband.

“Like almost every major prophet before him, Muhammad fought shy of serving as the transmitter of God’s word, sensing his own inadequacy. But the angel commanded “Read.” So far as we know, Muhammad was unable to read or write, but he began to dictate those inspired words which would soon revolutionize a large segment of the earth: “There is one God.”

“In all things Muhammad was profoundly practical. When his beloved son Ibrahim died, an eclipse occurred, and rumours of God’s personal condolence quickly arose. Whereupon Muhammad is said to have announced, “An eclipse is a phenomenon of nature. It is foolish to attribute such things to the death or birth of a human being.” “At Muhammad’s own death an attempt was made to deify him, but the man who was to become his administrative successor killed the hysteria with one of the noblest speeches in religious history: “If there are any among you who worshipped Muhammad, he is dead. But if it is God you worshipped, He lives forever.”

James A. Michener, “ISLAM: THE MISUNDERSTOOD RELIGION,” in READER’S DIGEST (American edition), May 1955, pp. 68-70.

Lesson: Tak kenal maka tak cinta. Kalau ajaran Nabi seagung ini tidak mahu diterima, siapa dan apa lagi yang mahu di jadikan guru ? Akal yang terhad itu atau nafsu membinasakan?

Kisah aku dan Dia

**Bukan entri biasa. Kisah rekaan yang sengaja ditulis untuk peringatan.

Pernah engkau mendengar kata-kata ini, barangkali hadis yang pernah aku dengari di mana-mana, yang berbunyi, janganlah engkau mengutuk pelaku dosa kerana kelak sebelum mati engkau akan melakukan dosa yang sama?

Aku rasa itu ada benarnya, kalaupun sumber kata-kata itu tidak dapat dikenalpasti. Pertama, Islam memang melarang kita untuk membenci pelaku dosa. Yang patut dibenci adalah kesalahan yang dilakukan itu. Kedua, perkara itu pernah berlaku pada diriku sendiri.

Teman sebilikku dulu, ketika kukenali sedang asyik bercinta dengan pasangannya. Aku yang diajar bahawa berpasangan itu salah, berhubungan lelaki perempuan bukan mahram itu adalah kemaksiatan besar sejak sekolah lagi, sering pula memandang jelik tingkah-lakunya itu. Tetapi sebenarnya, aku sendiri terperangkap dalam kesalahan yang sama.

Muiz kukenali ketika cuti panjang menanti keputusan peperiksaan SPM diumumkan. Di mana lagi kalau bukan di alam maya? Tiga bulan itu cukup untuk menyebabkan kami terus berhubungan, terima kasih kepada teknologi yang membenarkan aku menghubunginya pada hampir setiap masa senggang yang kumiliki. Pesanan ringkas. Ketika itu aku masih mampu mentakrifkan bahawa hubungan itu platonik semata.

Entah apa yang menyebabkan hati tertarik, aku sendiri tidak pasti. Muiz tidak cukup kriteria untuk menjadi lelaki pujaanku jika kufikir secara rasional. Mungkin kerana kami boleh bercerita tentang banyak perkara, hati menjadi lebih dekat. Mungkin itu satu sebabnya, tetapi yang aku pasti, syaitan memang berada di mana-mana.

Muiz sendiri menyenangiku, kerana katanya, aku ini melegakan. Dia lelaki yang begitu banyak kekalutan mendekatinya, dan aku yang barangkali lebih matang mudah sekali memberi idea. Dan Muiz juga, pada usia 18 tahun, dan lima tahun sebelumnya dihabiskan di sekolah tanpa perempuan, tentulah mudah sekali bersahabat dengan yang berlainan jantina.

Aku terlontar di matrikulasi, Muiz juga begitu. Tetapi aku dalam tidak keruan sepanjang dua bulan itu, kerana harapanku yang sejak dulu kusimpan mahu belajar di United Kingdom belum kupasti tercapai atau tidak.Surat tawaran belum diterima, meski temuduga telah kuhadiri. Dalam kerisauan itu aku cuba menyedapkan hati, memberitahu Muiz bahawa aku sudah mengubah fikiran, biar tawaran diterima aku tidak akan pergi. Tetap di matrikulasi. Muiz menyambut senang, kerana kutahu, keputusan itu tidak akan melebarkan jurang antara kami. Akademik.

Tetapi seperti kataku, itu hanyalah untuk menyedapkan hati. Saat surat tawaran JPA tiba di tanganku hati tiada sedikit pun ragu. Ini destinasiku. Dan Muiz, Muiz cuma menyebut kembali kata-kataku dulu dalam melankoli. Maaf, kataku. Aku berubah fikiran.

Dua tahun di kolej persediaan, aku masih dan bertambah dekat dengan Muiz. Masih sebulan sekali berbual di talian, hampir setiap masa bertukar pesanan ringkas. Aku sendiri sudah tidak tahu bagaimana untuk mendefinisikan perhubungan itu. Kami bukan sekadar kawan. Tetapi kami bukan juga pasangan kekasih. Muiz, pada bila-bila masa sahaja kubenarkan untuk berbicara tentang mana-mana gadis yang diminatinya, walaupun aku sedar ada cemburu di hati. Muiz juga begitu. Tenang sahaja dia mendengar aku berceloteh tentang mana-mana lelaki yang aku senangi, tetapi kadang-kadang dia sudah tidak sanggup kalau aku terlalu memuji. Berkisah tentang keluarga masing-masing. Malah luka paling dalam. Mungkin istilah teman tapi mesra itu paling tepat buat kami.

Dan ramai teman yang mengenali kami berdua bertanya, kenapa tidak ‘declare’ secara rasmi bahawa kamu berdua pasangan kekasih? Bukan tidak pernah kami menyebut tentang perkara ini, tapi kusedar satu, Muiz terkadang berasa rendah diri denganku. Aku ingat ketika dia bertanya, kalau engkau kuajak ber’couple’, kau mahukah? Kukatakan tidak. Dan kerana itu kami diamkan sahaja hal ini. Dan dia juga pernah menyebut, aku lebih layak untuk bersama lelaki yang lebih baik daripadanya.

Aku sendiri, masih memegang pada konsep setia yang kupegang sejak sekolah lagi, setia pada lelaki yang memang ditakdirkan untukku, tidak sama sekali ‘settle on someone just because he is available’.Jadi aku meletakkan syarat begini: Katakan ‘Tidak’ pada mana-mana sahaja lelaki jika akal dan hatiku tidak bersetuju bahawa dia adalah yang terbaik. Hatiku mempersetujui bahawa Muiz adalah lelaki baik, tetapi penilaian akalku mengatakan sebaliknya. Dan kerana ketidaksefahaman itulah aku bertahan sepanjang dua tahun. Bertahan untuk tidak pergi lebih jauh dari sekadar teman yang mesra.

Entah mengapa hatiku bisa bersetuju aku sendiri terasa aneh. Barangkali ketika itu hatiku sudah semakin kotor. Ya, hati yang bersih akan menunjukkan jalan yang betul. Sangat-sangat aku sedari persahabatanku itu sudah bersalut dosa yang tidak sedikit. Hati sering tidak tenang. Solat tidak khusyuk mengenangkan pesanan ringkas yang belum terbalas, kata-kata manis yang diterima. Aku menyedari itu, dan pada saat-saat hati punya kekuatan untuk menjauhkan diri dari kemaksiatan, aku termakan pujukan Muiz yang bijak menunjukkan kesedihan. Aku tidak menyalahkannya. Dia tidak faham. Tidak cukup matang untuk memahami bahawa untuk menjaga hati agar suci dan tenang, lebih afdhal jika diputuskan sahaja hubungan. Bagaimana mungkin dia faham jika manusia di sekelilingnya sedang hanyut dalam percintaan? Aku tidak menyalahkan lelaki senaif itu kerana tidak dapat membezakan yang mana benar yang mana salah, kerana aku sendiri sudah tidak mampu menarik diriku jauh daripadanya. Aku menyalahkan diriku kerana atas segala pengetahuan yang kuada aku masih menuruti kehendak nafsu.

Aku ingat sekali ketika menerima hadiah daripadanya. Di kolej ketika itu. Muiz merancang teliti kejutan itu, bekerjasama dengan sahabat semejaku di kelas. Kotak besar berbalut rapi yang dipos dari jauh, saat kubuka terlihat anak patung beruang, di baju merah jambunya tertulis ‘Best Friend’. Ya, Muiz sangat-sangat menghargaiku sebagai seorang sahabat, aku tahu itu.Dan anak patung beruang rona coklat muda itu, tanda ingatannya kepadaku, kerana katanya aku adalah perempuan yang pandai menjaga diri.Betapa ironi! Teringat kerisauan Muiz kerana pesanan ringkasnya tidak terbalas setelah tiga jam dihantar, kerisauan yang disuarakan kepada sahabatku yang lain.Teringat sifat ambil beratnya ketika aku pening-demam. Aduhai, mengakulah bahawa aku hanya perempuan lemah yang mudah sekali terharu. Terima kasih kepada nafsu yang tidak tertunduk, yang tidak terasuh.

Dalam jangkamasa perkenalanku itu, aku menemuinya sekali, sesuatu yang kukira akan kukesali sepanjang hayat. Betapa jauh aku pergi melanggar prinsipku sendiri kerana perasaan yang tidak tertahan. Memang itu cuma pertemuan biasa pada perkiraan muda-mudi sekarang, tetapi apakah beza aku dengan perempuan lain? Entah ke mana kulontar jauh hadis yang kuhafal rapi, tidak akan berduaan seorang lelaki dan perempuan melainkan yang ketiganya adalah syaitan?

Dua tahun berakhir dengan cepat. Malam terakhir di Malaysia menyaksikan aku mengalirkan air mata kerana perpisahan itu. Dia sendiri, dalam kesedihannya meminta aku tidak melupakannya. Tidak sama sekali, kataku. Setelah lebih dua tahun, mana mungkin aku melupakannya. Dan kali terakhir, sebelum menaiki kapal terbang meninggalkan Malaysia buat kali pertama aku menelefonnya. Aku sudah tidak menangis, barangkali sudah dipenuhi keterujaan untuk menghadapi kehidupan baru, tetapi Muiz, dia lebih banyak berdiam.

Bumi United Kingdom menyambutku, membawa bukan satu kejutan dan perubahan ke dalam diri. Dan jika sebelumnya kurasakan hidup pasti akan berbeza tanpa Muiz, tidak, hidupku kembali normal tanpanya.

Dan Muiz, dua minggu selepas pemergianku, ketika kuusik mengenai statusnya di Friendster yang berubah dari ‘Single’ kepada ‘It’s Complicated’, mengakui bahawa dia sudah menjalinkan hubungan secara rasmi dengan gadis yang diminatinya. Dan dia, hanya menanti untuk memberitahuku perkara itu sebelum mengumumkan bahawa dia kini ‘In a Relationship’. Oh terima kasih, kataku. Sedang hati menangis atas sebab yang kusendiri tak pasti. Aku tidak mahu terus bersamanya, tetapi aku tidak juga sanggup untuk melepaskan. Apa masalahnya dengan aku ini? Dan Muiz, memohon aku tetap menjadi penasihatnya, kerana padanya aku masih sahabat baik yang tidak akan terganti. Maaf, aku katakan dalam emosi yang tak keruan, aku tidak betah melayan masalah engkau dan kekasih. Aku punya masalah sendiri.

Dan aku menangis tanpa kufahami mengapa.

Tetapi lukanya tidak dalam. Kebenaran yang kutemui meyakinkan aku bahawa semua sudah tertulis. Aku bertemu Muiz kerana dia mengajar aku betapa sukarnya hidup andai hati tidak tenang. Dan seperti kata sahabatku, seseorang itu dihantar ke kehidupan kita untuk satu-satu tujuan, dan setelah habis peranannya dia akan pergi. Mengenali Muiz mengajarkan aku tentang diri, bahawa aku sebenarnya masih lemah untuk melawan nafsu. Dan aku sangat meyakini bahawa Tuhan membawaku ke sini supaya aku lebih dekat denganNya, setelah dua tahun aku membiarkan diri terlalai. Tuhan membawaku ke sini untuk aku kembali ke jalan perjuangan yang lama aku tinggalkan.

Dan jalan perjuangan itu, tidak mungkin aku tinggalkan sekali lagi hanya kerana seorang lelaki.

Cuti-cuti Musim Panas!

Baru pulang dua hari dari program Cuti-cuti Musim Panas (CCMP). Saya demam dan selsema (Ya, demam dan selsema pada musim panas!) sebaik sahaja pulang dari Lake District, panas-panas badan mulanya, barangkali kerana makan begitu banyak daging kambing – sejumlah besar semasa barbeku pagi Ahad, juga semasa makan malam sebelumnya. Gatal mahu menimbang kembali berat badan, terkejut besar kerana bertambah dua kilogram dari berat tiga hari lepas!

Kembali ke Lake District, lebih tepat lagi ke Tower Scout Camp tempat saya ber’Freshers’ Camp’ ketika mula-mula tiba dahulu menyebabkan saya teringat kembali kisah-kisah lama. Dua tahun tidaklah, tetapi banyak perkara sudah berubah. 4-5 sahabat sudah berubah status, dari ‘single’ kepada ‘double’. Saya sendiri dapat merasakan betapa jauh bezanya saya ketika baru-baru tiba dahulu dengan saya yang sekarang. Semakin matang itu mungkin. Semakin jelas arah tujuan hidup, itu yang paling ketara.

Ustaz Erfino Johari Pegawai Agama MSD turut serta bersama kami pada hari kedua di sana, memberikan 2-3 pengisian. Saya senang mengikuti apa-apa sesi bersama ustaz Erfino. Baik cara penyampaiannya yang tenang (saya memang senang jatuh hati dengan orang yang bercakap begitu teratur, mungkin sekali kerana saya bercakap sangat pantas), juga perspektif-perspektif baru yang dibawanya ketika mentafsir pengajaran daripada satu-satu hadis ataupun ayat al Quran, saya tidak mudah bosan mendengarnya bercakap.

Pernah mendengar kata-kata ‘Aim for the stars, even if you fail you will land on the moon’? Konsep yang sama pernah disebutkan dalam sebuah hadis, maaf kerana tidak menyalin dan berusaha mencari matannya, yang menyebutkan dua perkataan, berakar dari perkataan ‘saddida‘ yang bermaksud ‘target’ atau ‘sasaran’, juga ‘qaarib‘ yang bererti ‘dekat’. Secara keseluruhannya, konsep itu menyatakan bahawa berusahalah untuk mencapai sesuatu sasaran, dan jika tidak mampu, berusaha untuk hampir-hampir mencapainya. Jangan tinggalkan langsung. (Siapa bilang tidak AlQuran & Hadis tidak mampu memotivasikan diri?)

Dan yang paling lekat ingat di hati saya tentulah konsep ihsan. Ya, salah satu daripada tiga konsep yang kita disuruh menghafal sejak sekolah rendah lagi (yang saya ingat ketika peperiksaan sekolah agama darjah lima): Islam, Iman dan Ihsan. Definisi yang sering diberi untuk Ihsan adalah ‘ melakukan sesuatu seolah-olah kamu dapat melihat Allah (dan seterusnya), sedangkan terjemahan konsep itu yang lebih luas seharusnya membawa kita untuk bekerja lebih kuat, lebih masa. Performing a task more than its minimum requirement. Pernah dengar kata-kata perangsang : ‘Work beyond expectation’? Itulah inti sebenar konsep ihsan.

CCMP kali ini memang menarik – malam MANIS misalnya, kami dimestikan membuat persembahan, dan kudos to all postgraduates, semuanya memang sporting! Yalah, kalau diingat-ingat balik, postgrads ini di kalangan pensyarah universiti, ada yang pernah menjadi pengarah syarikat tetapi sanggup berlakon watak-watak yang menyebabkan mereka terpaksa memakai topi kertas, berlakon adegan lawak tak tahan.. hail to Abang Jupri & Abang Azizan ahli kumpulan saya yang memang mantap!

p.s.Untuk malam MANIS itu sempat juga saya berkarya, menulis beberapa baris syair untuk persembahan kumpulan. Ingin sekali saya abadikan di sini, tetapi versi penuh yang mengandungi rangkap (bukan rangkap sebenarnya, tetapi apa ya?) yang ditulis spontan berada di dalam komputer AJK program.Esok-esoklah saya tanyakan kembali, kalau-kalau belum dipadam fail itu.

Grass is greener on my side

Tamat peperiksaan kertas terakhir hari Rabu itu saya bersenang-senang di Central Library, kemudian bergegas ke Restoran Ning di tengah bandar Manchester. Kami punya tetamu hari ini, sekumpulan 30 pemimpin pelajar dari 19 IPTA di Malaysia, datang berkunjung ke Manchester setelah dua malam di London. Wakil Malaysian Student Society of Manchester (MSSM) menemani mereka untuk program sebelah pagi, tengahari itu kesemua wakil daripada Kelab Umno Salford & Manchester (KUSMA), dan Malaysian Community of Old Trafford (MCOT) turut serta untuk menyambut kehadiran mereka. Petangnya ber’barbeku’ (ayam yang siap dimasak di kedai pun!) di Platts Field, terus mereka dibawa ke kediaman-kediaman pelajar Manchester untuk bermalam (rumah saya juga).

Encik Anas a.k.a. boss memberi ucapan


Tidak banyak yang kami bincangkan bersama malam itu, barangkali semuanya keletihan.

And I, I was a bit disappointed.

They were not as what I expected them to be. Full stop.

Though people keep saying that grass is always greener on others’ side, I know for sure that mine is the greenest of all.

Alhamdulillah.

LOTR : A Brief Reflection

Terlambat benar saya menonton filem Lord of The Rings. Saya tidak tertarik untuk menonton filem ini ketika awal tayangannya. Cuma tergerak untuk meminjam DVD daripada seorang teman. Sudah hampir dua semester ketiga-tiga DVD filem trilogi berada dalam simpanan, baru sekarang ini saya punya masa untuk menonton. Dan sungguh saya terkesan dengan jalan ceritanya, juga teknik CGI yang digunakan.

Barangkali sekarang ini adalah masa yang paling tepat untuk saya menonton filem tersebut. Jika bukan sekarang, sudah pasti dialog antara Frodo dan Gandalf tidak akan meninggalkan bekas di hati saya. Frodo yang kekalutan, menyesali takdir yang membawa cincin tersebut kepadanya:

Frodo: I wish the ring had never come to me. I wish none of this had happened.

Gandalf: So do all who live to see such times. But that is not for them to decide. All we have to decide is what to do with the time that is given to us.

Semasa di sekolah dan kolej dahulu, jika mengenang begitu banyak masalah, lebih-lebih apabila teringatkan bukan sedikit cabaran yang melanda, tambah lagi jika terimbau kegemilangan Islam dahulu, saya jadi putus asa. Pernah saya mengeluh kepada seorang teman, kenapalah saya dilahirkan pada saat Islam hilang kekuatannya, dan saya yang kerdil ini terperangkap dalan segenap kemaksiatan yang mengancam dari setiap sudut. Dan teman saya itu bijak menjawab, adakah ketika Islam berada di puncak tiada langsung masalah? Belum pasti kita akan berada dalam iman, kerana bukan sedikit kekeliruan yang ada ketika itu. Benar. Benar sekali. Benar bahawa it is not for me to decide. Apa yang mampu kita putuskan sekarang, seperti kata Gandalf, adalah apa yang bakal dilakukan dengan masa yang ada.

Paling saya takuti ada kepenatan dalam berjuang. Bukan sekali ada bisikan, terutama tatkala keletihan datang, ‘kenapalah aku mesti bersusah-payah sebegini, lebih senang jika aku cuma belajar sahaja tanpa perlu fikirkan perkara-perkara lain?’. Juga ketika saya buntu dalam mencari jawapan untuk sekian banyak persoalan, yang menyebabkan saya ingin sahaja menyimpan kebenaran untuk diri sendiri. Tetapi jalan perjuangan adalah jalan yang tidak membenarkan anda berpatah balik. No way out. Jalan sehala yang belum pasti kita akan sempat sampai ke penghujungnya. Islam tidak akan sampai kepada saya jika para as-sabiqun dan al-awwalun cepat kalah dengan kepenatan seperti saya.

Saya terkesan benar dengan dialog antara Eowyn, watak yang paling saya senangi dalam filem ini, dengan Aragorn:

Eowyn: Women of this country learned long ago that those without swords may still die upon them. I fear neither death nor pain.

Aragorn: What do you fear, my lady?

Eowyn: A cage. To stay behind bars until use and old age accept them and all chance of valor has gone beyond recall or desire.
Aragorn: You are a daughter of kings, a shieldmaiden of Rohan. I do not think that will be your fate.

Sering saya dengari, para pejuang yang menegakkan kebenaran serta keadilan tidak pernah takut akan kematian. Dan semestinya saya menyetujui bahawa adalah lebih perit untuk hidup terkurung, hilang kebebasan untuk menikmati hak sendiri – adakah anda rela untuk hidup senang secara artificial sedangkan hak yang sepatutnya boleh dinikmati dilupakan – hak untuk bersuara, hak untuk kehidupan yang lebih selesa?

Ya, saya mahu mencuri semangat Eowyn.

Anda bagaimana?

p.s. Saya tergelak paling besar pada ketika Death Rider mengatakan ‘No man can kill me!’ , dan dijawab oleh Eowyn ‘I am no man’. Barangkali individu yang menghidupkan Death Rider, tidak begitu spesifik ketika membacakan jampi..hehe