Manchester United


Ya, saya penyokong separa kuat pasukan Manchester United.
Ya, saya berumahtangga di Old Trafford, berposkod yang pangkalnya M16 sama seperti alamat Theatre of Dreams.
Ya, saya hafal semua nama pemain pasukan itu, bilangan gol dan entah apa-apa lagi trivia mengenai tim tersebut.

Tetapi tidak, saya tidak sama sekali menyokong usaha membawa masuk pasukan kegemaran saya itu ke Malaysia, lebih-lebih lagi untuk sambutan kemerdekaan – itu satu ironi yang tak masuk akal!

Hello, kita menyambut hari kemerdekaan, ok? Hari kita memperingati susah-payah, jerih-perih, pahit-maung orang-orang terdahulu, yang rasa-rasanya bukan main benci melihat bangsa penjajah ini tetapi kita beria-ia mahu mereka datang, bukanpun memberi keuntungan kepada orang kebanyakan, malah menghabiskan lagi wang mereka (yang sudahpun banyak dihabiskan untuk mengundi Mila AF5). Eh, saya kan penyokong kuat Man U – mestilah nak pakai jersi original (harga sekarang £44.50, darabkan dengan 6.8 untuk anggaran nilai dalam RM) semasa menonton perlawanan nanti, baru ‘cool’. Beraksesori Man U tidak tiruan itu juga wajib qat’ei untuk pergi menonton.

Yang saya maksudkan dengan ‘kita’ yang berusaha membawa masuk itu tentulah menteri-menteri, para umara’ yang saya kasihi, termasuklah menteri sukan (yang menyumbangkan £500 kepada pelajar Malaysia di Manchester untuk pembangunan sukan, terima kasih daun keladi), dan oh, Perdana Menteri juga! Adakah kita semua memang berkiblatkan barat hingga pada hari sebegini (sudahlah memang dikotorkan dengan segala macam pesta bersukaria) pun kita masih mahu mengagungkan British? Aduhai..

Apa lagi yang mahu dibawa masuk? 2-3 bulan lepas Menteri Penerangan berura-ura mahu mengimport lebih banyak filem British ke Malaysia, katanya produk British lebih bermoral dan penuh dengan nilai-nilai murni berbanding filem Amerika. Lagi, kompleks sukan yang entah berapa juta pound sterling yang akan dibina di London untuk melatih atlet Malaysia supaya cemerlang hingga ke peringkat dunia (sila betulkan fakta ini jika salah). Apa lagi?

Peraturan adalah peraturan. AFC memang patut bertegas!

p/s: Ya, saya tahu tidak adil saya membebel begini, saya ada peluang untuk menonton sendiri perlawanan di Stadium, tetapi die-hard-fan di Malaysia tidak. Oh, tolonglah! The point is – it is for the celebration of our Hari Merdeka!

Advertisements

3 comments

  1. I dont care whether they (MU) are here or not,
    but I think, Its just a way Msia promote itself as a tourism destination, by attaching to well known entities, London’s public transport another example, it works, Malaysia was voted as no1 tourism destination for 2007 in a tourism mag in the States

    I think MU comin here is in the package with the tourism Malaysia collaboration, but comin here during the Merdeka day, does sound ironic like ud mentioned

    u berumahtangga there…or akan? hehe

  2. The banner is on the wall of the stadium, isn’t it? Nak bangga ke tanak bangga ni? Hurm…

    I know I said I was going to see them in Malaysia. But it was all just talk. I don’t think I culd sneak out of the house, and anyway, Malaysia at night scares the hell out of me.

    If the effort to bring Man U to Msia is initiated by some other money-oriented agencies, I would not be so against it. But when our ‘beloved’ PM and few of his ministers started making stupid comments, I got really pissed off. Like I told you before, politikus Melayu semenjak dua menjak ni semakin ketara bodohnya! Bukan mereka tak mampu nak ke UK dan tonton Man U di Old Trafford!!!

    Lagi, kenapa it must be during Merdeka Day celebration. Tahun lepas2 boleh pulak datang time lain?

  3. Hafiz & Haz,

    I think what Air Asia & Tourism Malaysia do, by being one of the sponsors of th club is undeniably good in promoting our country. See the banner? That’s well-hanged at the stadium, yes,at the theatre of Dreams, 10 000 miles away from Malaysia(But unexpectedly I didn’t feel any spark out pride when I first saw it..huhuh..tatau nape).

    But it disturbed me that they are coming to entertain us during our Merdeka day celebration. I agree with Haz, come at another time, not at this event, pls.

    Oh, another one: berumah tangga as in ‘berumah’ & ‘bertangga’..hehe

    Not any time soon.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s