Nuclear anyone?



The red balloon diaries *3
Originally uploaded by cattycamehome.

Belum habis berkisah tentang loji nuklear yang bakal dibina kerajaan British.

Semalam, dek ketidakmampuan untuk melelapkan mata saya merayau-rayau lagi di laman-laman web. Bertemu laman web Green Peace, yang secara jelas dan nyata menentang usaha mendirikan loji nuklear itu. Katanya, meskipun alasan utama pembinaan itu adalah untuk mengurangkan pembebasan gas karbon dioksida, itu adalah tidak signifikan – kadar gas rumah hijau itu hanya berkurang sekadar 4%! Malah mereka mengecam pelaksanaan rancangan itu kerana perancangan itu tidak mampu mengatasi masalah ketidakcukupan tenaga yang dihadapi, kerana loji hanya akan mula beroperasi sekitar 2017.

Banyak lagi argumen yang diketengahkan, dan mungkin ada benarnya. Memang tidak mudah – memang banyak masalah! Mereka memberikan alternatif: lebih baik jika kerajaan berusaha lebih gigih untuk mengurangkan kadar penerbangan- hapuskan penerbangan domestik yang tidak perlu contohnya – yang merupakan penyumbang utama pemanasan sejagat dek kadar pelepasan karbon dioksida yang tinggi. Ya, saya pernah membaca tidak lama dahulu, beberapa pihak yang mengecam Tony Blair tidak cukup mesra-alam sekitar kerana bercuti di luar negara setiap tahun, sekaligus turut menyumbang kepada masalah ini.

Memang mantap! Pemimpin bukan kalis kritikan, dan seharusnya mereka menunjukkan contoh paling baik –

p/s: PM Malaysia terbang ke Perth khabarnya dengan kekerapan yang besar juga : tiada yang mahu membangkitkan isu ini?

Advertisements

2 comments

  1. There is no way we gonna have nuclear power plant even in 50 years time – we got other alternatives, hydro for example (this remind me of the one near my house) – and obviously, is there anyone who cares about cutting carbon emission in Malaysia anyway 😛

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s