Saya, Sarah dan AlHambra.


Saya jatuh cinta dengan Granada. Justify Full

Dua hari dua malam di bumi bersejarah ini nyata tidak cukup untuk memuaskan hati saya. Tetapi perancangan tetap perancangan, bumi Granada yang menyimpan Kota Alhambra terpaksa saya tinggalkan, berangkat ke Cordoba dan seterusnya ke Seville.

Entah bila akan kembali bersua- saya dan Alhambra.

Entah bila akan kembali bersua – saya dan Pakcik Miguel, penjaga Posada Dona Lupe yang mesra itu.

Entah bila akan kembali bersua – saya dan Sarah, gadis Kanada yang periang itu.

Kami (Saya, Hanee, Hasnidar, dan Hakimah) tiba di Granada hampir pukul sembilan malam, tetapi ketika itu remang-remang senja baru sahaja kelihatan. Perjalanan jauh Madrid-Granada agak membosankan, melalui tanah kering umpama gurun, ladang zaitun yang terbentang luas. Hanya ketika merentasi Jaen, baru terlihat gunung-ganang. Memang pemandangan yang berbeza, tetapi jika hampir tujuh jam disua pemandangan yang sama, mata tidak akan mampu menahan kantuk.

Barangkali pemandu bas ekspres itu tidak pasti di mana Estacion de Autobuses, destinasi akhir kami, dua-tiga kali berpusing di roundabout yang sama, hingga riuh-rendah keadaan di dalam bas itu dengan jeritan penumpang yang mahu menjadi pemandu arah. Tetapi itu telahan saya semata: masih terpinga dengan bahasa Sepanyol yang dituturkan.

Pelan seterusnya untuk sampai di Posada Dona Lupe, rumah tumpangan kami dua malam ini: naik Bas 33 terus ke Plaza Nueva, kemudian bas 30/32 ke Alhambra. Ya, terus ke Alhambra, kerana Dona Lupe itu, betul-betul di hadapan pintu masuk Alhambra! Tetapi itu teori sahaja, kerana entah di mana perhentian Plaza Nueva itu pun saya tidak pasti. Ditaklifkan sebagai amirah perjalanan (Sungguh kejam kalian!), maka sesuka hati saya membuat arahan untuk turun di satu stop- just to find out that we stopped too early – dan Plaza Nueva itu nun masih jauh di hadapan sana!

Dan ketika di pangkal Avenida de Colon, berkira-kira untuk menaiki teksi (dan menghadapi communication breakdown yang sangat horrible), seorang gadis menegur (dalam bahasa Inggeris, alhamdulillah!)- bertanya jika kami memerlukan bantuan. Terdengar kami berbalah dalam bahasa Melayu, gadis itu bertanya:

‘Are you from Malaysia?’
‘Yes. Why? Have you been there?’, saya mengagak kerana jika tidak bagaimana dia boleh menelah begitu, kan?
‘Oh my God’ Riak wajah super excited.

Kenapa?

‘I’ve been to Malaysia before. I worked there for one month.’
‘Really?’

Dan semudah itu persahabat bermula. Namanya Sarah, bekerja di Granada, berasal dari Kanada. Asalnya Sarah dan sekeluarga tinggal di Granada, tetapi kemudian keluarganya kembali ke Kanada, sedang dia bertekad untuk tetap di situ, menyambung pengajiannya. Barangkali mengambil a year out, dia ke Malaysia, kemudian kembali ke Granada- bukan untuk menyambung pengajian, tetapi untuk tetap terus di situ.

‘Don’t worry, we’ll walk together to Dona Lupe. I know that place’

Hanya Tuhan yang tahu betapa bersyukurnya kami!

Sungguh Sarah amat teruja bertemu kami. Sepanjang Gran via De Colon itu kami berbual: Sarah bekerja di Pulau Perhentian semasa di Malaysia dahulu. Sangat cantik, dan dia memang bercadang untuk kembali ke Malaysia.

‘Guys, I have something to ask , but I am not sure if you will do that for me,’ Sarah bertanya teragak-agak.

Apa pula?

‘ Could you please sing a song for me?’

Hah? Menyanyi lagu sambil menarik beg 12kg malam-malam begini?

‘Kau Ilhamku. Please? I really, really love that song’

Saya tersengih. Segannya!

‘Why don’t you two sing together?’ Saya mencadangkan, kerana Hasnidar sudah bersetuju untuk menyanyikan lagu itu.

Dan nyata, Sarah memang fasih menyanyikan lagu itu dan saya, mahu tidak mahu turut menjadi penyanyi jalanan, kerana mereka sekali-sekala terlupa lirik, dan saya sememangnya hafal lirik lagu itu terpaksa juga mengeluarkan suara untuk memastikan irama tidak terhenti.

Sampai ke Granada lagumu Manbai!

***************************************

Saya sebutkan sebelum ini, rezeki di tangan Allah. Seminggu sebelum berangkat sudah kami ketahui tiket masuk ke Alhambra sudah sold out.Fully booked from 1 April until 17 April, itu kata receptionist yang kami hubungi. Kecewa yang teramat, kerana apalah guna ke Spain jika tidak menjejak Alhambra? Tetapi masih ada secebis harapan, kerana kata receptionist itu, if we are lucky enough on that day, we can get the ticket. Dan alhamdulillah, kami masih berpeluang masuk ke alhambra, setelah beratur lebih satu jam!

Kota Alhambra memang menakjubkan. Saya terpegun lama di setiap binaan, berusaha memanjangkan imaginasi – dan ayat yang terngiang-ngiang di telingan sepanjang ketakjuban itu hanya satu: Fa biayyi aala’i rabbikuma tukazziban? : Dan nikmat Tuhanmu yang manakah yang ingin kamu dustakan? Ayat yang diulang-ulang dalam Surah Ar-Rahman itu mendatangkan sebak di dada: Sebegini besar nikmat yang diberi oleh Allah: kerajaan yang mewah lagi kukuh, pintu pengetahuan yang dibuka luas untuk mereka, tetapi akhirnya sisa-sisa inilah yang ditinggalkan.

Sesungguhnya Allah akan menggantikan sesuatu kaum dengan kaum yang lain, apabila tanggungjawab menegakkan kalimah Allah diabaikan, apabila amar makruf nahi mungkar hanya tinggal slogan. Alhambra terbina bukan ketika Muslim Sepanyol di era kegemilangan, itu kata Chris Lowney penulis buku ‘A Vanished World: Muslims, Christians and Jews in Medieval Spain’ yang menemani saya sepanjang jaulah ini. Alhambra tetap kukuh ketika Sevilla dan Cordoba jatuh ke tangan Kristian bukan kerana kekuatannya, tetapi kerana pemimpinnya yang banyak berkompromi dengan kerajaan Kristian. Tidakkah besar dosa, bukan sahaja tegar membiarkan Sevilla jatuh ke tangan Fernando III, malah menyumbang 500 kontijen tentera untuk menghancurkan kerajaan Islam Sevilla?

Ya, kekuatan dan kemewahan merupakan ujian besar yang begitu mudah menyesatkan. Islam di Sepanyol bebas dan merdeka dari dinaungi Khalifah di Damsyik- malah Abdul Rahman III mengguna pakai panggilan ‘Khalifah’ instead of ’emir’. Kekuatan menyaksikan kerajaan-kerajaan di Sepanyol merasakan mereka boleh berdiri sendiri: melahirkan persaingan yang tidak perlu, kerajaan mana yang lebih kaya dan kuat ketenteraannya.

Dan apabila AlQuran cuma sekadar bacaan, seperti yang ditulis: Muslim Spain’s elite defied the Quran by besotting themselves on Spanish wines, from grapes grown in Muslim-owned vineyards, no less’, maka tunggulah balasan dari Allah.

Dan saya bertanya sendiri: kita di mana sekarang? Jika kata-kata ‘sejarah bakal berulang’ itu benar, maka apakah yang dapat melindungi saya dari bala Allah atas segala perintahNya yang tidak tertegak?

Apakah yang dapat melindungi kita daripada balasan atas perbuatan kita membiarkan zina berleluasa di tanah air sana?
Apakah yang biasa menghalang kemurkaan Allah atas dosa membiarkan bukan seratus orang Islam menukar agama?
Apakah yang mampu menahan kemudaratan yang bakal menimpa kerana kealpaan kita dalam kesenangan dunia?

Mohon rahmah dan maghfirahMu duhai Tuhan!

Advertisements

6 comments

  1. Dil,

    Pray that you’ll be there someday. So many lessons to be learned.

    Eli,
    alhamdulillah, Ada lagu pasal alhambra? tak pernah tau pun.

  2. eee… ni pon baru blk jugak dr spain.. kita tinggal di hostel yg sama di granada!

  3. bilekah saye pule akan sampai ke bumi sepanyol itu?sungguh cemburu melihat anda dan kawan-kawan ke sane..hihi..buboh la byk2 lagi pic kat cni..bleh tengok 😉

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s