Nota dari Alhambra


Ya, satu pengajaran paling besar yang saya pelajari dua hari ini : Jika anda bertawakal dan menyerahkan sepenuhnya pergantungan anda kepada Allah, nescaya akan tiba pertolongan dariNya. Tetap berdoa, itu senjata.

Pertama, keselamatan yang setakat ini alhamdulillah masih terjaga. Malam pertama, kami tidur di Lapangan Terbang Gatwick. Backpacking biasanya memang melibatkan aktiviti ini, tetapi menjadi anak perempuan yang terbiasa dijaga rapi oleh ayah, saya sedikit risau. Tidak berani memberitahu emak dan ayah. Tidak tidur malam andainya jika ayah tahu, sedang keluar ke Banting semasa di kolej dulu pun, sekurang-kurangnya sekali ayah akan menelefon.

Kedua, perjalanan yang alhamdulillah dipermudahkan. Tiba di Lapangan terbang Madrid, saya memang sudah tahu arah tuju – stesen Metro, naik line 8 terus ke line 6 untuk ke Estacion de Autobuses, tetapi begitu banyak route yang berselirat, kami sedikit ragu, mujur mulut ramah bertanya gadis Sepanyol yang senyap di sebelah, terus berbual sehingga sampai di Line 6, kami berpisah – setelah ditunjukkan jalan dan menerima tips-tips yang berguna.

Yang paling menarik, tentulah di Granada ini. Bertemu Sarah, gadis Kanada yang peramah. Ada cerita sangat menarik -tunggulah esok lusa saya poskan entri baru.

Hakimah sudah menghantar mesej menyuruh pulang ke bilik segera.

saya sambung kemudian hari¨entri ini.

doakan keselamatan saya

Doña Lupes,
alhambra.

Advertisements

3 comments

  1. Selamat atau tidak, betul, itu kerja Tuhan. Kita sudah berusaha menjaga diri, selebihnya serahkan pada-Nya sahajalah.Kalau nawaitu baik – ini aku belajar dari Ayah yang sering kembara ke sana-sini memenuhi tuntutan penganjuran kursus dan jemputan berceramah tak kira siang malam – insya Allah, perjalanan direstui.

    -Becky.

    P.S. Alasan untuk kembara seorang diri lagi~
    Jangan lupa kongsi ilmu dari bumi Andalus!

  2. Oh, don’t believe in that rumour. Next stop is Egypt. Have cancelled the plan to see my new nephew/niece. Hehe..partly because the budget is not on my side.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s