Month: April 2007

No act of kindness is ever wasted…

Bumi Sepanyol memang mengajar saya banyak perkara. Bermula dengan kisah kegemilangan Islam yang sarat dengan seribu satu pengajaran, saya banyak belajar dengan sikap individu-individu yang saya temui sepanjang jaulah ini. Sikap ingin membantu walaupun mempunyai kekangan- yang paling utama tentulah bahasa- terkesan benar di hati saya.

Sahabat-sahabat yang bersama saya sepanjang perjalanan ini memang mengakui, malah itu adalah antara konklusi yang kami sama-sama persetujui : Semangat ingin membantu mereka itu amat mengharukan.

Hari pertama di Granada (severe communication breakdown).

Sehingga petang kami menikmati keindahan Alhambra, pulang ke Dona Lupe, kemudiannya keluar kembali untuk makan. Periuk nasi dan cerek elektrik (kedua-duanya saiz mini) memang dibawa, malangnya tiada siapa yang ingat akan fakta bahawa sistem plag di Eropah tidak sama dengan UK, maka sehingga hari kedua kami masih belum boleh memasak secara proper. Jadi petang itu, mahu tidak mahu terpaksalah berusaha mencari adaptor yang membolehkan plag 3 pin pada alatan elektrik kami berfungsi. Masalahnya sekarang: buku frasa yang dibeli Hanee di carboot itu tidak mempunyai entri untuk adaptor, dan kami tidak tahu di mana boleh kami mendapatkannya , tiada kedai elektrik yang kelihatan.

Maka bermulalah explorace kami di kota Granada semata-mata untuk makan nasi (aduhai, susah benar kalau perut tidak boleh kenyang dengan kebab dan sandwic sahaja!). Saya awal-awal lagi kurang berminat untuk berusaha bertutur bahasa Sepanyol, maka tugas itu diserahkan pada Hanee, Hasnidar dan Hakimah (mereka berjawatan PR); saya senang membaca peta (alhamdulillah, sense of direction saya berfungsi baik, buku ‘Why Men Don’t Listen & Women Can’t read Maps tidak sesuai untuk saya..heheh)

Mula di Gran Via De Colon. Menyusuri jalan besar yang meriah itu kami hampa, tak kelihatan satu kedai elektrik pun.

Kalau bukan di kedai elektrik, kedai apa lagi?

Ternampak kelibat seorang lelaki menjinjing beg plastik berisi groceries ‘MACEDONIA’- di supermarket mungkin ?

Maka bermulalah aktiviti mengejar lelaki itu. Barangkali dia baru pulang dari kerja, terus supermarket membeli barang. Hampir breathless kami mengejarnya, dan dia tidak menyedari pun, tetapi akhirnya entah mengapa dia berhenti di tepi jalan – Hanee dan Hasnidar pantas mula bertanya soalan : where did you buy these groceries? (Dalam hati saya terfikir, mesti pakcik ni rasa sengal, ‘budak-budak perempuan ni dah tak ada kerja ke mengekor aku semata-mata kerana beg plastik ni’). Mujur lelaki itu boleh berbahasa Inggeris dan dengan murah hatinya mendermakan peta yang dimiliki, memberitahu selengkap boleh direction ke supermarket bernama MACEDONIA itu, walaupun dia sendiri baru seminggu di Granada dan nampak keletihan benar.

Masih kekecewaan. MACEDONIA itu jauh benar, dan remang senja musim bunga itu sudah mula kelihatan sekitar pukul lapan malam. Perut bakal kelaparan, kebab di Baraka dan air lemon yang enak sahaja sudah tentu tidak dapat memenuhkan perut. Masih mahu nasi, jadi mesti mencari adaptor hari ini juga!

Masih di Gran Via De Colon.

Hakimah berusaha mencari translasi dalam buku frasa. Hanee dan Hasnidar bertanya satu dua pejalan kaki, namun kedai terdekat yang ditunjukkan sudah tutup.
Tiba di simpang. Hanya mengikut rentak kaki, untung-untung ketemu kedai yang dicari.

Kedai menjual mobile – Orange?

Tanya sajalah, siapa tahu kalau ada dijual di situ?

Gadis salesgirl masih ada di kedai itu, walaupun sebenarnya sudah hampir pukul 8.30 malam. Maka bermulalah episod ‘itik dengan ayam’, gadis itu tidak tahu berbahasa inggeris, dan kami hanya tahu sepatah dua, usaha membina ayat dikaburi pula kesilapan membunyikan perkataan. Tetapi gadis itu tidak mahu berputus asa menolong kami, kini menggunakan isyarat tangan pula, bersulam gelak ketawa: betapa susah untuk meggambarkan barang yang kami cari dengan isyarat tangan semata. Riuh satu kedai kecil itu kerana masing-masing cuba untuk memahamkan yang lain tentang apa yang ingin diperkatakan. Akhirnya gadis itu dapat juga menangkap apa yang yang kami cari, menuliskan di atas sehelai kertas nama kedai di hujung jalan itu, serta apa yang perlu kami katakan kepada tuan kedai itu nanti. Enchufe adalah plag, bukan adaptor. Nama sebenar adaptor adalah pedir la dreon.

Kedai di hujung jalan yang gadis itu maksudkan sudah tutup walaupun kami bergegas sepantas boleh ke sana, benar kata orang, kalau memang tiada rezeki, tiada apa yang boleh kami lakukan. Hari itu kami masih gagal itu mendapatkan pedir la dreon, sekaligus gagal untuk menanak nasi!

Bukan sekali kami ditolong dengan bersungguh-sungguh di Espana. Tips yang kami pelajari, berusahalah mengambil hati mereka dengan bertutur dalam bahasa Sepanyol. Benar sekali, no act of kindness is ever wasted, no matter how small, dan pertolongan mereka itu saya abadikan dalam entri ini. Mudah-mudahan attitude yang sama boleh saya tanam dalam diri.

Anyway, tentang adaptor yang kami cari itu, berjaya kami dapatkan sebelum berangkat ke Cordoba, membeli empat sekaligus, just to find that when we reached Cordoba, the rice cooker was accidentally left in Granada! Tak berjaya juga makan nasi!

Advertisements

I need you like water…

*Warning:This is a badly-written entry.

Water Stairway, Generalife





Currently struggling to finish my Introduction to Environmental Technology coursework on Water Treatment,and came across this wonderful website – giving loads of simple practical things we can do to reduce water consumption. Small things count, remember?

http://www.epa.gov/water/citizen/thingstodo.html

To encourage you more to adopt these simple solutions, I have some proofs of the importance of water conservation from the article I mentioned previously on Rasulullah p.b.u.h as a pioneer in environmentalism.

Islam values water, and has its important addressed clearly in the Holy Book :

We made from water every living thing. (Quran 21:30)

The Quran constantly reminds believers that they are but the guardians of Allah’s creation on earth and that they should never take this creation for granted:

Consider the water which you drink. Was it you that brought it down from the rain cloud or We? If We had pleased, We could make it bitter. (Quran 56:68-70)

And if Rasulullah p.b.u.h particularly warned against water pollution by forbidding urination in stagnant water.

Saving water and safeguarding its purity were two important issues for Muhammad — we have seen that his concern about the sustainable use of water led to the creation of forbidden zones in the vicinity of water sources. But even when water was abundant, he advocated thriftiness. He recommended that believers perform ritual ablutions no more than three times, even if they were near to a flowing spring or river. The hadith collector Al-Bukhari added:

The men of science disapprove of exaggeration and also of exceeding the number of ablutions prescribed by Muhammad.

I guess it is more than enough to convince myself to start thinking that every drop of water is now valuable.

Just coming back from Spain, where the architecture and landscaping is largely water-based (mentioned not once in Alhambra audio guide), small fountains are placed in rooms and halls (basically due to water calming effect). One of the most wonderful creation in Generalife is the famous Water Stairway, which had the poet Juan Ramon Jimenez stunned by its beauty and left his impressions:

‘..I heard the music of water more and more yet at the same time less;
less because it was no longer an intimate of mine;
the water was my blood, my life and I heard that the music of my life and blood is the running water.’

Hati rasa cemburu…

My Greatest Need is You

Your hope in my heart is the rarest treasure
Your Name on my tongue is the sweetest word
My choicest hours
Are the hours I spend with You —
O Allah, I can’t live in this world
Without remembering You–
How can I endure the next world
Without seeing Your face?
I am a stranger in Your country
And lonely among Your worshippers:
This is the substance of my complaint.

Saya ketemu syair Rabiah al-Adawiyah, ahli sufi terkenal zaman Abbasid itu. Pernah membacanya sebelum, pernah juga jatuh cinta dan saat ini saya jatuh cinta sekali lagi dengan bait-bait munajatnya. Dan yang paling utama, saat ini saya rasa cemburu yang tak terhingga dengan keintimannya dengan Rabb. Terasa betapa jauhnya saya dengan kelazatan mencintai Rabbul Izzati.

Betapa susah untuk merasa rindu padaNya, di tengah-tengah kesibukan duniawi yang menawarkan sekian banyak cinta – saya ketemu lagu ini juga. (Ramai yang menggemarinya, dan saya juga suka dengan liriknya)

Atas Nama Cinta (UNIC)

Tika mata
Diuji manisnya senyuman
Terpamit rasa menyubur harapan

Dan seketika
Terlontar ke dunia khayalan
Hingga terlupa singkat perjalanan
Tersedar aku dari terlena
Dibuai lembut belaian cinta

Rela aku pendamkan
Impian yang tersimpan
Enggan ku keasyikan
Gusar keindahannya
Merampas rasa cinta
Pada Dia yang lebih sempuna

Bukan mudah
Bernafas dalam jiwa hamba
Dan ku cuba
Menghindarkan pesona maya
Kerna tak upaya ku hadapinya
Andai murka-Nya menghukum leka

Di atas nama cinta
Pada yang selayaknya
Kunafikan yang fana
Moga dalam hitungan
Setiap pengorbanan
Agar disuluh cahaya redha-Nya

Biar sendiri hingga hujung nyawa
Asal tak sepi dari kasih-Nya
Kerna sesungguhnya hakikat cinta
Hanya Dia Yang Esa

Saratkan hati ini dengan cinta hakiki
Sehingga ku rasai
Nikmat-Nya
Syurga-Nya
Cinta-Nya

Tak tertahan rasa cemburu dengan Rabiah al-Adawiyah, maka harusnya saya segera perkuat mujahadah- hingga hujung nyawa!

MMLG 2007 – 3 Hari Lagi!


Langkah derhaka tinggalkan istana

Mengikut nafsu bawa bencana

Rindu dan cinta seksa merana

Pulang mencari ampunan kekanda..

Abang Taufiq, abang mana? Tempat ni sangat teruk.. Abang Taufiq, kenapa kami tak jumpa abang? Aisyah dah penat.. kat sini panas sangat.. bau pun busuk.. bau orang mati.. Aisyah rindukan abang.. Abang, beg Aisyah dah hilang. Semua baju Aisyah. Barang Aisyah. Macam mana Aisyah nak cari abang? Tapi Aisyah nak jumpa abang.. sampai hati abang tinggalkan Aisyah macam tu aja.. baliklah abang.. abang Taufiq.. Aisyah minta maaf.. “


Harum Cinta Aisyah…

…menanti tidak di dunia.

************ ********* ********* ********* ********* ********* ********* ********* ********* **

For ticket , contact:

hanee_f@yahoo. co.uk 077 38559494

For more info on this event, go to:

http://mcotladiesga la07.blogspot. com

For promo video on this event:

http://www.youtube. com/watch? v=iCtuhuooDSY

For online donation, do so via this account:

Name: Anisah Mohd Saleh Account no: 64534719 SC:400500 Ref: Ladies Gala (All donation goes to Muslim Aid)

MMLG 2007- 4 hari lagi!

“Abang, Aisyah minta ampun abang. Sesalnya Aisyah, tak terkata.Rindunya hati, tak tertanggung lagi. Tapi abang di mana?Sampai hati tinggalkan Aisyah.Tak sayangkah? Tak cintakah? Aisyah tahu, Aisyah salah. Dan Aisyah akan cariabang. Aisyah akan buktikan cinta Aisyah, Aisyah sanggup berkorban apa sahajauntuk dapatkan abang.”

BLOGGER_PHOTO_ID_5053992825119016866

Harum Cinta Aisyah…

…menanti tidak di dunia.

**************************************************************************************

For ticket , contact:

hanee_f@yahoo.co.uk 077 38559494

For more info on this event, go to:

http://mcotladiesgala07.blogspot.com

For promo video on this event:

http://www.youtube.com/watch?v=iCtuhuooDSY

For online donation, do so via this account:

Name: Anisah Moh Saleh Account no: 64534719 SC:400500 Ref: Ladies Gala (All donation goes to Muslim Aid)

Donde? Donde?**

**Regarded as the most useful word in our journey through Andalucia (meaning: Where? where?)
Patio de la Acequia, Generalife, GRanada

Granada, from Alcazaba

Alcazar, Seville


Alcazar, Seville

Mezquita de Cordoba, Cordoba

Gran via de Colon, Granada

Saya, Sarah dan AlHambra.

Saya jatuh cinta dengan Granada. Justify Full

Dua hari dua malam di bumi bersejarah ini nyata tidak cukup untuk memuaskan hati saya. Tetapi perancangan tetap perancangan, bumi Granada yang menyimpan Kota Alhambra terpaksa saya tinggalkan, berangkat ke Cordoba dan seterusnya ke Seville.

Entah bila akan kembali bersua- saya dan Alhambra.

Entah bila akan kembali bersua – saya dan Pakcik Miguel, penjaga Posada Dona Lupe yang mesra itu.

Entah bila akan kembali bersua – saya dan Sarah, gadis Kanada yang periang itu.

Kami (Saya, Hanee, Hasnidar, dan Hakimah) tiba di Granada hampir pukul sembilan malam, tetapi ketika itu remang-remang senja baru sahaja kelihatan. Perjalanan jauh Madrid-Granada agak membosankan, melalui tanah kering umpama gurun, ladang zaitun yang terbentang luas. Hanya ketika merentasi Jaen, baru terlihat gunung-ganang. Memang pemandangan yang berbeza, tetapi jika hampir tujuh jam disua pemandangan yang sama, mata tidak akan mampu menahan kantuk.

Barangkali pemandu bas ekspres itu tidak pasti di mana Estacion de Autobuses, destinasi akhir kami, dua-tiga kali berpusing di roundabout yang sama, hingga riuh-rendah keadaan di dalam bas itu dengan jeritan penumpang yang mahu menjadi pemandu arah. Tetapi itu telahan saya semata: masih terpinga dengan bahasa Sepanyol yang dituturkan.

Pelan seterusnya untuk sampai di Posada Dona Lupe, rumah tumpangan kami dua malam ini: naik Bas 33 terus ke Plaza Nueva, kemudian bas 30/32 ke Alhambra. Ya, terus ke Alhambra, kerana Dona Lupe itu, betul-betul di hadapan pintu masuk Alhambra! Tetapi itu teori sahaja, kerana entah di mana perhentian Plaza Nueva itu pun saya tidak pasti. Ditaklifkan sebagai amirah perjalanan (Sungguh kejam kalian!), maka sesuka hati saya membuat arahan untuk turun di satu stop- just to find out that we stopped too early – dan Plaza Nueva itu nun masih jauh di hadapan sana!

Dan ketika di pangkal Avenida de Colon, berkira-kira untuk menaiki teksi (dan menghadapi communication breakdown yang sangat horrible), seorang gadis menegur (dalam bahasa Inggeris, alhamdulillah!)- bertanya jika kami memerlukan bantuan. Terdengar kami berbalah dalam bahasa Melayu, gadis itu bertanya:

‘Are you from Malaysia?’
‘Yes. Why? Have you been there?’, saya mengagak kerana jika tidak bagaimana dia boleh menelah begitu, kan?
‘Oh my God’ Riak wajah super excited.

Kenapa?

‘I’ve been to Malaysia before. I worked there for one month.’
‘Really?’

Dan semudah itu persahabat bermula. Namanya Sarah, bekerja di Granada, berasal dari Kanada. Asalnya Sarah dan sekeluarga tinggal di Granada, tetapi kemudian keluarganya kembali ke Kanada, sedang dia bertekad untuk tetap di situ, menyambung pengajiannya. Barangkali mengambil a year out, dia ke Malaysia, kemudian kembali ke Granada- bukan untuk menyambung pengajian, tetapi untuk tetap terus di situ.

‘Don’t worry, we’ll walk together to Dona Lupe. I know that place’

Hanya Tuhan yang tahu betapa bersyukurnya kami!

Sungguh Sarah amat teruja bertemu kami. Sepanjang Gran via De Colon itu kami berbual: Sarah bekerja di Pulau Perhentian semasa di Malaysia dahulu. Sangat cantik, dan dia memang bercadang untuk kembali ke Malaysia.

‘Guys, I have something to ask , but I am not sure if you will do that for me,’ Sarah bertanya teragak-agak.

Apa pula?

‘ Could you please sing a song for me?’

Hah? Menyanyi lagu sambil menarik beg 12kg malam-malam begini?

‘Kau Ilhamku. Please? I really, really love that song’

Saya tersengih. Segannya!

‘Why don’t you two sing together?’ Saya mencadangkan, kerana Hasnidar sudah bersetuju untuk menyanyikan lagu itu.

Dan nyata, Sarah memang fasih menyanyikan lagu itu dan saya, mahu tidak mahu turut menjadi penyanyi jalanan, kerana mereka sekali-sekala terlupa lirik, dan saya sememangnya hafal lirik lagu itu terpaksa juga mengeluarkan suara untuk memastikan irama tidak terhenti.

Sampai ke Granada lagumu Manbai!

***************************************

Saya sebutkan sebelum ini, rezeki di tangan Allah. Seminggu sebelum berangkat sudah kami ketahui tiket masuk ke Alhambra sudah sold out.Fully booked from 1 April until 17 April, itu kata receptionist yang kami hubungi. Kecewa yang teramat, kerana apalah guna ke Spain jika tidak menjejak Alhambra? Tetapi masih ada secebis harapan, kerana kata receptionist itu, if we are lucky enough on that day, we can get the ticket. Dan alhamdulillah, kami masih berpeluang masuk ke alhambra, setelah beratur lebih satu jam!

Kota Alhambra memang menakjubkan. Saya terpegun lama di setiap binaan, berusaha memanjangkan imaginasi – dan ayat yang terngiang-ngiang di telingan sepanjang ketakjuban itu hanya satu: Fa biayyi aala’i rabbikuma tukazziban? : Dan nikmat Tuhanmu yang manakah yang ingin kamu dustakan? Ayat yang diulang-ulang dalam Surah Ar-Rahman itu mendatangkan sebak di dada: Sebegini besar nikmat yang diberi oleh Allah: kerajaan yang mewah lagi kukuh, pintu pengetahuan yang dibuka luas untuk mereka, tetapi akhirnya sisa-sisa inilah yang ditinggalkan.

Sesungguhnya Allah akan menggantikan sesuatu kaum dengan kaum yang lain, apabila tanggungjawab menegakkan kalimah Allah diabaikan, apabila amar makruf nahi mungkar hanya tinggal slogan. Alhambra terbina bukan ketika Muslim Sepanyol di era kegemilangan, itu kata Chris Lowney penulis buku ‘A Vanished World: Muslims, Christians and Jews in Medieval Spain’ yang menemani saya sepanjang jaulah ini. Alhambra tetap kukuh ketika Sevilla dan Cordoba jatuh ke tangan Kristian bukan kerana kekuatannya, tetapi kerana pemimpinnya yang banyak berkompromi dengan kerajaan Kristian. Tidakkah besar dosa, bukan sahaja tegar membiarkan Sevilla jatuh ke tangan Fernando III, malah menyumbang 500 kontijen tentera untuk menghancurkan kerajaan Islam Sevilla?

Ya, kekuatan dan kemewahan merupakan ujian besar yang begitu mudah menyesatkan. Islam di Sepanyol bebas dan merdeka dari dinaungi Khalifah di Damsyik- malah Abdul Rahman III mengguna pakai panggilan ‘Khalifah’ instead of ’emir’. Kekuatan menyaksikan kerajaan-kerajaan di Sepanyol merasakan mereka boleh berdiri sendiri: melahirkan persaingan yang tidak perlu, kerajaan mana yang lebih kaya dan kuat ketenteraannya.

Dan apabila AlQuran cuma sekadar bacaan, seperti yang ditulis: Muslim Spain’s elite defied the Quran by besotting themselves on Spanish wines, from grapes grown in Muslim-owned vineyards, no less’, maka tunggulah balasan dari Allah.

Dan saya bertanya sendiri: kita di mana sekarang? Jika kata-kata ‘sejarah bakal berulang’ itu benar, maka apakah yang dapat melindungi saya dari bala Allah atas segala perintahNya yang tidak tertegak?

Apakah yang dapat melindungi kita daripada balasan atas perbuatan kita membiarkan zina berleluasa di tanah air sana?
Apakah yang biasa menghalang kemurkaan Allah atas dosa membiarkan bukan seratus orang Islam menukar agama?
Apakah yang mampu menahan kemudaratan yang bakal menimpa kerana kealpaan kita dalam kesenangan dunia?

Mohon rahmah dan maghfirahMu duhai Tuhan!