Betul atau salah?


Beberapa hari lalu saya menonton teater lagi. Kali ini di Library Theatre, St Peter’s Square. Chapter Two tajuknya, kisah seorang lelaki yang ingin memulakan kehidupan baru setelah kematian isterinya. Teater berunsur komedi (dan memang berjaya membuatkan saya ketawa), tetapi masih penuh emosi.

Gian untuk menonton sebenarnya, setelah Cyrano de Bergerac di Royal Exchange Theatre winter lalu hati masih meronta untuk menonton. Tetapi kali ini rasanya agak mengecewakan. Tidak cukup untuk menarik saya masuk ke dalam ceritanya. Bukan salah date saya pada hari itu, Kak Abby, tetapi entah mengapa keluar dari Central Library tidak ada rasa kepuasan sebagaimana ketika menonton Cyrano de Bergerac dahulu. Not emotionally exhilarating enough.

Kisah cinta, kisah jiwa. Itu konklusi yang saya buat. Prop memang kemas, tetapi tidak cukup syahdu untuk sebuah kisah cinta (Afni, ini bukan kisah cinta klasik!). Tetapi tiga jam terperap di kerusi E15 membuatkan saya terfikir banyak, bukan mengenai teater tersebut, tetapi mengenai value system yang dianuti oleh manusia secara umumnya. Saya terpegun (memang, bukan sekali ini sahaja saya berfikir begini) dengan keberanian pelakon-pelakon tersebut. Bukan sedikit adegan kissing (passionately, not just a peck on the cheek), dan saya sama sekali tidak mahu mengatakan ini perkara biasa. Syukur saya masih merasa janggal melihat perkara sedemikian, (saya tidak melihat, melarikan pandangan kerana jijik sebenarnya), kerana jika saya berasakan itu adalah BIASA, maka sebenarnya saya sudah kehilangan nikmat- sensitivi terhadap perkara-perkara yang salah. Lebih memeningkan saya adalah keberanian pelakon wanita tambahan untuk hanya berkemban (saya yakin tiada lapisan tambahan di dalamnya melainkan apa yang zahir)- ya, anda boleh mengatakan itu biasa, mereka orang barat, tetapi adakah moral code yang dianuti mereka asalnya memang membenarkan mereka berperlakuan begitu? (Dalam filem Malaysia pun bukan tiada adegan berkemban, kan?)

Saya yakin tidak. Adegan bercium-ciuman, di dalam bas misalnya, adakalanya masih mengundang ketidakselesaan penumpang lain. Itu yang saya perhatikan di sini. Maknanya, adegan tersebut tidaklah diterima oleh semua British sebagai biasa. Tidak. Adalah lebih salah jika anda sebagai Muslim merasakan itu biasa. Lebih salah jika anda membaca berita tentang 886 daripada 887 gadis di Selangor mengaku pernah melakukan hubungan seks dan merasakan itu perkara biasa. Salah juga jika anda membaca dakwaan penyelewengan kepada Ketua Pengarah BPR Malaysia dan merasakan itu biasa. Amat-amat salah jika anda anda merasakan adegan bercium dan berlaga pipi dalam filem-filem Malaysia sebagai normal. Terlalu besar kesalahan anda jika membaca berita mengenai kemurtadan sebilangan besar penduduk di Malaysia dan merasakan itu adalah biasa, nothing to worry about.

Ya, pada zaman ini kita merasakan seakan there is only a thin line dividing what is right and what is wrong. Betul atau salah wanita menjadi penyanyi? Betul atau salah keluar berpegangan tangan lelaki dan perempuan? Betul atau salah mengundi untuk pelajar Akademi Fantasia?

Mempelajari Theory of Knowledge di Banting dua tahun lepas (or so) membuatkan saya lebih banyak berfikir. Ya, siapa yang menentukan betul atau salah sesuatu perkara? Adakah betul atau salah itu bergantung kepada tempat, di mana anda berada, atau siapa anda, British atau Malaysian? Saya amat yakin bahawa moral code adalah absolute. Menentukan apa yang betul dan apa yang salah tidak boleh disandarkan kepada akal fikiran semata-mata dan berkata I think there’s nothing wrong with kissing in public, saya tak mengganggu orang ramai, cuma buat hal saya sahaja. Saya tidak bersolat dan menutup aurat, dan itu tidak salah kerana saya tidak mengganggu hak-hak orang lain. Daya intelek kita amat terhad. Tidak cukup menggunakan logik sahaja dalam hal-hal begini.

Jadi kepada siapa/apa harus moral code itu disumberkan? Saya ingin sekali menurunkan petikan dari bahagian pengenalan buku tulisan Imam Bukhari, Al-Adab Al-Mufrad:

In societies where laws are man-made, the laws reflect the current values in that society. Society decides what it wants to make legal and illegal and formalises its views into a legal code. Opinions about what constitutes a legal or illegal act change, sometimes diametrically, as values change. When this happens, the law is changed accordingly. the values of the societies, although in many cases deriving their original authority from religious sources, are fixed by societies themselves.There is often a dichotomy between what a society considers legal in a secular sense and what its religious teachings indicate. However, no such dichotomy exists in Islam, because Islam does not divide human life into different compartments. Human life and its activities, in all its facets, are governed by a single system.


Ya, a single system. Sistem yang ditetapkan oleh Allah yang diakui oleh kita yang mengaku Islam sebagai Tuhan. Bagaimana Allah menetapkan apa yang betul dan apa yang salah, itulah yang harus dipatuhi. Sebagaimana Allah menyatakan secara jelas di dalam al Quran, menutup aurat itu wajib. Maka jika tidak menutup aurat, itu salah. Ya, tidak menggangu ketenteraman orang lain, tetapi sedar atau tidak semua hukum-hukum yang ditetapkan oleh Allah yang Maha Bijaksana sebenarnya memelihara interest manusia itu sendiri.

Membaca bahagian pengenalan Ayat-ayat Pilihan Tafsir Fi Zilalil Quran, saya terkesima lagi. Seharusnya kita yang mengaku Islam, disatukan dengan akidah dan ketauhidan yang sama tidak berbalah dalam apa yang betul dan apa yang salah. Conscience yang tertanam di minda kita seharusnya sama, tidak berbeza banyak mungkin. Kenapa?

60. Tidakkah engkau melihat orang.orang yang mendakwa bahawa mereka beriman kepada wahyu yang telah diturunkan Allah kepada engkau dan kepada wahyu yang telah diturunkan sebelum engkau, sedangkan mereka masih ingin berhakimkan taghut meskipun mereka telah diperintahsupaya mengingkarkannya? Syaitan memang bermaksud untuk menyesatkan mereka dengan kesesatan yang amat jauh.

Ya, dalam banyak perkara kita masih mahu berhakimkan taghut meski kita mengaku beriman kepada Allah dan RasulNya. Dalam menentukan right or wrong kita masih mengikut nafsu, yang ditunjuki oleh tidak lain syaitan laknatullah.

As Syahid Syed Qutb menyebut lagi:

Tetapi apabila isu ini dirujukkan kepada dasarnya iaitu kuasa hakimiyah dan kuasa memperhambakan manusia dan kuasa menggubalkan undang-undang, untuk mereka merupakan ciri-ciri utama Uluhiyah yang tiada seorang pun yang beriman kepada Allah sanggup mendakwa dan mengaku mempunyai ciri-ciri itu. Dan orang yang mendakwa mempunyai kuasa hakimiyah dan kuasa memperhambakan manusia dengan undang-undang yang digubalkannya bererti mendakwa mempunyai ciri uluhiyah dan sesiapa yang turut mengakurkan dakwaannya atau berhakimkan kepada undang-undang yang digubalkan dan hasil pemikirannya sendiri untuk orang ramai — kecuali Ia dipaksa menerima undang-undang itu sedangkan hatinya tidak sukakannya atau ia menentang dengan kuasa yang ada padanya atau menentang dengan lidah atau dengan hatinya— maka bererti Ia mengakurkan orang itu sebagai mempunyai ciri Uluhiyah dan seterusnya sesiapa yang menolak berhakimkan kepada syari’at Allah dalam segala urusan kehidupan bererti menolak pengakuan terhadap Uluhiyah Allah S.W.T walau dalam mana-mana aspek alam ini iaitu aspek kehidupan manusia dan sesiapa yang turut mengakurkan penolakannya bererti ia turut berkongsi menolak Uluhiyah Allah S.W.T.”

Menentukan moral code yang seterusnya diterjemahkan sebagai undang-undang seharusnya diletakkan di bawah kuasa Allah, kerana itulah yang selayaknya berlaku setelah kita mengaku bahawa tiada tuhan melainkanNya, dan meyakini ciri uluhiyyah itu kita sewajarnya akur dengan kuasa yang dimiliki Allah sebagai penggubal undang-undang.

Ya, saya tahu ada banyak argument mengenai perkara ini. Ada yang mengatakan mereka percaya dengan hukum yang ditetapkan oleh Allah, tetapi tidak bersetuju dengan tafsiran individu yang diberikan autoriti mengenai hal itu. Anda boleh sahaja mengatakan pendapat Imam Bukhari dan Syed Qutb yang saya sertakan sebelum ini adalah salah, kerana itu tafsiran mereka terhadap al Quran. Saya malah pernah membaca argumen dari golongan feminis, ayat al Quran perlu ditafsir semula kerana semua tafsiran yang ada sekarang mungkin sekali bias, kerana pentafsirnya adalah lelaki. Astaghfirullah! Saya yakin lagi thiqah bahawa pentafsir-pentafsir ini tidak pernah dipengaruhi oleh gender masing-masing dalam memberikan tafsiran. Jika bukan kepada golongan ulama yang anda yakini ilmu (ya, nanti akan ada pula yang menyoal, bagaimana untuk mengetahui seseorang itu boleh dipanggil ulama atau tidak) dan akhlaknya – saya menyebut tentang ilmu dan akhlak, kerana ilmu yang tinggi diterjemah kepada amalan sewajarnya- untuk memberikan tafsiran tentang ayat-ayat Allah. Bukan bermakna saya bertaklid. Sememangnya masih ada ruang untuk menggunakan akal sendiri dan menghayati al quran, tetapi dalam sesetengah hal saya meyakini kredibiliti golongan ini. Jika tidak mereka, kepada siapa lagi? Takkanlah saya mahu menyandarkan definisi saya tentang apa yang betul dan apa yang salah kepada mereka yang tidak kenal agama, yang diri sendiri dan keluarganya tidak terpelihara?

Pokoknya, saya yakin betul dan salah tentang sesuatu hal itu sudah ditetapkan. Mungkin kadang-kadang dalam kehidupan ini kita masih keliru. Kerana itulah kita perlu berdoa 17 kali sehari : ‘Tunjukkanlah kami jalan yang lurus..’ . Mudah-mudahan Allah menunjukkan apa yang betul dan apa yang salah.

Dan semoga, apabila kita tersilap pertimbangan, Allah masih mahu memberikan keampunan.

Advertisements

3 comments

  1. “Takkanlah saya mahu menyandarkan definisi saya tentang apa yang betul dan apa yang salah kepada mereka yang tidak kenal agama, yang diri sendiri dan keluarganya tidak terpelihara?”
    Sangat setuju, tambah2 lg sekarang terdapat fahaman bahawa semua org boleh melakukan ijtihad sendiri, without prior knowledges ttg ilmu2 memahami AlQuran dan Hadis. I think this is dangerous.

    Allow me to add somethin regarding the worldview on human values
    Im reading a book entitled Emotional Spiritual Quotient by an Indonesian Muslim, Ary Ginanjar Agustian
    Dia menulis, semua manusia mempunyai God Spot iaitu alam subconcious yg suci dan luhur, tetapi akibat 7 belenggu (prasangka negatif, prinsip hidup, pengalaman, kepentingan, sudut pandang, pembanding, dan literature) kita tidak dapat mengekspresikan values yg suci dan luhur serta tidak dapat mendengar suara hati universal yang mengajak kita melakukan hanya perkara yang baik.

    Beliau juga menyarankan kita membersihkan diri dari 7 belenggu tersebut yang dipanggil ‘zero mind process’

    Benar, salah satu caranya ialah dengan berdoa memohon petunjuk padaNya.

    “Sungguh, Kami telah ciptakan manusia dan Kami tahu apa yang dibisikkan hatinya kepadanya. Kami lebih dekat kepadanya dari urat lehernya”
    Qaaf 50:16

    Sungguh, untuk neraka jahanam Kami ciptakan kebanyakan jin dan manusia. Mereka mempunyai hati yang tiada dipergunakan untuk mengerti. Mereka mempunyai mata yang tiada dipergunakan untuk melihat. Dan mereka mempunyai telinga yang tiada dipergunakan untuk mendengar. Mereka seperti binatang, bahkan lebih sesat lagi. Merekalah orang-orang yang lalai”
    Al-A’raaf 7:179

  2. Hafiz MZ,

    Thanks a bunch for the extra information, agree with the suggestion, should have clean our minds from those 7 things.

    Cik fifi,

    takde masalah. kalau aku rasa nak pi tgk ‘who’s afraid of virginia woolf’ kat royal exchange aku ajak ko 😉

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s