Month: January 2007

Reminiscing Some Old Stories 98-02

(copy dari Multiply, ditulis Disember lalu)

Apa yang paling jauh dari kita?

Kata Hujjatul Islam, al-Imam al-Ghazali itulah masa lampau. Memang jauh, entah ke mana perginya.
Saya memang tidak gemar membuka kisah silam. Yang lepas itu sudahlah, ada yang patut dilupakan, ada yang patut diingat sebagai pengajaran.Tetapi hari ini terasa ingin mengenang kisah lam.

Tetapi mungkin kerana saya kurang sentimental, banyak kisah manis di sekolah lama yang sudah saya lupakan. Itupun jika ada kisah yang manis-manis, kerana saya senang dengan pendekatan ini : If you don’t like something, change it. If you can’t, change the way you think about it. Saya memilih untuk menukar cara berfikir, maka jadilah saya seorang yang laid-back sepanjang kehidupan di SEMSAS dahulu. Saya rasa ramai yang bersetuju, terutama rakan-rakan saya yang bergelar pengawas, mesti mereka masih ingat betapa sukarnya mengerah saya untuk bergegas pantas keluar dari asrama menjelang prep petang atau ke surau. Rasanya bukan sekali saya dirotan tapak tangan di pintu grill (Oh Tuhan, betapa tidak bermoralnya saya!) oleh warden. Saya senang untuk tidak endah dengan peraturan, maksudnya, saya mudah akur tanpa susah-susah melawan ketua warden. Disuruh buat, saya buat, kecuali beberapa peraturan seperti solat 5 waktu di surau (meski saya adalah Setiausaha Badan Perwakilan Pelajar-pelajar Islam, sering juga saya malas ke Subuh dan Asar berjemaah..Allah, ampunkan daku!) .

Saya paling benci bersukan semasa di sekolah. Ya, saya mengaku, saya adalah pelajar super nerd yang cuma kisahkan study. Saya paling benci acara ‘gentle walk’ setiap petang, acara yang dipaksa ke atas semua pelajar perempuan yang diketahui amat malas bersukan.Seperti namanya, rasa-rasa saya gentle walk memang tiada kesan terhadap tahap keaktifan pelajar. Saya cuma aktif bermain hoki semasa di tingkatan dua/tiga, selepas itu tenggelam begitu sahaja. Hari Sukan- saya tidak begitu gembira. Aktiviti mencari mata tambahan untuk rumah sukan (rumah sukan saya -Apollo) kalaulah boleh dielakkan, sudah tentu saya lari. Malangnya memang tiada peluang. Seingat saya, hanya semasa di tingkatan lima saya berjaya mengelakkan diri, kerana pulang bermalam dan tidak pulang-pulang selagi belum kebah demam. Hari Sukan di tingkatan lima, sekali lagi saya membuat deal bijak dengan ketua rumah sukan – I’ll do everything related to designing pakaian untuk perbarisan, tetapi untuk memaksa saya menyertai acara sukan tidak sama sekali. Sebenarnya memang sukar untuk mengelakkan diri, kerana kategori C adalah khas untuk pelajar tingkatan 5, tetapi kerana tiada siapa yang rela bertanggungjawab sepenuhnya dalam menguruskan hal-hal renyah kostum untuk perbarisan, maka saya pantas mengambil peluang. Hasilnya, rumah Apollo menang tempat kedua – tema: Pakaian ala-ala 1001 malam.

Mungkin kerana malasnya saya bergerak, saya membesar dan me’lebar’ dengan jayanya. Berat naik mendadak semasa di tingkatan dua, bertambah 7kg dalam masa setahun. Penangan 10 batang keropok lekor setiap petang mungkin. Saya tidak kecil hati kalau ada yang mengatakan saya sudah kurus sekarang, kerana memang saya tembam di sekolah dulu! Rasanya sudah satu-dua rakan lelaki mengatakan perkara tersebut- di sekolah dulu saya memang agak gemuk. Saya meninggalkan sekolah dengan berat hampir 54kg seingat saya.
Di tingkatan satu, semasa minggu orientasi saya kekal dengan perangai di rumah, laid-back, degil, dan yang paling tidak dapat saya terima sehingga sekarang- tidak sedikit senior (yang pada masa itu amat bersikap seniority) yang menegur saya kerana cara berjalan & bercakap yang kasar. Sungguh. Saya sendiri tidak dapat membayangkan bagaimana cara saya berjalan ketika itu, kerana sepanjang saya matang dan boleh mengingat secara jelas, feed back yang sering saya terima mengenai cara berjalan adalah -terlalu slow, bajet-bajet ladylike, macam datin (Datin was my nick name back then, by both boys and girls) but nothing related to being too boyish. Mungkin saya telah berjaya berubah secara radikal. Mungkin.Minggu orientasi itu juga, dek perangai endah tak endah itu saya cuma mendapat beberapa tandatangan senior, akibatnya dalam aktiviti kombat sebagai denda untuk mereka yang tidak berjaya melengkapkan 60 signature senior itu saya berada di kumpulan kedua sedikit. Tetapi saya menjadi adik manja di dalam dorm- super peramah dengan kakak-kakak sedorm.

Tingkatan satu, yang paling saya ingati adalah saya terpaksa memakai glasses. Terima kasih kepada computer games. Banyak juga perkara-perkara nakal yang saya lakukan-tak sanggup rasanya untuk ditulis di sini. Beberapa kali ber’tag-team’ dengan rakan baik sejak sekolah rendah, Asiah untuk blackmail beberapa orang pelajar lelaki. Talking about secret admire, seingat-ingat saya ada 2 orang yang saya sering perhatikan (silalah memahami bahawa Afnizar ketika itu adalah seorang kanak-kanak yang baru nak membesar), kedua-duanya berada di IPT yang sama sekarang, seorang itu diarinya pernah saya curi baca (siapa suruh tinggal diari dalam kelas!), tetapi berakhir tanpa dia mengetahui perasaan saya. Yang kedua, penamatnya di tingkatan tiga/empat tak silap. Sekarang kedua-duanya sudah bahagia bersama kekasih tercinta. Rasa-rasanya kisah secret admire inilah yang menambah rencah dalam kisah persekolahan saya. Semua gadis pada umur itu pernah melaluinya, pernah melayan lagu-lagu boyband (Westlife-that was my favourite), lagu-lagu Britney. Tetapi saya yakin itu adalah masa transisi, kerana itulah saya tidak menegur dan tidak pula menyokong apa-apa aktiviti adik perempuan saya pada usia itu.

Tingkatan dua, saya lebih matang mungkin. Tetapi ketika itu sudah kecoh tentang ABS -Anti-Boys Society. Sungguh, ingin saya ceriterakan di sini, saya memang kurang interaksi dengan pelajar lelaki sepanjang di sekolah. Kalau ada pun reaksi marah. Untuk bercakap mesra tidak sama sekali, seakan tabu. Jarang sekali ada group work melibatkan lelaki-perempuan, Mengapa? it just didn’t work. Rasanya tidak sekali ada garisan kapur di atas lantai membahagi kelas kepada dua : lelaki sapu bahagian sana, perempuan di sini. Sudahnya saya menjadi budak perempuan yang cuma tahu marah sahaja apabila bercakap dengan lelaki (Maka jangan menyalahkan saya jika saya sangat garang!). Tentang ABS itu, saya tidak dibenarkan ikut serta kerana konon-konon saya punya hubungan dengan pelajar lelaki (rujuk perenggan sebelum ini), maka saya tidak cukup syarat. Agaknya, kalau dibuat statistik sekarang ini, hampir semua ahli ABS itu sdg bahagia dengan buah hati tercinta -berpandukan status dan gambar-gambar di Friendster.Saya jarang sekali keluar bandar, kerana betapa lecehnya prosedur untuk keluar, juga betapa malasnya untuk saya mengambil pesanan rkaan-rakan yang ‘tidak lepas target’ untuk keluar outing. Semsas yang super strict itu, sila percaya, meletakkan syarat- hanya mereka yang mendapat sekurang-kurang 4A 4B (tanpa C) boleh keluar outing. Jika tidak, prep pagi ahad adalah jawapannya.

Tingkatan tiga, saya sudah pasti lebih matang. Sangat fokus untuk skor 9A. Rasa-rasanya kredit harus diberi kepada dua sources of inspiration saya- nama dirahsiakan. Harus saya sebutkan, keduanya menjadi inspirasi bukan sahaja untuk mendapat 9A (alhamdulillah, saya dpt 9A – best student PMR juga) tetapi untuk sampai ke sini. Ke United Kingdom. Kedua-duanya telah tamat belajar, sudah kembali ke tanah air (oppss!!). Ya, saya pernah melaluinya. Meminati dan mengkagumi, tetapi syukurlah saya memilih individu yang betul untuk dicontohi. Pada umur-umur begitu, apakah dapat dielakkan perasan sedemikian? Cuma perlu matang dalam menyalurkan saya fikir. Awal remaja, kalut mencari personaliti. Saya tidak terlibat, alhamdulillah, dengan aktiviti berpasang-pasangan. Pentadbiran sekolah saya amat tegas, semasa di tingkatan dua tidak silap, pernah diadakan acara ‘bersanding’ di perhimpunan. Andai kata terkena pada diri saya, entah di mana mahu diletakkan muka. Semua guru tahu, jatuhlah imej ‘good-as-gold’ girl. Sehingga keluar sekolah rasanya, saya berusaha menjaga imej itu.

Tingkatan empat, rasanya itu ‘turning point’ pertama dalam kehidupan saya. Kenal erti cinta dan perjuangan. Kenal erti kehidupan dan arah tuju. Seingat saya, semuanya bermula dengan Nadwah Kepemimpinan Islam se-SBP di KISAS. Ya, memang ketika itu saya sudah bertudung labuh (atas gesaan emak yang suka anaknya bertudung labuh, tambah lagi saya BPPI). Saya suka benar dengan bait lagu tema yang kami nyanyikan ketika itu:

Di sini kita berkumpul, nadwah kepemimpinan islam,demi agam kita yang unggul, memerintah seluruh alam.
Di sini kita sepakat, berteraskan iman dan islam, bekerja penuh semangat, agar hidup diredhai Tuhan.
Pemimpin yang adil, cita-cita kami, pemimpin bertakwa harapan kami.
Beramanah, berdedikasi, tidak gentar, berhemah tinggi.
ayuhlah kita muslimin muslimat,
dah tak ingat.heheh.

Saya mula mencari jati diri. Alhamdulillah, saya mula kenal erti perjuangan. Mengejar cinta Allah. Betapa banyak kesedaran yang bangkit dalam diri saya sepanjang seminggu di bumi waqafan itu, hanya Allah sahaja yang menyaksikannya. Biar terlentok tidur (saya cuma mampu bertahan tidak lebih satu jam 15 minit setiap kali ceramah) tetapi rasanya banyak juga yang saya peroleh. Banyak yang ingin saya dan sahabat-sahabat komiti ingin lakukan, terutama dalam menyelesaikan masalah dengan komiti lelaki (benar, sepanjang bersekolah di SEMSAS itu saya sentiasa bermasalah dengan spesies ini) – komunikasi, komitmen, macam-macam lagi. Sekembali dari nadwah, ada pembaharuan yang kami (Yiez-timb. BPPI, saya-S/U, Izura- bendahari, Fazilah) lakukan- yang saya ingat sistem usrah yang kami baiki. Tidak pasti sekarang masih wujud lagi atau tidak di sekolah. Sepulang dari nadwah juga ibu pantas bertanya: ‘Ni dah balik dari nadwah, bolehla keluar pakai baju kurung’ . Betul, saya sangat-sangat berat untuk berbaju kurung ketika keluar rumah sebelumnya, tetapi saya terkesan benar dengan ceramah dari seorang speaker, tentang jati diri. Kenapa perlu berbangga dengan culture bangsa lain sedangkan yang lebih elok dan manis adalah milik kita? Maka, selepas itu saya senang dan tidak teragak-agak mengenakan baju kurung ke shopping complex. Barangkali turut terpengaruh dengan kakak-kakak KISAS yang saya temui, cantik dan manis, sopan dalam jubah (dan tudung labuh hingga ke lutut).
Tingkatan empat juga memberi kisah-kisah yang manis untuk dikenang. Sweet 16 kata orang. Terasing di blok kejuruteraan, saya angau dengan secret admire, bercampur aduk dengan mujahadah hati mencari cinta Allah. Ditolak campur kes-kes seperti keropok lekor kegemaran saya yang disorok pelajar lelaki di bawah kerusi, coklat yang direject yang menjadi kontroversi (saya MEMANG tidak gemarkan coklat ketika itu, sekarang sudah boleh terima) rasanya saya lulus kalaupun tidak cemerlang. Sekurang-kurangnya saya tidak terbabas.

Tingkatan lima, sekali lagi diuji.Kisah lama yang harus ditutup saya fikir. Syukur saya memilih jalan yang tepat, jika tidak entah di mana saya sekarang. Hanyut dan tertekan dengan Matematik Tambahan (saya manusia yang sering fail add maths), Lukisan kejuruteraan yang melelahkan. Cuma Teknologi Kejuruteraan yang menggembirakan saya. Inspirasi saya pada ketika itu tentulah Allahyarhamah Puan Noraini Nor. Sering beliau mendekati saya, bertanya masalah, berharap benar dia agar saya berjaya skor A1 untuk TK.Katanya, belum pernah ada pelajar perempuan yang berjaya mendapat A1 untuk subjeknya itu. Harapannya yang satu itu saya tunaikan, alhamdulillah, tetapi untuk mendapat 10A1 saya gagal. Maaf kepada cikgu Borhan, LK saya B3! Teringat saya senyumnya yang berbaur sinis + kesal + kecewa semasa saya ke sekolah mengambil slip SPM. Ampun cikgu, bukan sengaja! Saya memang lembap melukis tangen-lukisan mekanikal memang saya tidak bermasalah!

Seingat saya di sekolah dulu saya tidak pernah marah kecuali 3 kali-marahkan pelajar lelaki tidak termasuk dalam akaun ini. Satu di Kem PMR – rakan perempuan saya menjadi mangsa, kedua, tingkatan 3 juga, rakan sekelas saya sekian lama-yang saya sudah tidak tahan dengan kerenahnya. ketiga, di tingkatan 5 – adik dorm saya yang menipu- kesnya harus saja saya diamkan di sini, kerana selepas itu dia dinasihatkan supaya berpindah sekolah. Pokoknya, saya sendiri tidak pasti asal-usul kegarangan saya- sifat itu tidak wujud semasa sekolah dulu. Mungkin kerana terlalu laid-backnya saya, malas mencari masalah, malas menimbulkan individuality, senang dengan kehidupan sendiri, risau dengan pandangan orang lain, sifat yang merupakan first-nature (menurut emak) itu tenggelam sahaja. Semsas, lima tahun yang mengubah saya seadanya. Mengajar saya itu dan ini. Mendidik saya menjadi saya sekarang. Menemukan saya dengan Hidayah, Izura, dan Zamzarina (Entah di manalah kalian sekarang, sibuk berpraktikal mungkin. Hidayah, saya rindukan awak!)

Syukur saya kepada Allah untuk lima tahun di Sekolah Menengah Sains Sultan Haji Ahmad Shah, KM12 Jalan Gambang, 25150 Kuantan, Pahang.

Bersangka baiklah kamu!

Saya teringat cerita ini semasa sedang menelaah bersendirian dia Main Library St Peter’s Square- cerita yang menyebabkan saya termalu dan tersenyum sendiri.

Begini, saya pulang ke Malaysia musim panas lalu. Keluar ke bandar Kangar, singgah di kedai 7-11. Memang patut diboikot kedai ni, sebab saya baru tahu, rupanya ikut undang-undang di Malaysia, tidak boleh menjual arak di premis yang majoriti penduduk sekelilingnya adalah Muslim. Tapi hari itu saya sangat dahaga, masuk juga untuk membeli air. Kemudian masuklah juga dua orang lelaki bertopi keledar terus ke peti sejuk tempat menyimpan minuman dalam tin. Saya ambil setin PEPSI (PEPSI kena boikot tak?), dia ambil setin arak. Saya jeling tajam, dalam hati ‘Isk, tak malu ke selamba je beli arak. ‘ dan beberapa bebelan lain dalam hati yang saya sudah tidak ingat. Dia ke kaunter (kawannya yang seorang lagi dah menunggu di pintu keluar), saya pun ke kaunter. Saya pandang-pandang dia bercampur jeling sinis, dia pandang saya muka tak tahu, senyum-senyum sikit.

Saya masuk ke kereta, membebel tak berhenti meluahkan perasaan marah dan tidak puas hati kepada mak dan ayah. Inilah orang Melayu, dah hilang rasa malu bla..bla..tapi saya terdiam bila mak saya cakap:

‘Kat sini ni bukan semuanya Melayu, Angah. Itu orang Siam tu.’

Adoi. Kan dah terkena sekali. Lupa pulak populasi Perlis tu bukan Melayu, Cina dan India je,tapi ada orang Siam juga. Orang Siam rupanya tak ada beza dengan Melayu. Penat saya membebel.Mesti lelaki tu fikir ‘ Kenapalah makcik sorang ni pandang-pandang slack kat aku’. Konklusinya:

Bear in mind, muka macam Melayu tak semestinya Melayu. Susah sangat kalau tak senang dia beli arak, tanya terus dia Muslim ke tak. Heheh.

Bila hati gelisah…


Hati mula rasa tidak tenang. Mungkinkah semakin jauh dari Allah?

Bait-bait ini (Saya tidak rasa boleh dipanggil puisi lagi) saya temui dalam journal. Ditulis pada waktu-waktu yang sama pada tahun lepas, ketika sedang sibuk bersedia untuk peperiksaan.Barangkali ketika itu saya sedang berusaha memujuk diri.

Sirna cahaya bukan bererti Kau jauh,
cuma Kau menguji
Hati dan cinta – apakah masih bersama.
Dan kali ini tegar aku mencuba
mencari titik cahaya
agar bersatu diriku dan rinduMu.
Terus Kauuji dan akanku teguh di sini
Kerana diuji bererti Kau mengasihi.

Kerana diuji bererti Kau mengasihi.

Tidakkah kehidupan ini terasa indah, buruk dan baik semuanya ada hikmah?
Alhamdulillah, puji bagi Mu Allah.

A great nose may be an index to…

“… a great nose may be an index Of a great soul – affable, kind, endowed With wít and liberality and courage And courtesy…”Cyrano de Bergerac – a very unfortunate guy.

So Haz coming to Manchester is not a normal visit- not for me, her host at least. We did stupid things- out to Rusholme at 7 (7 pm during winter is way past Isha’) just to let her taste the super delicious famous faluda at Moonlite , taking pictures like the one below with some, erm, brothers, from Rsuholme straight to city centre (it was 9pm I guess) just t o watch another ‘live’ drama of a rebellious lady who got into a ‘fight’ with the bus driver- and this evening I just went for my first theatre here in the UK – Cyrano de Bergerac.

Though that was not Haz’s first choice (she actually wanted to see ‘Mamma Mia!’, but the tickets were already sold out) it was undeniably a brilliant performance costing us (well, Haz actually paid for my ticket) only £4. We even got stage level seats (I even had the actor sitting beside me), mind you.

What does the title mean anyway? I did a little research on that (basically because I doubted I would understand the story unless I knew what it is mainly about)- and actually that is the name of a guy, dubbed as:

‘Philosopher and scientist,
Poet, musician, duellist,
And voyager through space,
A sort of controversialist,
Whose wit kept to a charted track
But sped at great pace,
A lover too, who seemed to lack
The luck in heaven of other men.’

This is no imaginary guy, but a person who lived around 1600s in France.

So, basically, it is a love story.

The problem with this de Bergerac’s love life was that he loved his cousin,( in this drama named Roxane but the real name was different) but too afraid to tell her.Suffering a very low self-esteem due to his nose (yes, the actor even used a fake nose to make sure the nose is distinctively ugly), he rather kept his feeling unknown to Roxane. Worse (not sure if it should be seen as a brilliant opportunity), Roxane revealed to de Bergerac her feeling for this guy named Christian, who was handsome but not as articulate as de Bergerac- de Bergerac was a poet. Christian sought help from de Bergerac to write the love letters to Roxane. Roxane fall for the lovey-dovey letters, thinking that it was actually written by Christian. They got married, but later Christian was killed during a war- and it took 15 years for the mournful Roxane to realize that it was de Bergerac who actually wrote all those love letters, who loved her more than anything else.

Dumb love story if you asked me. That Roxane fell in love because of the look (this one is fine, that is streotype), but the feeling instantaneously changed because she found Christian verbally-challenged in a way that he couldn’t describe how much he loved her more than just: ‘very much’. So what? You want your lover to worship you?

But I pity de Bergerac more than anyone else (more than Roxane who lost the man he loved twice), because he had become the victim of a society who judge people, who love people by their look. I am grateful that I am a Muslim, who knows that my Lord looks not at how I look, but what is in my heart, that my confidence level doesn’t suffer just because I don’t look like size zero models.

Come on, de Bergerac might not be handsome, but he had good qualities that (might) make him a good man – an intelligent swordsman, a scientist..refer to the lines above.

Truly a love story that makes me, in the middle of watching it, touched but later sick.You know, sick of this so-called feeling that, to some extent makes you worship you lover. I have passed the age where to be admired does not make my adrenaline go sky-high anymore, that I have become more practical and realistic to adopt the notion that love should be definitely beyond words. I won’t mind if my future partner has this inability to elaborate the answer to the question : ‘How much do you love me?’ as long as he knows his responsibilities.

But anyway, the play was undeniably great,the prop was excellent, the actors and actresses were brilliant – and I love the script – the author is talented in playing with words. I remember a line said by de Bergerac, that sounds like this:

‘She weeps for him (Christian), but mourns for me’.

I might want to spend more Monday evenings watching theatre I guess.

Because he wakes up at 5 to read news, I wake up at 2 to do so!

Ehud Olmert, by the time he goes to his office each morning, has all the world news in his hands. So today, I am being better than him to wake up at 2 and read news.Heh.

This is the headline that first caught my eyes:

Iran vows to give West countries “historic slap” if attacked

Hail to Ahmedinejad. I don’t care if Iran has the strength to do so or not, but the courage of its leader to speak out and be vocal about his stand against the US is admirable. This one person cause a stir better than the whole OIC and its stupid resolutions. Who else has the courage to question the validity of Holocaust publicly?

Affirmation for today: Be brave, get out of your comfort zone! Fight for your rights!

More is good?


I went out with Haz to Trafford Centre the other day. Nothing really caught my eyes but these posters.

I wrote about materialism in my previous post- Tuesdays with Morrie: A Reflection.

I recalled a hadith that somehow, when I first read it, hit me directly :

Mafhumnya : ‘Celakalah hamba dinar. Celakalah hamba dirham. Celakalah hamba pakaian.’

Affirmation for today: I choose not to be judged by what i wear or by mobiles and gadgets I own. I choose to be judged by what is in my heart- my imaan.

Kerana Masa adalah Umur!

Found at Wigan Wallgate Train Station

My suggestion: Malaysia as a self-proclaimed Islamic country should impose the same law. Muslims should not waste their time.

Expected response if it is to be imposed – ‘This law violates individual rights.’ Hell with individual right whatsoever.