Musafirah – Part 1


Tiket bas sudah dibeli. Hari rabu, 9.30 malam. Kangar- Shah Alam.

Shah Alam-Melaka pada pagi ahad.

Mungkin kedengaran biasa tetapi bagi saya ini perjalanan yang berbeza. Pertama, barangkali kerana saya sendiri sudah beberapa lama tidak menaiki bas ekspres untuk jangkamasa yang panjang. Kali terakhir adalah pada Syawal yang lepas, saya dan sahabat-sahabat seusrah menaiki bas ekspres ke London. Itupun cuma dua jam tiga puluh minit, terlalu sekejap untuk orang seperti saya yang sukakan perjalanan jauh. Sebab kedua adalah kerana destinasi akhir –Melaka- sedang menanti kehadiran saya untuk mengajar sesuatu.

Sebenarnya saya amat bernasib baik. Menjadi seorang gadis berumur 21 tahun sebenarnya memungkinkan ayah dan emak bersikap lebih protektif, seperti sesetengah ibu bapa rakan-rakan saya. Tetapi ayah dan emak senang membenarkan saya pergi seminggu bermusafir tanpa banyak soal, barangkali kerana saya sememangnya seorang yang agak sukar ditegah hanya dengan alasan ‘Ayah dan emak risau kamu keluar jauh-jauh begitu’. Mungkin juga kerana mereka sudah yakin dengan saya untuk berdikari. Tidakkah pelik jika mereka mampu melepaskan saya ke United Kingdom (dan Alhamdulillah,saya pulang tanpa cacat-cela) tetap untuk bermusafir ke Melaka mereka berasa berat hati?

Ketiga, bumi Melaka itu sendiri sudah lama tidak saya jejaki. Kali pertama (dan terakhir) ketika saya di tahun 5. Tapi sebab yang kedua itulah yang paling berat, yang menyebabkan saya teruja benar menanti tibanya hari ahad. Tidak disangka peluang sebegini mudah datang menjelma.

***

Kak Sarah diam sebentar mendengar cerita kami tentang perancangan apabila tiba di Malaysia menjelang cuti musim panas kelak. Kak Sarah postgrad yang tinggal di Manchester, sering kami kunjungi rumahnya. Senang mencedok ilmu yang tidak sedikit yang ada padanya. Entah bagaimana, tatkala kami datang bertandang petang itu, timbul pula bab pendidikan di Malaysia. Ibu Hanee guru, begotu juga ibu saya, maka banyaklah kisah-kisah yang kami lontarkan.

‘ Apakata Hanee adakan projek bersama pelajar-pelajar Sekolah Agama Rakyat? Rasanya memang sesuai dengan your concern , pendidikan anak-anak luar Bandar bukan?’ tiba-tiba Kak Sarah menyuarakan cadangannya.

‘ Apabila kerajaan melancarkan pembelajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris, pelajar-pelajar luar bandarlah yang amat merasai kesukarannya. Tiada sokongan dari keluarga, penggunaan bahasa Inggeris yang terhad di dalam kelas semata-mata, amat sukar untuk mereka cemerlang, ‘ Kak Sarah meneruskan.

Saya mengangguk bersetuju. Terbayang di fikiran anak-anak murid tahun 5 yang saya ajari semasa cuti sebelum berangkat ke UK. Kasihan melihat anak bangsa terkebelakang dan tertinggal. Mereka sudah di tahun lima tetapi masih belum mampu membina ayat bahasa Inggeris yang baik, sedang rakan-rakan mereka di bandar sudah mampu membaca Harry Potter yang tebal itu! Atas dasar kasihan itulah saya beria-ia mengajar mereka kelas tambahan di sekolah kebangsaan Felcra Lubuk Sireh, mencari formula terbaik untuk menarik minat mereka dengan bahasa penjajah ini.

‘ Mungkin Hanee dan rakan-rakan boleh pergi ke sana, membantu mereka dalam seminggu-dua. Pada masa yang sama kalian juga boleh belajar agama di sekolah pondok berhampiran. Ala-ala mengaji pondok. Bagaimana?’

Ayat-ayat terakhir kak Sarah membuatkan saya teruja, dan hampir saja saya menjerit kuat:

‘Menariknya!’

Hati tidak sabar menanti cuti musim panas yang bakal menjelma.

***

Saya sedang enak-enak berbaring membaca majalah petang khamis itu. Along dan abang ipar saya keluar bekerja, dan di bandar seperti Shah Alam mereka tidak akan pulang sebelum pukul tujuh. Benar saya bosan,dan tiba-tiba telefon bimbit saya berdering.

Hanee.

“Afni, cuba kauteka berapa orang yang jadi pergi ke Melaka ni?”

Saya tahu sebenarnya soalan itu tidak mengharapkan jawapan yang positif tetapi sengaja saya bersikap optimis

“Empat,”lewa saya menjawab.

We are lucky if we have four,” Hanee ketawa ringan.

“ok ok… Tinggal tiga orang, or wait..kita berdua je ke?”

“yep, kita dua orang je.”

Cepat-cepat saya berusaha membalut kecewa di hati. Ke mana pergi yang lain? Hakimah memang sudah mengumumkan yang dia tidak dapat ikut serta tanpa izin bapanya, tapi di mana lagi dua orang?

“Ada yang ibunya tak benarkan, ada yang balik kampung. So macam mana? Kau still nak pergi ke?”

“Kau jangan nak cancelkan pulak, aku dah more than halfway nak sampai Melaka dah ni!” saya meminta belas.

“Itulah, nak cancel kesian kat ko.Kalau kau tak kisah kita berdua je, aku tak ada masalah but kena tanya ustaz tu dulu la macam mana, i’ll call you back later.

Kami menamatkan perbualan, sedang saya sungguh-sungguh memanjatkan doa semoga perancangan kami tetap berjalan.

Ya, tetap berlangsung walaupun cuma tinggal saya dan Hanee.

Hari pertama

Saya cuba membuka mata. Kelat dek kantuk yang belum hilang. Lekas saya lemparkan pandangan ke luar tingkap bas transnasional itu.

Sekarang sudah hampir pukul 11.15 pagi, seharusnya saya sudah hampir tiba di destinasi saya Bandar Melaka. Saya bertolak dari Shah Alam tepat pukul 9.45 pagi tadi, dan perjalanan memakan masa sekitar dua jam menurut gadis di kaunter tiket tadi.

Lama saya mencari-cari papan tanda, sehingga rimas agaknya gadis di sebelah saya, kerana dalam keadaan begitu saya seolah memandangnya lama.

Alor Gajah!

Berapa jauhkah lagi saya dari bandar melaka? I really have no idea. Melaka bukan tempat bermain saya.

Ini adalah kali kedua saya ke Melaka, itupun setelah 10 tahun. kali pertama sekadar untuk bercuti, tapi kali kedua ini misinya berbeza.

-aku datang mencarimu ya Allah, datang dalam usaha menghampirimu dan keredhaanmu

-bantulah aku untuk mengikhlaskan niatku keranamu semata

Sungguh saya bersyukur punya ibu bapa yang senang meredhai permusafiran saya ini. kerana saya tahu mereka sebenarnya rela berkorban perasaan.

Perasaan rindu dan ingin sentiasa saya berada di depan mata mereka.

Saya terus menerus membuang pandangan ke luar. Senang melihat rumah-rumah limas yang cantik. Cuma rasa kesal menyelinap sedikit, jika rumah tradisional melaka dengan trade mark tangga batu berjubin cantik semakin kurang, diganti rumah batu tipikal, kelak apakah lagi keunikan yang tinggal untuk diwarisi?

Saya menjeling sekilas gadis di sebelah saya. Mungkin dua atau tiga tahun lebih muda. Tadi saya sudah dikejutkan dengan kelantangan suaranya menjawab panggilan telefon, sehingga saya yang di sebelahnya turut berasa segan dijeling penumpang lain yang terganggu. Tidak sedikit yang menoleh dek nyaringnya suara gadis itu.

bapa borek anak rintik, fikir saya sendiri. Ibunya yang hampir dengan saya juga bercakap tidak kurang lantangnya. Tetapi hati saya paling tersentak, betapa sanggup ibu itu memanggil anaknya ‘bodoh’. Betapa tidak moleknya seorang ibu yang mulia kedudukannya menyebut perkataan seperti itu.

Pagi tadi anak lelakinya yang kurus halus itu agaknya mengadu mahu buang air sedang bas belumpun sampai setengah jam bergerak. Lantas si ibu, walau sedikit malu dan reluctant bergegas juga ke hadapan, bertemu si pemandu memohonnya berhenti sebentar di mana-mana untuk si anak menyelesaikan hajatnya. Barangkali terasa diaibkan, sepanjang langkahnya kembali ke tempat duduk dia membebel panjang sehingga terhambur kata tidak manis kepada anak lelakinya itu.

Dan sedang saya bersimpati pada anak muda itu anak perempuannya di sebelah saya bertanya dengan kenyaringan suara yang membolehkan satu bas mendengar : ‘Mak, dia nak berak ke nak kencing?’

Wah, awak tak tahu menggunakan eufemisme kah? Saya menggerutu sendiri. Langsung hilang selera untuk memulakan perbualan dengannya. Cuba untuk kembali fokus kepada pembacaan saya yang terhenti lama. Purification of the Heart karya Hamza Yusuf. Terasa lama benar masa yang terpaksa diambil untuk menghabiskan buku itu. Biar menarik, biar nipis, tetap mengundang kantuk. Aneh, kerana untuk menamatkan novel ringan dua inci tebalnya hanya memerlukan satu malam sahaja.

-Apa jadi dengan diriku ya Allah? Aku mengaku cintakanMu tapi senantiasa lengah mendekatiMu.

Sungguh terasa sakit hati saya sekarang. Barangkali kerana pantasnya saya futur, saya tidak gemar bercuti lama. Seminggu dua sudah memadai. Semakin lama saya bercuti, semakin terasa jarak yang kian panjang memisahkan saya dengan ketenangan hakiki yang dicari.

Saya sebenarnya tidak perlu menunggu lama. Belumpun sempat tiga muka surat dibaca, bas sudah mula bergerak perlahan mendekati Melaka Sentral yang tersergam megah setanding dengan papan tanda Tesco saiz mega di seberang jalannya. Saya tersenyum sendiri, teringatkan perbincangan perihal globalisasi dalam kelas Pendidikan Islam di kolej dulu. Globalisasi menyebabkan seluruh dunia menggunakan jenama yang sama. Pasaraya saiz super seperti Tesco sudah tentu mendominasi sekaligus mengecilkan pengaruh kedai-kedai runcit yang menjual dengan harga tidak semurah yang ditawarkan. Tesco, barangkali wajar diboikot, kalaupun bukan kerana hubungannya dengan Yahudi tetapi untuk menyelamatkan kedai-kedai kecil milik bumiputera. Milik peniaga Islam. Kalau bukan kita yang membantu saudara seagama siapa lagi yang boleh diharap?

Bas merapati terminal. Indah memang indah, tetapi degup jantung semakin kencang. Takutkah saya? Risaukah saya?

-kenapa mesti risau? Ini Malaysia, tanah tumpah darah sendiri. Sepatutnya aku rasa lebih selamat di sini.

Saya mengumpul kekuatan. Menseriuskan air muka, kerana itu satu pertahanan sebenarnya. Pesan yang sering saya dengar, biar seasing mana tempat itu, biar ke pelosok mana anda sesat, jangan sekali-kali mempamerkan wajah takut. It will make you look more vulnerable. Saya menuruni tangga bas. Pantas kaki mengatur langkah, entah ke mana hala tuju, saya tidak pasti. Ditegur sekali-dua oleh pemandu-pemandu teksi yang menanti penumpang, saya lemparkan senyuman beserta gelengan kepala.

Hanee tidak akan tiba melainkan dalam jangkamasa sejam dua lagi.Dia belumpun bertolak dari Batu Pahat. Ada rasa bersalah pada dirinya kerana terpaksa membiarkan saya menunggu di sini, tetapi saya sendiri senang bersendirian. Bersendirian dalam kekalutan manusia merupakan sesuatu yang menginsafkan saya. Saya senang punya banyak masa untuk berfikir dan menginsafi diri.

Dua jam lagi. Dalam hati saya alunkan zikir tidak putus. Bismillahillazi la yadhurru ma’asmihi syai’un fil ardhi wa la fis sama’i, wa hua as-Sami’ul basiir. Moga-moga Allah menjaga keselamatan saya.

Bersambung…

Advertisements

2 comments

  1. did i really say exactly like what u’ve written on the phone?ehehe..nice one.kalau aku mmg x leh kot nak cite detailed mcm nih.huhuh.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s