Angin pesisir Sungai Tyne yang mendamaikan







Hari ini saya tidak mampu ke sekolah (read: lecture). Entah kenapa, badan rasa kurang selesa, kepala sudah ada ura-ura mahu bermanja dengan bantal dek sakit kepala, tekak terasa aneh seolah virus selsema kembali menjelma. Saya baru pulang dari bercuti, mengikut keluarga angkat ke Sunderland, lantas terus ke Newcastle-upon-Tyne.

Pucuk dicita ulam mendatang. Tahun ini saya seakan diserang fatigue, cepat benar keletihan. I personally don’t think I am emotionally healthy. Routine does make me easily sick, jadi jemputan untuk ikut berehlah tidak mungkin saya lepaskan. A family person I am, saya senang berjaulah bersama keluarga.Antara dua: bersama family atau sendiri. Dengan rakan-rakan mungkin pada waktu tertentu. Doa saya, biarlah saya tinggal sementara kerja kursus yang datang bertandang, asalkan saya kembali bertenaga meneruskan hari berkuliah yang tinggal dua minggu lagi.

Ke Sunderland mengambil masa hampir tiga jam. Sebenarnya saya tidak pasti akan jangka masa sebenar, kerana saya tidur hampir di sepanjang perjalanan. Saya terbangun awal pada paginya, langsung tidak boleh tidur lagi (masa tidur saya memang sungguh bobrok sekarang, tidur sesudah Isyak (sekitar jam 6, bangun apabila badan sudah hilang penat, sekitar jam 11malam biasanya) maka saya senang ke dapur menolong kakak angkat menyiapkan bekalan perjalanan.

Tiba di Sunderland tentulah menuju ke kilang Pyrex- itu tema utama perjalanan kami sebenarnya. Memborong pinggan mangkuk yang direject kerana defect yang tidak kelihatan, dibawa pulang ke Malaysia tentunya menjadi untung berganda. Harga untuk item yang sama mencecah ratusan ringgit, sedang di situ cuma £1-3 sahaja. Saya tidak membeli kalo tidak kerana di’urge’ oleh abang angkat (yang mengerti status akaun saya, JPA ter’overlook’ permohonan saya untuk menerima kembali 100% elaun), tetapi akhirnya dicapai juga satu dua. Terfikir untuk memulakan bisnes pinggan mangkuk sebelum kembali ke Malaysia – ejen yang baik sudah ada (tentulah ayah dan kakak saya..heheh). Nantilah, akan saya fikirkan kemudian.

Terus ke Newcastle, di bawa ke tengah kota, terus ke tarikan utama – the Quayside. Makhluk air seperti saya (a term coined by Hakimah), teruja benar melihat sungai yang mengalir tenang. Terpesona melihat dua-tiga jambatan yang bersaiz raksasa (sungguh, sebenarnya masih ada rasa terkilan, mengapalah tidak teruskan saja minat dalam seni bina), juga satu binaan yang saya tidak pasti namanya.Gambarnya saya sertakan di sini, moga-moga ada yang boleh figure out, apakah yang menjadi inspirasi arkitek yang merekanya. Tekaan saya: gelombang air. Tekaan kak Ros : Ulat!

Berjalan di pesisir sungai, memang hari yang indah. Matahari masih mahu menunjukkan wajah, alhamdulillah, tapi sejuknya tetap ada. Hujan renyai-renyai tetapi tiada siapa yang peduli. Jari saya cepat merakamkan keindahan petang itu dalam Samsung Digimax V700.

Tidak banyak yang boleh saya catatkan, kerana sepanjang perjalanan saya berusaha mengosongkan fikiran- biar ringan sementara, entah kenapa terlalu berat akhir-akhir ini. Mohon maaf pada badan kerana haknya yang sering tidak saya tunaikan. Mungkin esok atau lusa saya akan mula rajin-rajin bersenam.

Advertisements

One comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s