Month: December 2006

Dublin – satu nota perjalanan (Bahagian Satu)


Malaysia Hall, Dublin.

Tempat tinggal host yang juga kenalan saya pada zaman muda-muda ketika mIRC masih cool, Farhana. Tempat bermalam saya untuk tiga malam ini.

Pagi-pagi itu terpaksa menjalani rutin ‘wajib’ penumpang di Malaysia Hall ini, bertemu pegawai MSD yang bertugas di situ.

“Have I seen you before?”

Saya sengih. Tidak. Dalam mimpi pun saya fikir belum pernah.

“Saya dengar ramai pelajar Manchester bekerja part time?”

Soalan retorik.

Sengih lagi.

Saint Stephen’s Green.

Dublin 2.


Bertemu kembali Hakimah, Kak Ruhil dan Kak Anis yang terpisah semalam kerana menginap di kediaman Azizah, sedang saya diam di Malaysia Hall.

Saint Stephen’s Green adalah oasis di tengah kota Dublin. Wujud sejak zaman pertengahan, asalnya padang rumput untuk ternakan. Pernah juga menjadi taman persendirian, dikelilingi tembok. Hasil usaha Sir Arthur Guinness (ya, ahli keluarga Guinness pembuat arak itu) pada 1877 memungkinkan saya menjejakkan kaki di taman ini pada hari ini.

Pernah dengar tentang Ulysses tulisan James Joyce? Dalam novel itu diabadikan bukan sahaja St Stephen’s Green sebagai latar belakang, tetapi juga seluruh Dublin seperti katanya:

“I want to give a picture of Dublin so complete that if the city one day suddenly disappeared from the earth it could be reconstructed out of my book,” James Joyce told his friend the artist Frank Budgen as he was laboring on his epic novel Ulysses in Zurich.

Farhana dikejar lebah yang nakal sepanjang perjalanan merentasi St Stephen’s Green, barangkali tertarik dengan harum minyak wangi yang disemburnya sebelum keluar rumah.

Hari yang indah, kerana matahari masih menunjukkan wajah.

Alhamdulillah.

Royal College of Surgeons, Ireland.


No offence, seni bina RCSI memang tidak menarik! Tertegak mungkin sekali pada 1810, kebanggan pelajar RCSI yang mewah.

Saya tetap mengambil gambar di situ. Dalam hati terfikir, andainya lima tahun dahulu saya tidak berdegil untuk memilih aliran kejuruteraan dan akur dengan suruhan emak, ada kebarangkalian besar saya menjadi salah seorang penghuni kota Dublin ini. Tidak dapat dibayangkan saya sebagai seorang pelajar perubatan, bermesra sepanjang hayat dengan seribu satu jenis penyakit.

Bersyukur kerana hari ini saya adalah pelajar kejuruteraan kimia.

Seperti seloroh Ustaz Zul di Melaka, mana tahu esok lusa boleh buat bom untuk hancurkan Amerika!

Grafton Street.

Kata Farhana, inilah tempat membeli-belah paling mahal di Eropah.

20 Disember menjadikan Grafton Street sesak dengan pengunjung yang mahu bersedia untuk Krismas. Saya tidak bernafsu untuk membeli-belah. Cukuplah dengan Manchester.

Hari ini saya berjalan untuk mencari Allah.

Mencari Allah dengan melihat kejadian makhlukNya.

Menyusuri Grafton Street saya melihat manusia berpusu-pusu. Berapa ramai agaknya yang ada Tuhan di dalam hatinya? Saya cuba memandang mereka dengan pandangan simpati. Alangkah sedihnya melihat manusia mengabaikan hak Allah, yang kepadaNyalah seharusnya segala pengabdian diberi.

Bukan pada material.

Bukan pada isme-isme yang bohong.

Bukan pada Jesus yang tidak mampu menyelamatkan mereka.

Dalam hati terfikir lagi, bagaimanalah agaknya jika Dublin ini merupakan sebuah kota Islam?

Terus menyusuri Grafton Street, ketemu Molly Malone. Entah siapalah gadis ini.

Saya turunkan di sini lirik lagu My Darling Clementine (1880) oleh Percy Montross

In Dublin’s fair city,
where the girls are so pretty,
I first set my eyes on sweet Molly Malone,
As she wheeled her wheel-barrow,
Through streets broad and narrow,
Crying, “Cockles and mussels, alive alive oh!”

“Alive-a-live-oh,
Alive-a-live-oh”,
Crying “Cockles and mussels, alive alive oh”.

She was a fishmonger,
And sure ’twas no wonder,
For so were her mother and father before,
And they each wheeled their barrow,
Through streets broad and narrow,
Crying, “Cockles and mussels, alive, alive oh!”

(chorus)

Now I was a Rover,
And sailed the seas over,
So I bid my farewell to sweet Molly Malone.
And as I was sailing,
The wild wind was wailing,
Crying, “Cockles and mussels, alive, alive oh!”

(chorus)

She died of a fever,
And no one could save her,
And that was the end of sweet Molly Malone.
Now her ghost wheels her barrow,
Through streets broad and narrow,
Crying, “Cockles and mussels, alive, alive oh!”

(chorus)

Rupanya ada banyak misteri melingkari gadis ini, tetapi tidak cukup menarik untuk saya tuliskan di sini.

Terus ke Trinity College Dublin.

Trinity College Dublin


Cantik. Itu impression pertama. TCD tidak seperti universiti saya yang integrated dengan Bandar Manchester. Kampus TCD berhadapan dengan Bank of Ireland (1729). Berpusing di sekitar pintu masuk menanti rakan-rakan yang masih ghairah merakam foto, saya tidak mampu untuk berfikir banyak dalam kesejukan yang menggigit seperti itu. Azizah dan Yana bergegas membawa kami ke pameran Book of Kells.

Apa pula Book of Kells ini?

Taglinenya : Turning Darkness into Light

Book of Kells ditulis 1000 tahun dahulu, ketika populasi Ireland hanya sekitar setengah juta. (Hmm.. seribu tahun yang lampau al Quran telah diturunkan. Maksudnya, Book of Kells wujud sekitar zaman gelap, ketika era kegemilangan Islam.)

Apa signifikan Book of Kells? Entahlah.

Naik ke tingkat atas, saya terpegun lama dengan perpustakaan TCD, tetapi sayang, saya tidak dibenarkan untuk merakamkan gambar! Saya curi foto dari websitenya untuk dimuatkan di sini.

Kagum dengan timbunan buku yang sampai ke siling, ingin sekali berlama-lama membaca sejarahnya tetapi Farhana sudah mengirim mesej, risau saya yang tiada bersamanya. Cepat-cepat saya beransur.

Saya berimaginasi lagi: besar manakah agaknya perpustakaan di Baghdad ketika zaman Abbasiyah?

Advertisements

Musafirah – Part 1

Tiket bas sudah dibeli. Hari rabu, 9.30 malam. Kangar- Shah Alam.

Shah Alam-Melaka pada pagi ahad.

Mungkin kedengaran biasa tetapi bagi saya ini perjalanan yang berbeza. Pertama, barangkali kerana saya sendiri sudah beberapa lama tidak menaiki bas ekspres untuk jangkamasa yang panjang. Kali terakhir adalah pada Syawal yang lepas, saya dan sahabat-sahabat seusrah menaiki bas ekspres ke London. Itupun cuma dua jam tiga puluh minit, terlalu sekejap untuk orang seperti saya yang sukakan perjalanan jauh. Sebab kedua adalah kerana destinasi akhir –Melaka- sedang menanti kehadiran saya untuk mengajar sesuatu.

Sebenarnya saya amat bernasib baik. Menjadi seorang gadis berumur 21 tahun sebenarnya memungkinkan ayah dan emak bersikap lebih protektif, seperti sesetengah ibu bapa rakan-rakan saya. Tetapi ayah dan emak senang membenarkan saya pergi seminggu bermusafir tanpa banyak soal, barangkali kerana saya sememangnya seorang yang agak sukar ditegah hanya dengan alasan ‘Ayah dan emak risau kamu keluar jauh-jauh begitu’. Mungkin juga kerana mereka sudah yakin dengan saya untuk berdikari. Tidakkah pelik jika mereka mampu melepaskan saya ke United Kingdom (dan Alhamdulillah,saya pulang tanpa cacat-cela) tetap untuk bermusafir ke Melaka mereka berasa berat hati?

Ketiga, bumi Melaka itu sendiri sudah lama tidak saya jejaki. Kali pertama (dan terakhir) ketika saya di tahun 5. Tapi sebab yang kedua itulah yang paling berat, yang menyebabkan saya teruja benar menanti tibanya hari ahad. Tidak disangka peluang sebegini mudah datang menjelma.

***

Kak Sarah diam sebentar mendengar cerita kami tentang perancangan apabila tiba di Malaysia menjelang cuti musim panas kelak. Kak Sarah postgrad yang tinggal di Manchester, sering kami kunjungi rumahnya. Senang mencedok ilmu yang tidak sedikit yang ada padanya. Entah bagaimana, tatkala kami datang bertandang petang itu, timbul pula bab pendidikan di Malaysia. Ibu Hanee guru, begotu juga ibu saya, maka banyaklah kisah-kisah yang kami lontarkan.

‘ Apakata Hanee adakan projek bersama pelajar-pelajar Sekolah Agama Rakyat? Rasanya memang sesuai dengan your concern , pendidikan anak-anak luar Bandar bukan?’ tiba-tiba Kak Sarah menyuarakan cadangannya.

‘ Apabila kerajaan melancarkan pembelajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris, pelajar-pelajar luar bandarlah yang amat merasai kesukarannya. Tiada sokongan dari keluarga, penggunaan bahasa Inggeris yang terhad di dalam kelas semata-mata, amat sukar untuk mereka cemerlang, ‘ Kak Sarah meneruskan.

Saya mengangguk bersetuju. Terbayang di fikiran anak-anak murid tahun 5 yang saya ajari semasa cuti sebelum berangkat ke UK. Kasihan melihat anak bangsa terkebelakang dan tertinggal. Mereka sudah di tahun lima tetapi masih belum mampu membina ayat bahasa Inggeris yang baik, sedang rakan-rakan mereka di bandar sudah mampu membaca Harry Potter yang tebal itu! Atas dasar kasihan itulah saya beria-ia mengajar mereka kelas tambahan di sekolah kebangsaan Felcra Lubuk Sireh, mencari formula terbaik untuk menarik minat mereka dengan bahasa penjajah ini.

‘ Mungkin Hanee dan rakan-rakan boleh pergi ke sana, membantu mereka dalam seminggu-dua. Pada masa yang sama kalian juga boleh belajar agama di sekolah pondok berhampiran. Ala-ala mengaji pondok. Bagaimana?’

Ayat-ayat terakhir kak Sarah membuatkan saya teruja, dan hampir saja saya menjerit kuat:

‘Menariknya!’

Hati tidak sabar menanti cuti musim panas yang bakal menjelma.

***

Saya sedang enak-enak berbaring membaca majalah petang khamis itu. Along dan abang ipar saya keluar bekerja, dan di bandar seperti Shah Alam mereka tidak akan pulang sebelum pukul tujuh. Benar saya bosan,dan tiba-tiba telefon bimbit saya berdering.

Hanee.

“Afni, cuba kauteka berapa orang yang jadi pergi ke Melaka ni?”

Saya tahu sebenarnya soalan itu tidak mengharapkan jawapan yang positif tetapi sengaja saya bersikap optimis

“Empat,”lewa saya menjawab.

We are lucky if we have four,” Hanee ketawa ringan.

“ok ok… Tinggal tiga orang, or wait..kita berdua je ke?”

“yep, kita dua orang je.”

Cepat-cepat saya berusaha membalut kecewa di hati. Ke mana pergi yang lain? Hakimah memang sudah mengumumkan yang dia tidak dapat ikut serta tanpa izin bapanya, tapi di mana lagi dua orang?

“Ada yang ibunya tak benarkan, ada yang balik kampung. So macam mana? Kau still nak pergi ke?”

“Kau jangan nak cancelkan pulak, aku dah more than halfway nak sampai Melaka dah ni!” saya meminta belas.

“Itulah, nak cancel kesian kat ko.Kalau kau tak kisah kita berdua je, aku tak ada masalah but kena tanya ustaz tu dulu la macam mana, i’ll call you back later.

Kami menamatkan perbualan, sedang saya sungguh-sungguh memanjatkan doa semoga perancangan kami tetap berjalan.

Ya, tetap berlangsung walaupun cuma tinggal saya dan Hanee.

Hari pertama

Saya cuba membuka mata. Kelat dek kantuk yang belum hilang. Lekas saya lemparkan pandangan ke luar tingkap bas transnasional itu.

Sekarang sudah hampir pukul 11.15 pagi, seharusnya saya sudah hampir tiba di destinasi saya Bandar Melaka. Saya bertolak dari Shah Alam tepat pukul 9.45 pagi tadi, dan perjalanan memakan masa sekitar dua jam menurut gadis di kaunter tiket tadi.

Lama saya mencari-cari papan tanda, sehingga rimas agaknya gadis di sebelah saya, kerana dalam keadaan begitu saya seolah memandangnya lama.

Alor Gajah!

Berapa jauhkah lagi saya dari bandar melaka? I really have no idea. Melaka bukan tempat bermain saya.

Ini adalah kali kedua saya ke Melaka, itupun setelah 10 tahun. kali pertama sekadar untuk bercuti, tapi kali kedua ini misinya berbeza.

-aku datang mencarimu ya Allah, datang dalam usaha menghampirimu dan keredhaanmu

-bantulah aku untuk mengikhlaskan niatku keranamu semata

Sungguh saya bersyukur punya ibu bapa yang senang meredhai permusafiran saya ini. kerana saya tahu mereka sebenarnya rela berkorban perasaan.

Perasaan rindu dan ingin sentiasa saya berada di depan mata mereka.

Saya terus menerus membuang pandangan ke luar. Senang melihat rumah-rumah limas yang cantik. Cuma rasa kesal menyelinap sedikit, jika rumah tradisional melaka dengan trade mark tangga batu berjubin cantik semakin kurang, diganti rumah batu tipikal, kelak apakah lagi keunikan yang tinggal untuk diwarisi?

Saya menjeling sekilas gadis di sebelah saya. Mungkin dua atau tiga tahun lebih muda. Tadi saya sudah dikejutkan dengan kelantangan suaranya menjawab panggilan telefon, sehingga saya yang di sebelahnya turut berasa segan dijeling penumpang lain yang terganggu. Tidak sedikit yang menoleh dek nyaringnya suara gadis itu.

bapa borek anak rintik, fikir saya sendiri. Ibunya yang hampir dengan saya juga bercakap tidak kurang lantangnya. Tetapi hati saya paling tersentak, betapa sanggup ibu itu memanggil anaknya ‘bodoh’. Betapa tidak moleknya seorang ibu yang mulia kedudukannya menyebut perkataan seperti itu.

Pagi tadi anak lelakinya yang kurus halus itu agaknya mengadu mahu buang air sedang bas belumpun sampai setengah jam bergerak. Lantas si ibu, walau sedikit malu dan reluctant bergegas juga ke hadapan, bertemu si pemandu memohonnya berhenti sebentar di mana-mana untuk si anak menyelesaikan hajatnya. Barangkali terasa diaibkan, sepanjang langkahnya kembali ke tempat duduk dia membebel panjang sehingga terhambur kata tidak manis kepada anak lelakinya itu.

Dan sedang saya bersimpati pada anak muda itu anak perempuannya di sebelah saya bertanya dengan kenyaringan suara yang membolehkan satu bas mendengar : ‘Mak, dia nak berak ke nak kencing?’

Wah, awak tak tahu menggunakan eufemisme kah? Saya menggerutu sendiri. Langsung hilang selera untuk memulakan perbualan dengannya. Cuba untuk kembali fokus kepada pembacaan saya yang terhenti lama. Purification of the Heart karya Hamza Yusuf. Terasa lama benar masa yang terpaksa diambil untuk menghabiskan buku itu. Biar menarik, biar nipis, tetap mengundang kantuk. Aneh, kerana untuk menamatkan novel ringan dua inci tebalnya hanya memerlukan satu malam sahaja.

-Apa jadi dengan diriku ya Allah? Aku mengaku cintakanMu tapi senantiasa lengah mendekatiMu.

Sungguh terasa sakit hati saya sekarang. Barangkali kerana pantasnya saya futur, saya tidak gemar bercuti lama. Seminggu dua sudah memadai. Semakin lama saya bercuti, semakin terasa jarak yang kian panjang memisahkan saya dengan ketenangan hakiki yang dicari.

Saya sebenarnya tidak perlu menunggu lama. Belumpun sempat tiga muka surat dibaca, bas sudah mula bergerak perlahan mendekati Melaka Sentral yang tersergam megah setanding dengan papan tanda Tesco saiz mega di seberang jalannya. Saya tersenyum sendiri, teringatkan perbincangan perihal globalisasi dalam kelas Pendidikan Islam di kolej dulu. Globalisasi menyebabkan seluruh dunia menggunakan jenama yang sama. Pasaraya saiz super seperti Tesco sudah tentu mendominasi sekaligus mengecilkan pengaruh kedai-kedai runcit yang menjual dengan harga tidak semurah yang ditawarkan. Tesco, barangkali wajar diboikot, kalaupun bukan kerana hubungannya dengan Yahudi tetapi untuk menyelamatkan kedai-kedai kecil milik bumiputera. Milik peniaga Islam. Kalau bukan kita yang membantu saudara seagama siapa lagi yang boleh diharap?

Bas merapati terminal. Indah memang indah, tetapi degup jantung semakin kencang. Takutkah saya? Risaukah saya?

-kenapa mesti risau? Ini Malaysia, tanah tumpah darah sendiri. Sepatutnya aku rasa lebih selamat di sini.

Saya mengumpul kekuatan. Menseriuskan air muka, kerana itu satu pertahanan sebenarnya. Pesan yang sering saya dengar, biar seasing mana tempat itu, biar ke pelosok mana anda sesat, jangan sekali-kali mempamerkan wajah takut. It will make you look more vulnerable. Saya menuruni tangga bas. Pantas kaki mengatur langkah, entah ke mana hala tuju, saya tidak pasti. Ditegur sekali-dua oleh pemandu-pemandu teksi yang menanti penumpang, saya lemparkan senyuman beserta gelengan kepala.

Hanee tidak akan tiba melainkan dalam jangkamasa sejam dua lagi.Dia belumpun bertolak dari Batu Pahat. Ada rasa bersalah pada dirinya kerana terpaksa membiarkan saya menunggu di sini, tetapi saya sendiri senang bersendirian. Bersendirian dalam kekalutan manusia merupakan sesuatu yang menginsafkan saya. Saya senang punya banyak masa untuk berfikir dan menginsafi diri.

Dua jam lagi. Dalam hati saya alunkan zikir tidak putus. Bismillahillazi la yadhurru ma’asmihi syai’un fil ardhi wa la fis sama’i, wa hua as-Sami’ul basiir. Moga-moga Allah menjaga keselamatan saya.

Bersambung…

Pulang ke Pangkal Jalan

Back in SEMSAS, when I was is Form One, I was to choose whether to do Art or Music. I chose Art, obviously, because I knew that was what I like. But the teacher was very selective. One way to help him choosing the students was to examine their fingers. Yeah, I heard before that from one’s fingers, we can know whether one has an artistic talent or not. His comment when finished examining mine was:

‘Hmm..ada (talent) juga. Tapi tak tetap pendirian’

Ignore the first sentence, because I am gonna make a point on the next one. I had never admit that I am indecisive but for the time being, I blame that trait for constantly changing my blog server. OK, I return to blogspot. I’ve tried Multiply, I’ve tried Friendster, but I come back here. Sorry for any incovenience.

p.s: I have a consistently changing handwriting. Is that a symptom of indecisiveness?

Angin pesisir Sungai Tyne yang mendamaikan






Hari ini saya tidak mampu ke sekolah (read: lecture). Entah kenapa, badan rasa kurang selesa, kepala sudah ada ura-ura mahu bermanja dengan bantal dek sakit kepala, tekak terasa aneh seolah virus selsema kembali menjelma. Saya baru pulang dari bercuti, mengikut keluarga angkat ke Sunderland, lantas terus ke Newcastle-upon-Tyne.

Pucuk dicita ulam mendatang. Tahun ini saya seakan diserang fatigue, cepat benar keletihan. I personally don’t think I am emotionally healthy. Routine does make me easily sick, jadi jemputan untuk ikut berehlah tidak mungkin saya lepaskan. A family person I am, saya senang berjaulah bersama keluarga.Antara dua: bersama family atau sendiri. Dengan rakan-rakan mungkin pada waktu tertentu. Doa saya, biarlah saya tinggal sementara kerja kursus yang datang bertandang, asalkan saya kembali bertenaga meneruskan hari berkuliah yang tinggal dua minggu lagi.

Ke Sunderland mengambil masa hampir tiga jam. Sebenarnya saya tidak pasti akan jangka masa sebenar, kerana saya tidur hampir di sepanjang perjalanan. Saya terbangun awal pada paginya, langsung tidak boleh tidur lagi (masa tidur saya memang sungguh bobrok sekarang, tidur sesudah Isyak (sekitar jam 6, bangun apabila badan sudah hilang penat, sekitar jam 11malam biasanya) maka saya senang ke dapur menolong kakak angkat menyiapkan bekalan perjalanan.

Tiba di Sunderland tentulah menuju ke kilang Pyrex- itu tema utama perjalanan kami sebenarnya. Memborong pinggan mangkuk yang direject kerana defect yang tidak kelihatan, dibawa pulang ke Malaysia tentunya menjadi untung berganda. Harga untuk item yang sama mencecah ratusan ringgit, sedang di situ cuma £1-3 sahaja. Saya tidak membeli kalo tidak kerana di’urge’ oleh abang angkat (yang mengerti status akaun saya, JPA ter’overlook’ permohonan saya untuk menerima kembali 100% elaun), tetapi akhirnya dicapai juga satu dua. Terfikir untuk memulakan bisnes pinggan mangkuk sebelum kembali ke Malaysia – ejen yang baik sudah ada (tentulah ayah dan kakak saya..heheh). Nantilah, akan saya fikirkan kemudian.

Terus ke Newcastle, di bawa ke tengah kota, terus ke tarikan utama – the Quayside. Makhluk air seperti saya (a term coined by Hakimah), teruja benar melihat sungai yang mengalir tenang. Terpesona melihat dua-tiga jambatan yang bersaiz raksasa (sungguh, sebenarnya masih ada rasa terkilan, mengapalah tidak teruskan saja minat dalam seni bina), juga satu binaan yang saya tidak pasti namanya.Gambarnya saya sertakan di sini, moga-moga ada yang boleh figure out, apakah yang menjadi inspirasi arkitek yang merekanya. Tekaan saya: gelombang air. Tekaan kak Ros : Ulat!

Berjalan di pesisir sungai, memang hari yang indah. Matahari masih mahu menunjukkan wajah, alhamdulillah, tapi sejuknya tetap ada. Hujan renyai-renyai tetapi tiada siapa yang peduli. Jari saya cepat merakamkan keindahan petang itu dalam Samsung Digimax V700.

Tidak banyak yang boleh saya catatkan, kerana sepanjang perjalanan saya berusaha mengosongkan fikiran- biar ringan sementara, entah kenapa terlalu berat akhir-akhir ini. Mohon maaf pada badan kerana haknya yang sering tidak saya tunaikan. Mungkin esok atau lusa saya akan mula rajin-rajin bersenam.

Sebenarnya ada rindu…



Bahagia seluruh semesta
Bermula dari keluarga
Dari titisan susu ibu tercinta
Mengalirlah sungai kasih abadi

Tumbuh dari keringat ayah
Kita perah pengorbanannya yang melimpah
Derai air matanya mengalir di darah kita
Membina cita-cita

RENTASLAH SERIBU LAUTAN
KEMBARALAH KE SELURUH ALAM
TAKKAN KAU TEMUI
SEMURNI CINTA KELUARGA

Langkah remajamu ditusuk sembilu
Kembara dewasamu diamuk nafsu
Ingatlah pesan ibu
Kenanglah pesan ayah
Kembalilah ke jalan Allah

Sayangi keluarga, di situlah bahagia…

Sebenarnya ada rindu.
Berbohonglah saya andai saya mengaku tidak pernah ada rindu pada kaum keluarga. Memang ada rindu, tetapi perasaan itu sering sahaja ditekan-tekan, tidak dilayan, hanya dibiarkan di satu sudut di hati saya.Tetapi ada kala rindu itu muncul juga, sering termanifestasi dengan air mata.

Dan saat rindu datang bertamu, pada siapa harus kuadu, kalau bukan pada yang Esa?

Semoga rindu ini menjadi penguat jiwa- semangat untuk terus berusaha, biar sepuluh ribu batu saya terpisah, tetapi hati tetap dekat inshaAllah. (Terasa amat jauh diri ini dari ibu, saat Google Earth bergerak dari Manchester ke Perlis nan tercinta)

Dan benar sekali lirik lagu itu: Rentaslah seribu lautan, kembaralah ke seluruh alam, takkan ditemui cinta semurni cinta keluarga- menerima diri sejak lahir, sayang dan kasih biar seburuk mana rupa dan tingkah laku. Sayang dan kasih tanpa syarat.

Astaghfirullah al-adzim li wa liwadain wa lil mukminin wal mukminat wal muslimat al ahya’i min hum wal amwaat.

Saya masih teringat sesi kuliah bersama Allahyarham Pak Man semasa di kolej. Dua kali Allahyarham datang memberi ceramah, dua kali itu juga air mata saya tertumpah kerana kata-katanya mengenai ibu bapa. Dua kali itu juga Allahyarham meminta kami membaca al-Fatihah sekhusyuk-khusyuknya, dihadiahkan kepada kedua-dua ibu bapa. Katanya, yang masih saya ingat, andai ingatan kita betul-betul kuat, saat itu ibu pasti terdetik hatinya memikirkan kita.

Dan dua kali itu juga,apabila saya pulang ke bilik sesudah tamat ceramah, di handphone saya ada 5 missed calls dari ibu. Sedang ibu bukan tidak tahu, pada masa-masa begitu hari khamis malam jumaat saya di surau kolej mendengar ceramah.