Mencari & Mencuri Kekuatan…



Menjadi seorang manusia seperti saya memang tidak mudah. Goal-oriented as I am, I find it difficult to maintain my level of motivation without having to constantly motivating myself. Pada saya motivasi dalam diri itu umpama iman (barangkali memang berkadar langsung dengan iman, kerana iman yang teguh tidak memungkinkan hati dipengaruhi segala macam emosi seperti malas dan bosan), ada turun-naiknya jika tidak dijaga. Harder as it is, I also blamed the monthly ‘down time’, a time where my mood is not stable.

Hujung minggu ini terasa tidak keruan.Duduk salah, tidur salah. Sabtu sudah dikorbankan demi Lab Report yang memaksa saya berada seharian di Joule Library. Lewa saya melalui hari ahad, sungguh benar: masa kosong memang boleh membunuh anak muda.

Saya sedar saya senang diingatkan tentang perjuangan dan nilai kehidupan dunia ini dengan kisah-kisah para sahabat. Bagaimana mungkin tidak, sering saya terfikir apabila membaca kisah-kisah ini : ‘Mereka ini, pada saat saya membaca kisah hidup mereka ini, sedang enak di dalam taman-taman syurga yang dijadikan untuk para syuhada. Dan saya? Saya masih di sini bergelumang dosa!’

Atas dasar itulah saya memaksa diri. Resolusi terbaru: Satu kisah sahabat dari buku Companions of the Prophet (1) tulisan Abdul Wahid Hamid setiap hari. Hadiah dari seorang sahabat sempena hari lahir ke-21 (Jazakillah, semoga Allah merahmatimu).

Kisah pertama: Mus’ab b. Umair r.a – si pemuda tampan bergaya yang meninggalkan dunia demi cinta agung pada Allah dan Rasulnya. Meneliti kisah Mus’ab b. Umair menitiskan air mata saya. Tidak terbayang kekuatan yang ada dalam dirinya tatkala membuat keputusan untuk terus memegang kebenaran biar hilang segala kemewahan (Mus’ab anak muda keluarga kaya yang kemewahannya tidak terhingga- hujung rambut ke hujung kaki pakaiannya branded), biar hilang sense of security (Mus’ab was denounced by her mother and his clan- bagi masyarakat Arab, fahaman asabiyah yang mengakar kuat menyebabkan mereka sanggup mati demi ahli clannya. Bila sudah dibenci oleh kaum sendiri, Mus’ab (dan juga para muslimin yang sekondisi dengannya) sebenarnya sudah ‘hilang tempat berlindung’.), juga hilang keluarga seanteronya (Mus’ab dibenci ibunya yang merupakan perempuan ternama lagi berkuasa).

Diikat, dikurung oleh ibunya atas berita keislaman, tetap tidak berubah pendirian. Namun Mus’ab licik melarikan diri untuk turut serta berhijrah ke Abyssinnia. Tinggal semua.Tinggal semua yang ada demi cintakan kebenaran.

Barangkali ramai yang sudah tahu, Mus’ab merupakan duta pertama yang dihantar Rasululla h s.a.w ke luar Mekah untuk mengajarkan Islam. Mengapa Mus’ab meski ramai sahabat yang lebih tua dan lebih rapat hubungannya dengan Rasulullah? Pastilah kerana ilmunya yang tinggi. Jika tidak masakan hampir seluruh penduduk Yathrib menerima Islam sepenuh hati? Bukan sedikit penduduk Yathrib yang memeluk Islam dek dakwahnya. Dan pasti method dakwahnya juga by action.Bukankan prinsip ‘kepimpinan melalui teladan’ merupakan method paling berkesan?

Saya ingin mencuri kekuatan Mus’ab b. Umair. Saya ingin mencontohi ketinggian imannya dan kebenciannya terhadap kekufuran tatkala dia tegas menyatakan ‘ Sesungguhnya saudaraku bukanlah kamu, tetapi dia (kepada seorang Ansar).’ kepada adiknya Abu ‘Aziz yang ditawan menjelang perang Badar. Saya ingin sekali syahid, seperti Mus’ab yang terkorban dalam perang Uhud, hidup zuhud sepertinya hingga tiada kain yang mencukupi untuk menutup jenazahnya, sedang di awal kehidupan diselubungi kemewahan.

As salamu ‘alaika ya Mus’ab…
As salamu ‘alaikum ma’shar ash-shuhada’…
As salamu ‘alaikum wa rahmatullah wa barakatuh…

Semoga salam saya ini dibalas oleh Mus’ab b. Umair, kerana Rasulullah telah bersabda:

‘O People, Visit them (the martyrs in Uhud), send peace on them for, by Him in Whose hand is my soul, any Muslim who sends peace on them until the day of Qiyamah, they would return the salutation of peace’

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s