Tuesdays with Morrie: A Reflection


Lama saya tenggelam dalam kesibukan yang seakan tidak ada putusnya. Bermula dengan design project, diselang seli dengan kerja kursus yang tidak pernah menyepi, disambung pula dengan laboratory project yang baru bermula, saya mula merasakan sesaknya nafas untuk meneruskan tahun kedua program ijazah ini. Tetapi seperti kata supervisor saya, tahun kedua chemical engineering memang the so-called tahun paling perit untuk dilalui, but once you have gone through it, you are going to be ok. InshaAllah.

Dan saya terfikir semula, seperti kata Ustaz Rahim MSD dalam kuliahnya dulu, kalau kita melabelkan diri kita sebagai pejuang, and at the same time find ourselves with nothing to do, then there must be something wrong with ourselves. Kerana pejuang itu tidak pernah rehat. Pejuang hanya rehat apabila mati. Pejuang, seperti Imam Hambal misalnya, hanya merasakan kerehatan pada langkahan pertama kakinya ke syurga.

Dan dek kesibukan itu saya terpaksa melupakan keinginan yang meluap-luap untuk menulis dan meluahkan (read: menaip dan meluahkan). Tetapi dalam kesibukan itu sempat juga saya menghabiskan satu-dua buku bukan akademik. Buku pertama yang berjaya saya tamatkan – Golongan yang tercicir di sepanjang jalan dakwah, karya Fathi Yakan. Hampir sebulan baru saya berjaya mencapai muka surat terakhir buku nipis itu, mungkin sekali kerana the ongoing process of note-taking. Buku kedua – Tuesdays with Morrie karya Mitch Albom yang saya pinjam dari teman serumah. Ironinya, buku ini lebih tebal dari buku pertama – tetapi saya berjaya menghabiskannya dalam masa beberapa jam. Mungkin kredit wajar diberi kepada dua bab dalam ‘Speed Reading’ tulisan Tony Buzan yang berjaya saya habiskan, tetapi ironi ini menunjukkan betapa teruknya saya – dalam ayat biasa : buku cerita biasa boleh habis dalam 3-4 jam, buku ilmiah lagi berguna dan bermanfaat tu baca 2-3 muka surat pun dah mengantuk.

Buku pertama memang menarik, pada bahagian mukadimah lagi saya sudah tersentuh. Mungkin isinya akan saya ‘integrate’kan dalam entri-entri akan datang inshaAllah, tetapi entri ini lebih kepada buku kedua.

Tuesdays with Morrie bergerak seputar makna kehidupan- kehidupan dari perspektif seorang lelaki bernama Morrie. Prejudiskah saya andainya saya memperkenalkan watak ini sebagai seorang lelaki Yahudi yang tidak begitu percaya kepada Tuhan melainkan pada saat-saat terakhir kehidupannya? Susur galur keturunannya mungkin tidak begitu penting, tetapi level of spirituality itu mungkin perlu disebut, kerana manusia memandang kehidupan berdasarkan values yang dipegangnya. Dan seorang yang percaya akan kewujudan Tuhan dan submissive to His power, sudah pastilah memandang setiap yang berlaku dalam kehidupan dengan cara yang berbeza berbanding individu yang not practicing (this term is known to me only since I have been here in the UK). Dan perbezaan inilah yang ingin saya ketahui menerusi buku ini.

Namun saya masih bersetuju dengan banyak pendapat Morrie. Terutama tentang mengapa manusia terlalu tenggelam dalam kehidupan material ini.

‘We’ve got a form of brainwashing going on our country… do you know how they brainwash people? They repeat something over and over. And that’s what we do in this country. Owning things is good. More money is good. More property is good. More commercialism is good. More is good. More is good. We repeat it – and have it repeated to us- over and over again until nobody bothers to think otherwise. The average person is so fogged up by all this, he has no perspective on what’s really important anymore.

Wherever I went in my life, I met people wanting to gobble up something new. Gobble up a new car. Gobble up a new piece of property. Gobble up latest toy. And then they wanted to tell you about it. ‘Guess what I got? Guess what I got?”

Lama juga saya terhenti di perenggan ini. Kita sering bersetuju bahawa harta itu tidak boleh dibawa mati. Tetapi praktikalnya kita masih termasuk dalam golongan yang telah berjaya di‘brainwash‘ seperti kata Morrie. Kita masih mengukur kejayaan seseorang berdasarkan hartanya. Kereta apa yang dimiliki? Rumah besar mana? Berapa ramai di antara kita sebagai seorang Muslim yang meletakkan target ‘ to own one big car, a big house by the age of bla..blaa..‘? bukankah kita juga sebenarnya sudah tenggelam dalam dunia bertuhankan material sedang Allah itulah yang selayaknya disembah? Astaghfirullah al – Adzim. Mungkin inilah yang disebutkan dalam doa :

Allahumma inna na’uzubika min an-nushrika bika shai ‘an na’lamuh, wa nastaghfiruka lima na’lamuh’

Allahumma, kami berlindung pada Allah dari menyekutukan Engkau dengan sesuatu yang kami ketahui, dan kami memohon ampun dari (menyekutukanMu) dengan sesuatu yang tidak kami ketahui .

Sesuatu yang tidak diketahui.

Yang tidak disedari.

Berapa banyakkah solat yang tidak khusyuk kerana memikirkan urusan duniawi? Berapa banyak pula amal ibadat yang tidak dilakukan kerana mengejar dunia ini? Astaghfirullah…

Dan kemudian saya teringat pula tentang betapa sedikitnya sedekah yang pernah saya berikan. Kenapalah agaknya saya sering berasa berat, sedangkan saya mengaku percaya bahawa Allah akan membalas dengan balasan yang lebih baik? Saya pernah membaca sepotong ayat ini:

Harta yang ada di tanganmu adalah milik warismu. Harta yang disedekahkan itu adalah hartamu.

Dan lebih-lebih lagi kepada mereka yang mengaku berjual beli dengan Allah mengikut surah at-Taubah: 111 , mengapakah begitu berat untuk mengeluarkan harta sedangkan harta dan jiwa itu sudah dijual sepenuhnya kepada Allah?

‘Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka.

…Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar.’

Advertisements

2 comments

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s