Piala Dunia dan Palestin


Sesungguhnya saya juga adalah antara manusia yang terlalai.
Yang lebih pantas untuk kesal dengan kegagalan England ke separuh akhir berbanding pembunuhan beratus-ratus saudara saya oleh Yahudi laknatullah. (Sememangnya Ehud Olmert memang tidak berbeza dengan Ariel Sharon)
Yang lebih pantas menerjah website fifa2006 berbanding membaca berita-berita terbaru tentang saudara-saudara saya.

Sesungguhnya sekali lagi air mata saya menitis. Cukupkah sekadar kutukan atas tindakan rejim yahudi itu? Dan bila difikir-fikir tentang hal ini saya menjadi marah yang teramat (pastinya kepada diri sendiri juga kerana tidak mampu berbuat apa selain berdoa dan menderma setakat termampu..setakat termampu? piirah!!!).. dan of course seperti yang lain..rasa hopeless.

Kemudia saya teringatkan kata-kata Martin Luther King Jr, pejuang hak asasi manusia tentang stages that people who are condemning injustice must go through, yang dimuatkan dalam buku ‘Purification of the Heart terjemahan Hamza Yusof’ (terima kasih kepada Hanee yang meminjamkan):

1. we have to ascertain that injustices are being perpetrated (in our case, yes, we are definitely certain about the injustice)
2. we must negotiate, approach the oppressor and demand justice from them (in our case, I think that we have gone through this stage)
3. If refused, we must do self-purification, a process that begins with questions such as:

“Are we ourselves wrongdoers?”
“Are we ourselves oppressors?”

4. Then we must take action, remove the wrongdoings before demanding justice from others.

I don’t know if the last two stages are applicable in this case of Palestine, but it worths making an analysis. Tetapi saya yakin kita sendiri termasuk dalam kalangan ‘oppressors’ kerana Allah telah menyebutkan dalam al Quran:

‘We put some oppressors over other oppressors because of what own hands have earned’ (6:129)

Sesungguhnya kekejaman yang berlaku berpunca dari kita sendiri. Kelalaian kita sendiri pastinya. Kita berlaku zalim dengan tidak menegakkan syariat Allah di bumi ini sedangkan kita mampu, maka ini akibatnya. Kita lalai dengan permainan dunia, lemah dalam segala segi baik politik mahupun ekonomi, dan inilah akibatnya. We are the oppressors, that’s why we are oppressed.

Saya amat berterima kasih dengan ingatan daripada mufti kepada rakyat Malaysia menjelang temasya bola sepak ini : Berpada-padalah berhibur, rakyat Arab dikaburkan dari perjuangan yang hak sedang mereka asyik menonton perlawanan bola sepak. Dan saya terfikir, berapa ramai agaknya yang ambil endah ingatan tuan mufti itu, di kala media menaburkan propaganda ‘anda nampak cool jika anda hidup selama sebulan ini dengan berpegang pada prinsip ‘segala-galanya bola”.

Tidak cukup dengan iklan yang salah satunya menyebut ‘football is my religion’,(Saya teringat paparan ringkas TV3 suatu ketika dulu, tentang sekumpulan manusia di Argentina yang mengangkat Diego Maradona sebagai tuhan, mewujudkan agama baru yang menyembah si penagih dadah ini),saya hampir menjerit ‘WTH’ apabila ada peraduan mencipta alasan lambat ke tempat kerja kerana menonton match bola sepak..ohh, sesungguhnya saya sedang hidup dalam dunia realiti..Orang yang sanggup berbohong, hatta ada orang yang sanggup mengambil cuti tidak bergaji semata-mata untuk menonton WC pada jam 3 pagi.

Sesungguhnya saya adalah wrongdoer yang tidak berhak untuk demand justice from others sedangkan saya sendiri tidak berlaku adil kepada agama saya. Saya lebih pantas berjaga malam menonton England vs Portugal berbanding menguatkan dan mengubati hati dengan menunaikan solat malam sebagaimana para tentera Salahuddin al-Ayyubi. Saya lebih cepat mengutuk tindakan pengadil memberikan kad merah kepada Wayne Rooney berbanding mengutuk tindakan rejim Yahudi kepada saudara-saudara saya di Palestine.

Semoga Allah mengampuni saya dan mereka yang sama terlalai.
Semoga Allah memberikan kekuatan kepada rakyat Palestin.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s