Sekadar mamanjangkan..because sharing is caring right?


I need to throw this piece of handout, a photocopy of a few pages from Fadhail a’mal I guess so before throwing it, better I share it here, because sharing does mean caring, right?’Dari Salman r.a. berkata, “Saya pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w. mengenai 40 hadis yang mana baginda pernah menyatakan, ‘Barangsiapa dari umatnya yang menghafal 40 hadis tersebut, maka ia akan masuk syurga.’ Saya bertanya kepada baginda,’Manakah 40 hadith itu wahai Rasulullah?’ Baginda bersabda:

  • Engkau hendaklah beriman kepada allah, baik Zatnya mahupun yang berkaitan denganNya
  • Beriman kepada hari kiamat
  • Beriman kepada para malaikat
  • Beriman kepada kitab-kitab Allah
  • Beriman kepada para Nabi
  • Beriman kepada kebangkitan setelah mati
  • Beriman kepada takdir, baik atau buruk semuanya datang dari Allah
  • Engkau bersaksi bahawa tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan Muhammad s.a.w. adalah utusanNya
  • Engkau mendirikan solat dengan wuduk yang sempurna serta memperhatikan waktunya dengan tepat
  • Engkau membayar zakat
  • Engkau berpuasa di bulan Ramadhan
  • Engkau kerjakan ibadah haji jika memiliki harta kekayaan
  • Engkau hendaklah mengerjakan 12 rakaat solat sunat muakkad setiap hari (i.e. 2 sebelum subuh, 4 sebelum Zohor, 2 rakaat selepas Zohor, 2 rakaat selepas Maghrib dan 2 rakaat selepas isyak)
  • Janganlah engkau tinggalkan solat witir setiap malam
  • Janganlah engkau menyekutukan Allah dengan segala sesuatu
  • Janganlah engkau menderhakai kedua ibu bapamu
  • Janganlah engkau memakan harta anak yatim dengan cara yang zalim
  • Janganlah engkau meminum minuman keras
  • Janganlah engkau melakukan zina
  • Janganlah engkau bersumpah palsu atas nama Allah
  • Janganlah engkau memberi kesaksian palsu
  • Janganlah engkau berbuat sesuatu dengan memperturutkan hawa nafsu
  • Janganlah engkau mengumpat saudaramu yang muslim
  • Janganlah engkau menuduh berbuat nista kepada wanita yang suci (atau lelaki yang suci)
  • Janganlah engkau mempunyai perasaan yang jahat kepada saudaramu yang muslim
  • Janganlah engkau menghabiskan waktu dengan main-main
  • Janganlah engkau bergaul dengan orang yang menghabiskan waktunya dengan perbuatan sia-sia
  • Janganlah engkau memanggil orang pendek dengan panggilan ‘Hai orang pendek) dengan niat untuk memalukan dirinya
  • Janganlah engkau bergurau dengan menjadikan orang lain sebagai sasarannya
  • Janganlah engkau membuat fitnah kepada orang Islam
  • Hendaklah engkau bersyukur kepada Allah atas segala nikmatNya
  • Hendaklah engkau bersabar dalam menghadapi cubaan dan musibah
  • Janganlah engkau merasa aman dari azab Allah
  • Janganlah engkau memutuskan tali persaudaraanmu dengan kerabatmu
  • Hendaklah engkau menyambungkan silaturrahim dengan kerabatmu
  • Janganlah engkau sekali-kali mengutuk makhluk Allah
  • Hendaklah engkau selalu mengingat Allah dan memujiNya dengan ucapan Subhanallah, Alhamdulillah, Lailahaillallah dan Allahu akbar
  • Janganlah engkau tinggalkan solat jumaat dan dua solat eid
  • Hendaklah engkau meyakini bahawa apa saja yang baik dan buruk yang menimpamu adalah takdir yang tidak dapat dicegah. Dan apa sahaja yang ditakdirkan tidak mungkin dapat terhindar darinya
  • Janganlah engkau tinggalkan membaca al Quran dalam keadaan apa pun.

Salman r.a. berkata, ‘ Saya telah bertanya kepada Rasulullah s.a.w. “Apakah ganjaran bagi orang yang menghafal hadith ini?” Rasulullah s.a.w bersabda “Allah akan membangkitkannya di kalangan para nabi dan ulama”(Sanadnya tak dapat saya sertakan di sini, sebab tulisannya kecil dan in Arabic, statusnya sama ada sahih atau hasan atau dhaif tidak dinyatakan)

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s