Review: Gubra


Saya menonton Gubra semasa dalam penerbangan London-Kuala Lumpur. Teruja sedikit, kerana sekurang-kurangnya saya tidak perlu mengeluarkan duit untuk membeli VCD/DVD filem yang disifatkan oleh Faisal Tehrani sebagai ‘sesat lagi menyesatkan’.

Saya tidak merasa pelik seandainya orang marah-marah selepas menonton filem ini. Mungkin anda boleh mengatakan saya bias, kerana terlebih dahulu membaca kritikan orang lain terhadap filem ini dan pengarahnya sebelum menonton sendiri tetapi saya yakin pendapat saya tidak akan banyak berbeza. I have some kind of respect to films yang cuba lari dari kisah biasa e.g. kisah cinta bersegi-segi jadi sebagai filem yang kononnya memaparkan realiti sebenar masyarakat I might as well give my full support for it.

Tapi pada saya Gubra adalah bingung lagi membingungkan. Pening lagi memeningkan (dengan apologi kepada Faisal Tehrani). Beberapa soalan yang sehingga ke akhir cerita itu berlegar dalam minda:

‘What was she thinking while directing this film?’
‘Tak malu ke pelakon-pelakon ni buat adegan tak senonoh macam ni?’

Memang sepatutnya filem memaparkan realiti masyarakat kerana bagi saya sebagai khalayak umum (dan bukan pengkritik dengan pendidikan dalam bidang seni filem) saya menonton filem untuk menerima pengajaran, memahami kehidupan masyarakat yang menjadi latar dalam filem tersebut. Juga seperti kata Hizairi Othman (one of penulis yang kritikannya amat gemar saya baca, tak silap saya dulu-dulu tersiar dalam majalah MASSA) melalui satu watak dalam novelnya Jukstaposisi (1996): ‘I love films. Banyak persoalan hidup terjawab dengan menonton satu-dua jam’.

Tetapi adakah itu bermaksud semua aksi yang berlaku dalam masyarakat perlu dipaparkan? Saya malu menonton filem tersebut. Malu untuk melihat orang Melayu yang semestinya Islam melakonkan adegan tidur-baring bersama, berpeluk bercium, tak sanggup -lagi saya tuliskan semuanya di sini. Saya tidak peduli andainya yang melakukan adegan sedemikian adalah orang putih (seperti yang selalu saya tonton di ITV, BBC atau filem-filem barat) tetapi ini adalah orang Islam. Filem Iran yang sering menyebabkan saya menangis pun tak perlu menonjolkan adegan sedemikian untuk sampai ke peringkat antarabangsa. Tak perlu pun menunjukkan adegan bermesra-mesraan suami isteri untuk menegaskan bahawa mereka itu suami isteri. Pening..pening.

Budaya kasih sayang jenis apakah yang cuba ditonjolkan? Saya tak pasti realistik atau tidak seorang gadis yang baru bertemu dengan abang bekas kekasihnya senang-senang menyentuh badan lelaki tersebut. Tak pasti perlu atau tidak sekian banyak dialog-dialog lucah. Dan saya berharap tidak ramai lelaki Islam di luar sana (meski saya tahu paparan itu adalah realistik) yang teramatlah dayus dengan tidak ambil peduli, tidak endah apabila si isteri sewenang-wenangnya bersama lelaki lain di depan mata. Tak pasti apa perlunya bilal kampung itu mengusap-usap anjing di tengah perjalanan ke surau. (Is this some kind of protest? Memanglah tidak perlu disamak kalau bersentuh kering-kering)

Haihh..memang pening saya. Sudahlah saya sedikit kepanasan semasa dalam flight tersebut, tambah memanaskan lagi hati saya menonton filem ini. Jenguk-jenguk orang di sebelah kanan saya, pun menonton filem Main-main Cinta yang kontroversi..tetapi kerana tidak mampu menahan kemualan maka hanya menonton separuh. I guess I should be ready with painkillers next time when I am watching Malay films.

Advertisements

One comment

  1. hoho lenkali naekla qatar..rase cm “aman” je jeni huhu wlpn stil ade arak..tp rase cam diberkati je balik same2 ngan org2 balik umrah ni

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s