Piknik Musim Panas


Tatton Park di Cheshire adalah lokasi piknik saya dan sahabat-sahabat awal musim panas ini. Matahari yang lama menyembunyikan diri sepanjang musim sejuk dan bermain hide-and-seek selama musim bunga lalu hari ini mula menyinar terik. Menghijau pemandangan yang dilatari terik panas memang mengingatkan saya pada bumi Malaysia. Mujur penerbangan saya ke Malaysia adalah 3 hari yang akan datang, maka ‘sakit rumah’ tidaklah bertambah parah. Menaiki Metrolink dari Piccadily Train Station, bertukar menaiki train di Altrincham terus ke Knutsford dan menyusun langkah yang tidak sedikit ke Tatton Park.

Saya berharap semoga perjalanan ke kawasan barbeku tidak begitu panjang (walaupun sudah diberi amaran perjalanannya mungkin mangambil masa lebih 30 minit) kerana keadaan diri yang tak cukup tenaga innalillah wainnailaihi raji’un) tetapi perjalanan itu nyata amat meletihkan. Lama juga kami berjalan sebelum kelibat tasik yang menjadi pusat taman ini dilihat. Indah memang indah, tapi panas terik ini menyebabkan suasana tidak banyak berbeza dengan malaysia, cuma mungkin pengunjung-pengunjung di sini lebih daring berpakaian. Musim panas ini memang menguji keimanan, bak kata senior saya, ‘period of revelation ‘dah bermula ,dan tidak sedikit mata dan hati diuji. Adakah mudah untuk mengelakkan pandangan-pandangan sebegitu jika keluar saja;dari bilik mata dihidang dengan lelaki-lelaki yang tidak berbaju dan gadis-gadis yang hanya berbaju dalam? Ada yang lebih parah,berbikini di tengah panas seolah sedang bersantai di tepi pantai. Setiap hari melihat pemandangan begini saya risau juga, takut hilang sensitiviti saya andaiketemu sahabat seagama dan sebangsa sendiri yang berkelakuan begini.

Sering sebenarnya saya mengingatkan diri, tanah air tercinta, tanpa sedar sedang menuju ke arah yg sama. Tidak mustahil 10-20 tahun lagi kita dihidangkan pemandangan yang serupa. Kenapa tidak? Jika dalam segenap aspek kita mendewakan budaya barat dan mengikut setiap amalan mereka maka adakah mustahil untuk kita end up with the same bad attitude (saya ingin sekali menurunkan statistik dari akhbar the independent,mungkin dalam posting selepas ini)Kalau sekarang ini kissing and holding hands I.e. Showing public affection pun dibenarkan, adakah mustahil satu hari nanti saya berjalan-jalan di Kangar dan terlihat 2-3 pasang kekasih yang stripped naked and are in the middle of love making dan tiada siapa yang mahu menegur. The moral standard has changed and there is no way the malay culture we are trying to hold on to can preserve all these good values without the government as the entity with the power taking appropriate measures.

Kembali ke kisah piknik saya di Cheshire. Saya tidak membawa kamera ke rehlah ini kerana malasnya saya untuk mengosongkan kad memori yang penuh akibat majlis perpisahan mcot yang lalu,jadi mungkin agak lambat boleh saya muatnaik gambar-gambar pemandangan sekitar tasik di Tatton Park.Kami berhenti berehat betul-betul di pinggir tasik sebelum mencari tapak barbeku. Subhanallah, nyaman benar bersantai-santai di bawah pohonan rimbun dengan angin yang bertiup sejuk. Terus lupa kepayahan meredah terik mentari sebelum tiba di situ,sebagaimana saya terlupa bagaimana sejuknya musim salji yang lalu. Dan kami bergurau tentang itu: Melayu mudah lupa. Dan sesungguhnya saya yakin bukan hanya Melayu yang mudah lupa,tapi keseluruhan umat manusia juga mempunyai sifat lupa. Bagaimana mudahnya saya melupakan kedinginan musim sejuk yang menggigit begitulah jua mudahnya saya lupa mengingati kesusahan apabila sedang enak dlm kesenangan lantas terus terlupa mensyukurinya.

Dek keselesaan berbaring (bercampur keletihan mungkin) hampir terlelap saya di pangkuan seorang sahabat. Agak lesu saya hari ini lantaran monthly cramp yang datang bermesra.

Seorang sahabat saya mengingatkan, berpiknik sewajarnya bukan sekadar berpiknik. Harus lebih dari sekadar bersantai-santai merehatkan minda, tetapi juga sepatutnya menjadi satu usaha untuk mendekatkan diri kepada Pencipta. Allah berada di mana-mana, tetapi bagaimana mahu kita menjelaskan penyataan ini? Allah berada di sekeliling kita dalam erti kata, apa-apa sahaja yang dijamah mata kita itu boleh mengingatkan kita kepadaNya. Lihat daun, ingat Allah. Lihat pokok, ingat Allah. Bukankah seorang kekasih yang asyik bercinta sepatutnya merasakan bahawa yang dicintainya itu berada di mana-mana? Memang sukar, tetapi saya yakin it is worth training ourselves to do that. Sebagaimana berbaloinya kita melatih diri membasahkan lidah menyebut hamdalah tatkala menerima nikmat, bertasbih ketika melihat sesuatu yang indah dan beristighfar apabila menyedari diri terlanjur melakukan dosa, kerana bukankah hanya dengan mengingati Allah hati akan mencapai ketenangan yang hakiki?

Berjalan-jalan melihat gelagat warga British pada berkelah di musim panas, terasa berbezanya dengan kami makhluk nusantara: kami berkelah di tempat redup, mereka berkelah di bawah terik matahari. Semakin redup cuaca, semakin kami selesa tetapi mereka semakin beransur pulang. Dan melihat pemakaian gadis-gadis di sini, terasa bersyukurnya saya menjadi muslimah : sekurang-kurangnya lelaki di sini tak pakai baju langsung or scantily clad hanya pada musim panas ,maka pandangan saya tidak terlalu diuji, tetapi kalau muslimin – bukan hanya pada musim panas,malah sepanjang tahun pun gadis-gadis di sini berpakaian tak cukup kain-sudah tentulah lebih besar cabaran untuk mereka merendahkan pandangan ( Saya tidak tahu apa penutup yang sesuai untuk entri ini. Saya biarkan begini sajalah..huhu. Selamat bermusim panas untuk sahabat-sahabat yang tidak pulang.

Advertisements

One comment

  1. Erm…Male or Female…Straight or Gay…there alwayz struggle in ths life, just in diff ways…Life is just a test rite…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s