The Untitled #1


Maaf kawan,
Andai hari ini tiada istimewa

Maaf kawan
Untuk kuujar sahabat padamu
kurasa tiada perlu
kerana rasa itu sudah lama berlalu

Maaf kawan,
Kerana andai engkau mencariku,
Tak mungkin kautemui aku yang dulu
Kerana lewat perpisahan itu aku sudah bisa menghalau nafsu
yang kerap membisik cinta-kasih padamu

Maaf kawan,
Pada janji yang aku lupai
Pada rasa yang lama mati
Pada rindu yang kukubur sepi

Maaf kawan,
Kerana kita sudah tidak punya kenangan
Yang telah pantas aku lemparkan

Maaf kawan,
Andai esok, lusa atau bila-bila
Hari ini datang lagi dan aku masih seperti ini
Kerana semalam adalah kisah yang sudah lama lari.

Manchester, April 7 2006.

Advertisements

3 comments

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s