Remembering the Beloved.. menjelang Maulidur Rasul


Lupa nak bercerita tentang Sirah Tour yang sampai ke Manchester 23 Mac lalu. Memang menarik: dari tema, konsep, & penyampai-penyampainya (speakers) semuanya menarik. Terima kasih kepada Hanee yang mendahulukan wangnya untuk membelikan tiket. £5, tapi sudah pasti tak ternilai dengan ilmu yang diterima (pastikan anda tidak berusaha menukar nilai matawang ini ke dalam ringgit Malaysia).

Tajuknya sahaja sudah mengingatkan saya akan betapa sedikitnya saya mengingati seseorang yang sepatutnya lebih saya cintai dari diri sendiri. Berapa kali agaknya saya berselawat dalam sehari selain dari selawat yang wajib dalam tahiyat? Hmm..agaknya boleh dikira dengan jari..astaghfirullah. Malu rasanya mengaku Rasulullah sebagai kekasih tetapi kekasih yang bagaimanakah saya ini sekiranya langsung tidak mengingati individu yang dikasihi itu?

Event dimulakan dengan bacaan alQuran oleh Shaykh Muhammad Nabil. Subhannallah..Masya Allah. Amat merdu didengar. Dengan kefahaman bahasa Arab saya yang dangkal ini hati sudah begitu tersentuh, bagaimana dengan orang yang memang memahami bahasa syurga itu? Agaknya boleh menitis air mata. Apabila mendengar bacaan al quran berlagu indah seperti ini rasa menyesal benar. Masa di sekolah dulu, rakan-rakan (esp kakak2 dorm) giat menyuruh saya pergi ke kelas tarannum al Quran tapi saya pergi cuma sekali. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian mcm sekarang dh payah. Nak keluarkan suara pun dh mls..

OK OK. Back to the main story.

Speaker pertama malam itu ialah Abdur Rahman Helbawy. (untuk maklumat lanjut tentang speakers berkunjunglah ke www.sirahtour.com). Beliau menyampaikan bahagian pertama diskusi pada malam itu : KNOWING THE BELOVED. Menarik saya fikir, kerana tema Sirah tour ini disampaikan satu-persatu. Benar bukan, sebelum boleh kita mengingati seseorang itu, terlebih dahulu kita perlu kenal. Banyak isi yang praktikal disampaikan oleh speaker pertama, yang mungkin boleh saya rumuskan seperti berikut:

– if u want your heart to be enlightened, take time to read the story & sirah of the solihin. And the one who is most solih is of course, our beloved Prophet Muhammad s.a.w.

– Allah sememangnya telah menciptakan makhluknya dalam keadaan ada sesetengahnya dipilih dan dilebihkan di atas makhluk yang lain. Dalam betapa banyak tempat di dunia ini, Allah melebihkan Makkah, Madinah dan Al Quds. Antara masa & waktu yang Allah ciptakan di dunia ini, Allah melebihkan hari Jumaat, malam al Qadr dan sebagainya berbanding yang lain. Dan dalam ramai-ramai manusia ciptaan Allah, Telah dilebihkan sesetengahnya: keluarga Imran, keturunan Ibrahim dan pastinya Muhammad s.a.w mengatasi manusia yang lain.(Maka kerana Allah telah memilih baginda dan mengasihi baginda melebihi yang lain, mengapakah kita masih tidak pantas menyintai baginda juga?)

-atas kelebihan Rasulullah s.a.w inilah perlunya kita berselawat atas baginda. Malah dalam mazhab Hanafi hukumnya wajib utk berselawat ke atas baginda apabila disebut namanya.

-tapi sekarang ni kita dpt merasakan bahawa we lack attachment to our Prophet s.a.w. Why? sebab kita tak kenal baginda. Tak kenal maka x cinta.

-diberitahu juga bahawa there are 2 kind of people who can see the prophet s.a.w in their visions/dreams: 1. the companions
2. somebody who knows how Rasulullah s.a.w looked like.

-jadi, kalau kita berharap utk bertemu Rasulullah (dalam mimpi etc), maka perlulah kita mengetahui physical description of the Beloved first:

‘He is the most beautiful of all creations. Most of us think of Yusuf a.s. as the most beautiful person in this world but actually it is Muhammad s.a.w. who is the most beautiful, that’s why he is the al-mustafa. His skin was not to fair, nor too dark.He had black and wavy hair (turut distresskan di sini tentang sunnah utk ‘be generous to your hair’), his eyebrows were like crescent. His eyelashes were black and long. His eyes were round and large, black in colour with touches of brown. When he stand, he stood straight, not bowing or anything. He is neither too short, nor too tall.’

(ni je yang sempat dicatatkan. Speaker turut menegaskan ada banyak lagi riwayat mengenai fizikal Rasulullah s.a.w, so kena make an effort untuk cari sendiri laaa..)

Okes..esok2 saya sambung share lagi other parts of the discussion. huhu..

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s