Take a Break!


Alhamdulillah. Akhirnya saya telah memulakan cuti 3 minggu sempena Easter. Saya sendiri tak pasti apa fungsi cuti Easter ini setelah bertanya beberapa orang rakan Kristian (termasuk rakan makmal dan teman seflat), kerana mereka nyata tidak pula menyambut perayaan agama ini secara besar-besaran. Kemudian bila difikir-fikirkan semula, di Malaysia pun cuti bukannya kerana menggalakkan masyarakat supaya merayakan, cuti sudah menjadi semata-mata cuti. contohnya cuti sempena Maulidur Rasul, Nuzul Quran. Kadanga-kadang orang seronok bercuti, tp xtau pulak kenapa diberi cuti. Saya pun sama la.

Tak mengapalah. Yang penting sekarang saya sudah mula bercuti. Dan seperti biasalah, masa permulaan cuti ni mmg byk perancangan..semua benda nak buat. Tapi agenda utama sudah pastilah aktiviti mengulangkaji, sementelahan pula saya tidak merancang untuk ke mana-mana (yang dimaksudkan di sini adalah bercuti ke luar UK). Tambahan pula sebaik sahaja bermula sesi pengajian selepas cuti saya akan berhadapan dengan ‘Design project’ selama 2 minggu, dan I don’t want to look stupid kalau tak bersedia dengan extra information about it. Pertengahan bulan 5 saya akan menduduki peperiksaan semester 2, maka saya tidak merasa ralat tidak merancang percutian ke mana-mana destinasi seperti rakan-rakan saya yang lain (Amsterdam, Mesir, Italy, Venice).

Paling menggembirakan saya apabila tiba cuti sudah pastilah keluangan masa untuk menghabiskan pembacaan buku-buku (ilmiah & bukan ilmiah ;P) yang tidak pernah habis dibaca (bahkan ada yang belum mula dibaca walaupun sudah beberapa bulan dibeli). Perancangan saya, saya ingin habiskan ar-Raheequl Makhtum terlebih dahulu. Betapa aneh, kalau novel biasa sehari pun boleh saya habiskan,tapi buku yang satu ni satu bab pun lmbt benar nak dihabiskan. Adakah mungkin kerana cara pembacaan yang berbeza (ini buku sirah & ilmiah, perlukan analisis etc) atau saya sendiri yang bermasalah tak mampu melawan kehendak nafsu yg slalu menyuruh saya tidur setiap kali membacanya? Rasanya saya perlu target untuk habiskan Tafsir Ibn Kathir Volume 1 juga kot, dah lama sangat dipinjam dari Surau UMIST..huhuh.Hmm..ada lagi satu buku menarik yang saya naaaaakk sangat baca- ‘The History of The Khalifahs’ by Jalaluddin as-suyuti. Buki ini dibeli 2 Disember 2005 tp sampai sekrang satu page pon belum saya baca. Ada sesiapa nak tolong bacakan dan ceritakan balik pd saya? Lagi satu buku yang saya beli tanpa berfikir panjang, ‘Between a Rock & a Hard Place’- yang akhirnya saya hilang enthuasism utk membacanya hanya dengan menilik-nilik gambar yang dilampirkan dalam novel tersebut. JAdi buku ini mungkin sekali yang paling akhir akan saya habiskan..mungkin tahun depan.

OK. cukuplah cerita psl buku. Berkisah pasal cuti pulak. InshaAllah esok saya, Hanee, dan Hakimah akan bertandang ke rumah Kak Sarah (postgrad, Whalley Range) menemankannya..masak-masak..makan-makan.. tgk DVD, pendek kata ‘having a Girls Nite’ sementelahan suaminya bertugas malam. Ada peracangan untuk ke salford Quays pagi esoknya. Menarik juga. Tempat tu khabarnya syurga untuk pembeli-belah (bukan saya pastinya, dengan keadaan akaun yang kurang memuaskan).. tapi yang paling menarik bagi saya tentulah kedudukannya yang berdekatan dengan sungai. ‘Makhluk air’ macam saya (a term coined by Cik Hakimah) mmg teruja dengan scenery berair2 ni.. semacam ada satu ketenangan yang x sama dengan ketenangan yg bersumberkan persekitaran lain mcm dalam hutan cthnya.

Tapi sebenarnya saya mmg xlayak bercuti sebab sebelum bermula cuti Easter lagi saya dah pergi bercuti ala2 family trip dengan keluarga angkat. Kami ke Silloth, Lake District selama 3 hari 2 malam. akan saya upload gambar2 di sana. Kalau nak tgk skrg saya dah upload di Friendster.

Apa lagi? Lupa pula. Nak ucapkan terima kasih byk2 pada yang mengingati Hari ulan tahun kelahiran saya yang ke 21 isnin lalu. Jazakumullah. Saya mmg benar-benar diuji pada hari tersebut. Mungkin kerana penat beraktiviti pada hari Sabtu & Ahad sebelumnya, saya keletihan sampai demam pada hari Isnin tu. Maka jadilah saya birthday person (saya xmahu gunakan term birthday girl lagi, 21 sepatutnya dah berlagak lebih dewasa kan?)yang bed-ridden. Maka ketinggalanlah saya kelas Numerical Method, tutorial Mathematical Method dan juga kelas IT pada hari tersebut. Sakit kepala yang dah bermula sejak khamis minggu lalu semakin kronik pd hari isnin tu. alhamdulillah petang itu keadaan semakin baik dan malam tu bertenaga pulak saya menjawab soalan2 kuiz MPI. Terima kasih daun keladi kepada Kak Lida for the key ring, and Aidah for that lovely, pinky bracelet (I’m not a pink lover definitely. That’s such a bad generalization).

Tragisnya menyambut hari lahir dalam keadaan sepathetic itu- demam, jauh dari mak & ayah..agak-agak waktu yang sesuai saya pon menelefon emak..mengadulah..belum sempat saya bertanya khabar, mak dah wish birthday (sms mmg dah sampai seawal 3 pagi)..katanya dia cuba telefon saya pagi td tp xdpt. kemudian saya yang mmg emotionally & physically weak during that time burst into tears (i swear this is the last time i would cry on the phone, mom..lepas ni xbuat lagi).. ‘kenapa nangis ni?’ mak saya bertanya. ‘angah demam, hari ini xleh pi sekolah’..’ala..siannya anak mak..demam..’ apa lagi, lagi lajulaa air mata saya meleleh..org yang sedih jgn simpati sgt..nnt lagi teruk.

Kemudian saya menagih simpati kat ayah pulak. hehe.. saya kalo time demam mmg slalu igt ayah, sebab masa kecik2 dulu i.e. masa sekolah rendah kalau demam ayah yang tolong suapkan makanan kat katil. But pls, i’m not manja but my father mmg the type of father yg suka memanjakan. so, while i am still considered as his little girl apa salahnya saya wat camtu kan? 😉

Ok lah.. saya nak sambung stadi. betapa banyak idea and topik saya nak tulis dlm blog ni hanya Allah yang tahu. gian sebab dah lama xmenulis. sampai melimpah2 idea..oppss..nak stadi..hari ni baru buka buku beberapa muka surat..td layan DVD The Lion King Special Edition dengan Hanee, maka malam ini kena bekerja keras. Tarbiyah kerass..

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s